Bayangan Murtad

Assalamualaikum. Nama aku Adnan (bukan nama sebenar). Aku nak kongsi sedikit kisah aku yang mungkin ada yang pernah “terkena” macam aku.

Sejak aku dari bangku sekolah aku memang suka belajar agama Islam. Keluarga aku pun memang berlatar belakang yang pentingkan agama. Aku suka dengar ceramah macam forum perdana Islam, kuliah & segala berkaitan agama Islam walaupun aku ada kekurangan dari segi belajar iaitu “slow learner” & tak pandai baca Quran sedangkan umur aku dah 14 tahun. Jawi tak payah cakaplah kelaut.

Tapi aku tetap belajar sungguh2 sampai aku berjaya khatam Quran dalam tempoh 6 bulan sedangkan aku tak reti. Dari situ aku mula cintai yang mendalami ilmu agama & ikut satu2 sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah sampai aku digelar “ustaz” dalam family aku sebab perubahan & aku ada pengetahuan dlm bidang agama walau usia aku baru belasan berbanding kakak & abg2 aku.

Tapi ada satu insiden yang buat aku mula jadi “semacam” masa umur 17,18 tahun.

Satu malam waktu aku tidur, aku bermimpi yang aku berada di satu kawasan berblok2. Kalau siapa tengok cerita Doraemon, kawasan diorang kan tersusun. Macam tu lah aku. Tapi kawasan tu kecik & ada satu bangunan besar yang mendominasi.. dan aku nampak…. sebuah gereja Kristian yang besar.. aku jadi takut dan cuba keluar dari kawasan tu. Tapi aku macam tak kemana pun.. sebab gereja tu masih aku nampak walau kemana pun aku pergi.

Bila aku tersedar.. aku teruskan bangun macam biasa.. dan rutin hidup selalu.. tapi lama kelamaan, satu perasaan pelik mula muncul.. dan aku tak tau dari mana dia datang… aku menangis weh…

Aku mula rasa tak minat dengan agama.. dan paling gila… aku mula nak tau di mana Tuhan & persoalkan betul ke agama yang aku anuti ni.. sebab ada benda yang macam cuba goyahkan hati aku.. aku kesorangan.. mak abah aku tak faham… sampaikan pernah terdetik dalam hati nak “tukar agama”..

Ya Allah. Masa tu kerap aku menangis malam2 masa solat tahajud… walaupun pada hakikatnya aku iman aku macam dah goyah.. aku tetap tadah tangan minta segala petunjuk.. sebab aku sangat takut.. takut MURTAD!

Tak lama selepas tu, masa aku tengok tv nak tukar siaran, aku tertengok satu rancangan slot perubatan Islam Ustaz Sharhan Shafie. Dia cerita tentang hakikat Jin & buku tentang perubatan Islam.

Aku terus cari & beli. Aku baca satu helai ke satu helai.. sampai lah ke topik kecil…”tanda awal anda menjadi mangsa gangguan jin”.. salah satunya bermimpi tentang rumah ibadat agama lain. Bila aku rujuk para agamawan, mereka pun bersependapat yang sama bila aku cerita A to Z bermula dari mimpi sampai tiba2 iman goyah.

Alhamdulillah, aku dah pulih lepas aku amalkan zikir-2 & banyak dengar ceramah agama islam tentang iman dari guru agama & ikut pengajian kitab Tauhid.

Zikir yang aku dapat & amalkan ialah,

Hawqalah = La Haw la wala quwwata illa billahil aliyyil ‘aziim.

Pesan aku, bila hadapi masalah macam aku, cari orang yang boleh kita luahkan.

Kedua, amalkan zikir di atas.

Ketiga, cari agamawan untuk rujukan.

Keempat, teruskan mohon petunjuk dari Allah & tuntut ilmu.

– Adnan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *