Assalamualaikum. Ini kisah aku, bekas kekasih, dan tunang. Macam cinta tiga segi kan, tapi tak pun. Masalah semua dari aku. Entry ni panjang kot, aku tak sure. Banyak aku nak flashback zaman belajar dulu, sekarang kami dah 27 tahun masing² dengan kerjaya sendiri.
Aku namakan ex aku Adi, dan tunang aku sebagai Dani. Adi dan Dani berkawan, mereka sekelas dari zaman belajar diploma sampailah mereka sambung degree diuniversiti tempat aku belajar. Kami bertiga satu course.
Aku kira senior mereka sebab aku dari foundation terus degree disitu dan mereka mula degree ketika aku di tahun dua, walaupun jarak setahun belajar tapi ada ketika kami akan sekelas sebab general subjects.
Adi seorang yang introvert, aku berkenalan dengan dia semasa kami sekelas dan ditakdirkan kami satu kumpulan untuk project kelas. Jadi mulanya disitu lah kami berkenalan. Aku mula berkawan rapat dengan Adi, Adi sentiasa bantu aku dari segi pelajaran dan satu hari dia ws aku meluahkan rasa.
Perasaan aku? SANGAT berbunga², aku juga menyukai Adi tapi kerana perbezaan darjat aku selalu biarkan shj perasaan aku berlalu, aku tak sangka Adi betul² menyukai aku. Rasanya ibarat bulan jatuh keriba orang kata. Punyalah suka sampai tergagap aku bila Adi call.
Personality Adi sangat berbeza dengan aku, Adi top student, elok rupa paras, sangat down to earth dan disenangi ramai. Adi memang perfect, aku ni nan hado. Macam langit dengan bumi, bila Adi suka aku, rasa macam mimpi.
Aku cuba sedaya upaya untuk jadi selevel dengan Adi, tapi Adi selalu suruh aku jadi diri sendiri, katanya dia suka aku kerana aku. Lagi lah berbunga² aku ni. Aku sangat happy dengan Adi, sangat sangat happy. Kawan² aku sampai cemburu dengan aku kerana Adi. Macam aku cakap awal² tadi, Adi sangat perfect, kalau aku cerita pasal kesempurnaan dia memang tak habis 3 pages.
Aku sangat sayangkan Adi, tak pernah aku sayang orang macam mana aku sayangkan Adi. Hari² aku doa semoga tuhan jodohkan aku dengan Adi. Apa Adi tak suka aku buat aku stop buat. Aku cuba jaga hati Adi sebaik mungkin, Adi nak keluar selalu dengan aku, aku ikutkan saja. Sampai aku kurang bergaul dengan kawan², dunia aku Adi sahaja.
Adi jaga aku sangat baik, yang tak baiknya aku. Aku selalu rasa tak setaraf dengan Adi, selalu insecure dengan diri sendiri sampai satu hari tu tengah² sendu aku cakap kat Adi, “Adi kalau kita bukan jodoh, i harap you happy dengan siapa pun you kahwin nanti, because you deserve it”, ayat ni la titik tolaknya.
Aku cakap macam ni sebab aku tak setaraf Adi, Adi boleh dapat orang jauh lebih baik dari aku dan aku ikhlas doakan dia bahagia dengan sesiapa pun. Tapi Adi terasa dengan ayat aku, dia rasa aku tak serious dengan dia sampai doakan dia happy dengan orang lain.
Sejak dari tu Adi mula kurang layanan dengan aku, taklah teruk tapi aku boleh rasa dia dah slow down dengan aku. Sikit² lama² aku jadi sakit hati dengan layanan dia, aku mula rebel untuk dapatkan perhatian, tahu lah perempuan berdrama macam mana.
Aku dah mula marah² Adi, cuba buat Adi cemburu, macam² lah untuk dapatkan balik perhatian dia. Tapi Adi macam tu je, masih kosong layan aku. Rasa macam bercinta dengan orang lain, bukan Adi yang dulu. Hanya sebab salah faham yang dia ingat aku tak serious relationship dengan dia.
Aku sedih sangat sebab rasa kosong sangat layanan Adi terhadap aku. Lama² aku fedup dan mula ugut untuk putus. Aku tak sangka, Adi setuju untuk putuskan hubungan kami padahal aku acah² je ugut huhu. Rasa macam langit runtuh, hati aku remuk, retak pecah berderai, rasa dunia macam berhenti waktu tu.
Adi orang yang aku terpaling sayang nak tinggalkan aku. Aku tanya dia lagi betul ke dia nak tinggalkan aku? Dia kata ya, dia dah fikir habis. Dunia aku kosong. Aku menangis semahunya, asal boleh tiap masa mesti nak nangis.
Aku solat aku menangis berdoa pada tuhan semahunya untuk pulangkan Adi aku yang dulu. Allah, sungguh aku cintakan Adi. Tapi tulah, kalau tuhan kata tak memang tak lah. Merayu macam mana pun aku pada Adi dia dah tetap dengan pendirian dia untuk putus.
Aku jumpa Adi, aku tengok Adi macam biasa je masih handsome, aku je jumpa dia rupa macam mak lampir sebab asyik menangis je. Keras betul hati Adi, rasa macam aku sorang je yang affected dari perpisahan kami.
Berbulan dah berlalu, aku masih begini menangis setiap masa. Aku merayu Adi hampir setiap hari, aku ws dia, call dia, minta dia maafkan aku dan terima aku semula. Rasa macam bodoh pulak putus sebab salah faham. Rasa lagi bodoh bila aku je setiap hari beriya nak fix hubungan kami, dah masuk tahap Adi akan biarkan aku berhari² baru dia reply.
Adi suruh aku move on, katanya hati dia dah tak macam dulu. Hari² aku gloomy, hujan je dalam hati ni kalau nak gambarkan, kadang² ribut petir sikit haha.
Aku agak merangkak nak hidup. Adi sudah habis semester dan aku masih di uni untuk habiskan thesis final year project aku. Aku cuba lupakan Adi dan focus dengan thesis. Disini datangnya Dani. Dani selalu ajak aku teman lunch, rumah Dani berdekatan uni.
Ya kami berkawan, sepanjang dengan Adi pernah few times kami keluar bertiga. Dani kata pada aku yang Adi yang suruh dia untuk ajak aku makan. Dani tak pernah persoalkan status kami, memang waktu lunch berbual benda lain. Dan aku tak pernah ada hati dengan Dani waima sedikit pun.
Tinggal sebulan aku di uni. Tak pernah sekalipun Adi datang melawat atau bertanya khabar, yang rajin cuma Dani. Suatu hari Dani kata pada aku yang dia tahu aku sudah lama putus dengan Adi. Sampai hari terakhir aku di uni, Dani ajak aku dinner buat kali terakhir. Semasa makan, Dani berterus terang dengan aku yang dia sangat menyukai aku dan dia harap aku beri dia peluang.
Aku tergamam. Aku tiada hati langsung terhadap Dani. Sayang aku masih pada Adi. Waktu ini lebih kurang 4 bulan aku ditinggalkan Adi. 4 bulan masih baru untuk aku menerima orang lain, aku masih mahukan Adi. Aku diam tak beri jawapan.
Sesampainya di rumah Dani ws aku, masih menanti jawapan. Entah hantu apa merasuk aku, aku kata ya. Aku terima Dani. Aku berterus terang dengan Dani yang aku masih merawat hati, Dani faham dan dia masih mahu bersama aku. Entah apa dia nampak dekat aku. Dua bulan dengan Dani, aku sangat² gembira. Tak ada sehari pun berlalu yang aku tak happy dengan Dani. Adakah aku masih terkenang Adi? Ya, masih.
Fast forward dah setengah tahun ditinggalkan, Adi contact aku semula. Adi marah bila dia tahu aku bersama Dani, Adi persoalkan kenapa cepat sangat aku cari penggantinya. Eh eh kau. Adi rasa tak adil apa yang aku lakukan pada dia. Jujur Adi masih bertapa dalam hati aku.
Aku beritahu Dani, Dani minta aku buat pilihan dan dia terima apa shj keputusan aku. Aku kata pada Dani, you’ve accepted me at my worst, I won’t leave you when I’m at my best. Aku minta maaf pada Adi, aku doakan dia bahagia.
Setahun berlalu, aku masih bersama Dani. Masih gembira macam awal² dulu. Dani tak lagi bertanya aku jika Adi masih dihati, dia teruskan melayan aku bak permaisuri. Aku sudah sikit² lupakan Adi. Aku stop completely checking on him, stop stalking and so on. Focus aku sekarang Dani.
Ya udah time aku nak baik, Adi datang lagi sekali merayu aku pertimbangkan keputusan aku. Aku dah setahun dengan Dani. Adi minta aku balik dengan dia. Dia merayu harap aku balik dengan dia. Aku masih ada ruang untuk Adi? Ya, dalam hati aku masih Adi. Tapi aku tak terima Adi, Dani dah banyak berkorban untuk aku, aku tak boleh buat Dani macam persinggahan saja.
Mungkin sampai part ni orang akan kata aku perempuan tak guna sebab cintakan orang lain tapi beri harapan pada orang lain. Dani tahu, Dani tahu aku masih sayangkan Adi. Dani pernah kata hak aku untuk tinggalkan dia (Dani) dan hak dia untuk stay. Long story short, Dani bawa rombongan merisik dan kami pun bertunang. Hubungan kami sudah masuk tiga tahun, masing² sudah bekerjaya tunggu masa nak kahwin je.
Adi? Few years past by. Waktu dia merayu aku itulah kali terakhir aku dengar khabar dia. Kawan² kami pun tak tahu apa jadi pada Adi. Adi putuskan hubungan dengan semua kenalan. Adi bawa diri dan sampai sekarang pun aku tak tahu apa jadi dengan Adi. Fb, ig, ws semua dia deactivated.
Jadi inilah masalah aku, hujung tahun ni insyaallah aku akan berkahwin dengan Dani. Tapi aku sekarang tak tahu samada betul keputusan aku ni.
Sepanjang ditinggalkan sampai dah masuk 3 tahun aku dengan Dani, tak pernah sekali pun aku tak teringatkan Adi, aku memang stop cari pasal Adi tapi fikiran ni tak boleh stop fikir pasal dia. Aku nak tahu Adi macam mana, Adi dekat mana, Adi okay tak, Adi dah jumpa pengganti aku ke. Dalam sungguh parut Adi tinggalkan. Aku takut sangat aku akan lukakan hati Dani.
Ye aku tak guna, dah ada orang nak aku tapi duk kenang² pakwe lama. Hati ni kalau boleh reset dah lama aku buat, aku tiap² malam doa semoga Adi kahwin cepat supaya hati aku tenang bila tahu dia ada orang lain.
Aku doa semoga aku dapat sayang Dani sepenuh hati dan balas semua kebaikan dia terhadap aku. Aku doa aku tak lukakan hati sesiapa lagi. Kadang² aku harap sangat kalau boleh putarkan masa aku taknak kenal lansung dengan Adi, kalau aku tahu sedalam ini kesan yang Adi tinggalkan dalam hidup aku. Doakan aku.
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit