Assalammualaikum
Setiap 28hb memang aku stress…
Okey…confess ni bertujuan untuk beri kesedaran kepada sesiapa yang tidak memahami keadaan seorang tuan rumah yang dah bagi sewa yang hanya minta bayar sewa ONTIME & berdepan dengan penyewa cerewet….
Aku ni walaupun ada rumah sendiri tapi tetap menyewa atas faktor rumah sendiri jauh dari tempat kerja aku..aku kerja di kepong,tapi rumah aku di kajang..jauhkan..sebab tu aku amik keputusan menyewa rumah di setapak walaupun agak jauh dari kepong tapi lagi jauh berbanding aku duduk dikajang..sebab tu aku bagi rumah kajang tu untuk disewa,tapi bukan tu yang aku nak cite..aku nak cerita pasal PENYEWA YANG LIAT NAK BAYAR SEWA ONTIME..Aku nak buat luahan sikit je,tak banyak..Maaf kalau ade yang terasa hati dengan ape yang aku nak luah…Ramai sangat bakal2 penyewa yang “terlampau memilih”…ye memilih tu tak salah…memang hak masing2 untuk memilih…tapi ni pesen yg MELAMPAU sangat2 memilih…
Contoh : Nak sewa rumah/bilik di kawasan bandar yang tak nak naik tangga,nak rumah yang ada kitchen cabinet,rumah taknak tinggi2 kalau boleh nak ground floor…Nak yg ade lif…Nak kawasan bersih…Nak security tiptop…Nak yg fully furnish pun ada semua nak masuk rumah cuci kaki je..ada juga yang kalau boleh keluar rumah je nak ade station bus or lrt…Penat nak jalan kaki jauh2 katanya…tak nak tempuh jem..katanya lagi dah 5 6 bulan cari rumah/bilik sewa tak jumpa2…Bila tanya budget berapa…500 600 je yg dia mampu utk sewa satu rumah kat tengah bandar ni..hadoiii,demand macam2 tapi nak yang sewa murah..aku berani cakap kebanyakkan penyewa yang aku jumpa bangsa aku sendiri…lepas tu bila kite cakap harga sewa kita berapa,ditanya kite plak kenape mahal sangat bagi sewa..pulak dah…kau ingat duduk zaman batu ke,aku sendiri pun bayar drkat bank bulan2 mahal,takkan nak bagi sewa murah,sesen pun aku tak dapat untung tau,fikir kan beli rumah ni untuk masa depab je,sebab sekarang rumah semua harga ya ampunnnn,mampu nengok aje..bila kita bagi sebab musabab kenapa rumah mahal..diremehkan plak kita..aikk,logik ke kite yang tuan rumah ni pulak kene bagi sebab musabab pelikkan …
kalau tuan rumah cina kau jangan harap nak dapat penjelasan merapu ni semua,stail dia orang..kau nak sewa ambil,kau taknak sewa blah laa kau..ermmm
Sebenarnya takde la mahal sangat aku bagi harga sewa…harga standard di KL…bayar bank RM1000 bulan2 (tak termasuk maintenance & insurance) tapi aku bagi sewa rumah aku tu RM850 je murahkan,siap maintenance aku yang cover,tu pun dah bagi banyak kurang…Bukan sikit tapi banyak ye…RM150 + RM130 duit maintenance…RM280 tu aku bole buat beli susu pempers kat anak aku da,betul tak..tapi LIAT juga nak bayar sewa ONTIME..Kalau gitu cik kak,cik abg jangan la demand sgt nak itu dan ini…Cari rumah sewa yg ceruk2 sikit insyaAllah ada la tu harga sewa 500 600…Kite tuan rumah pun pening sebenarnya nak kene bayar loan bank lagi, kene bayar cukai pintu lagi. Tu belum nengok bil2 kot ade tunggakan kite jugak yg pening cik kak cik abg oiii..Kawasan bandar ni semua mahal…Kalau boleh memang nak tolong sesama insan…Tapi akibat ekonomi sekarang terumbang ambing…Aku tuan rumah ni pun terumbang ambing jugak sebab nak puaskan hati penyewa sekalian…bulan sudah minta tukar kipas dalam bilik,katanya tak laju,ok aku tunaikan tukar yang baru..tub2 bulan ni minta tukar kipas lagi untuk ruang tamu plak..
ehh,kau orang ingat aku ni tokey balak ke..tiap2 bulan mintak aku tukar..kalau 2-3puluh takpe aku bole laa layan..tapi kalau sekali tukar kipas yg ber remote tu RM250 belum masuk upah pasang sebab aku kene panggil orang untuk pasangkan..kadang tolonglaa fikir juga..tuan rumah ni ada anak2,ada kehidupan juga..nak bayar itu ini…nak bagi duit kat mak ayah kat kampung..banyak juga nak pakai duit..jangab ingat aku tuan rumah ni kaya raya…kalau setakat kau beli kipas berdiri tu untuk kau gunakan bole..kau permudahkan urusan kau sendiri..aku nak beli top up pun kadang2 berkira..jangan terlalu bergantung pada tuan rumah untuk buat itu ini..sebab bukan semua tuan rumah ni kaya raya…aku pun baik hati bagi banyak kelonggaran kat kau orang..jadi aku harap sangat penyewa2 yang ada kat luar sana tu bertimbang rasa laa sikit…mana kau orang bole buat,kau orang buat laa…zaman ni zaman duit..apa je duit..aku gaji tak besar….banyak juga tanggungan…fikir2 laa wahai penyewa…hari kau permudahkan urusan orang,esok lusa,orang lain plak akan mudahkan kau..
Kepada penyewa dan bakal penyewa rumah,treat the house as yours..bukannya bila kau dah bayar sewa bulan2 kau bole buat macam2,kau orang takde hak nak pecahkan pintu bilik/rumah/bilik air,paku dinding kasi ompong pecah sana sini,door holder terkopak,rumah kotor macam kapal karam,kabinet dapur pecah,kepala paip tercabut..cukup laa sebelum ni aku dapat penyewa hantu yang buat rumah aku macam apa dengan bil2 tertunggak..pedih tau tak..aku nak menanggung semua ni..dedua penyewa sebelum ni MELAYU..keje bagus2 tapi sakai tak reti nak jaga rumah orang..sekarang ni penyewa nampak bagus jaga rumah,tapi ni da mula tunjuk bayar sewa tak ONTIME..minta sangat dalam kepala otak penyewa2 semua fikir laa,kami tuan rumah perlukan bayaran ONTIME,kami juga ada banyak benda nak selesaikan setiap 28hb..bila da bagi dateline bayar 28hb tu,tolong laa tunaikan..jangan buat tuan rumah ni tertunggu2 macam apa..sebelum sewa aku dah terangkan macam2,semua cakap OK…tapi sekarang da mula tunjuk perangai..nak kata rumah buruk,rumah aku tu lawa,siap ada swimming pools,parking bercover,sebelum pindah rumah tu aku dah siap servis semua barang2 dalam rumah termasuk tukar tombol pintu,service aircond,cuci rumah bersih2,pintu toilet ganti baru..semua aku buat yang terbaik untuk rumah tu..aku pun penyewa rumah jugak macam kau orang..tapi stail aku dimana aku berteduh disitu laa our ‘home’ takde la rasa nk request macam2 kat owner rumah aku sewa ni…tiap2 bulan ontime 28hb aku bank in..jaga rumah macam rumah sendiri..
Ok,habis luahan hati tuan rumah…Peace & Happy day..
Kalau ikutkan banyak lagi benda yang aku nak senaraikan..Tujuan aku confess ni..aku nak smua buka mata..buka minda kita sebagai penyewa..bayarlah sewa seperti tarikh yang ditetapkan..
– Tuan Rumah Yang Bukan Kaya Raya –
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit