Be a Gentleman!

Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak.

Aku tulis confession ni sebagai respon balas kepada confession Puan Mia dan Mardhiah. Cerita suami yang mengambil gaji isteri.

Boleh baca confession berkenaan di sini,

https://iiumc.com/isteri-yang-bodoh/

https://iiumc.com/pengurusan-kewangan-isteri-bekerja/

Aku dan wife dah kahwin 12 tahun. Mula-mula kawin,walaupun dua2 bekerja, hidup kami memang struggle. Lebih2 lagi masa tu dua2 tengah sambung belajar.

Dengan macam2 nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku takkan usik gaji wife aku.

Lebih2 lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas2, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri.

Rumah aku bayar full (takde kongsi2) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal2 lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income. Gaji dia, yang aku tahu ada portion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit2 dan selebihnya dia simpan.

Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada ego, aku takkan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku rela naik motor pergi kerja.

Kalau motor pun takde minyak, aku lagi rela kayuh basikal. Bagi aku, as a gentleman, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga.

Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga. Nak duit poket lebih siket untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam. Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri!

Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarikat multinational. Gaji aku dah lima angka.

Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan. Rumah 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada continental. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama.

Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku. Duit dia adalah hak dia. Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir.

Dan kalau nak beli benda yang besar2 atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi mangsa penipuan). Alhamdulillah dia faham kehendak aku.

Hari ini, bila aku imbas kembali saat2 susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas.

Jangan takut tiada duit, sebab rezki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha! Jangan bedal harta isteri.

Nabi bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku.

Bila senang tak semena2 ramai pula yang menggoda. Ada dara, dan ada yang janda. Masing2 sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga. Ikut nafsu, memang tergoda. Ikut iman, inilah ujian.

Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak2 yang sihat dan comel2, dan aku sama sekali tidak akan berkompromi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini.

Pesanku buat para suami, jadilah Gentleman! Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban!

– Khabib (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *