Hi. Aku kat sini nak cerita pasal depression. Kisah ni berlaku pada adik kandung aku sendiri. Aku anak sulung daripada 5 adik beradik. Aku ada 4 orang adik. Qisya, Aira, Iman dan Ina. (semua bukan nama sebenar). Dalam banyak-banyak adik adik aku, Iman lah yang selalu disisihkan.
Aku nak cerita pasal Iman. Cakap pasal Iman, aku rasa sangat bersalah. Walaupun Iman dah 2 tahun pergi tetapi perasaan bersalah ni aku pasti akan menghantui aku dan keluargaku buat selamanya. Iman ni seorang yang pemendam dan sedikit pendiam. Aku tak tahu kenapa dari kami kecil lagi aku tak berapa suka dengan Iman.
Btw, kami semua perempuan. Bukan aku saja yang tak suka Iman tetapi Qyra, Aira dan Ina pun tak berapa berkenan dengan Iman. Dari kecil lagi, Iman selalu menjadi mangsa buli kami. Walaupun Iman lagi tua dari Ina tetapi Ina jarang menghormati Iman. Iman membesar dalam keadaan yang sangat pedih.
Aku sedar akan semua ini setelah membaca luahan Iman di buku diari nya yang dia tulis dan simpan selama 18 tahun. Makcik pakcik aku juga (adik beradik Ibu dan Ayah) tidak begitu senang dengan Iman. Iman selalu diperkecilkan kerana keputusan akademik Iman yang kurang memberangsangkan.
Kami yang lain selalu dapat keputusan terbaik tapi Iman adalah sangat jarang. Ibu Ayah? Hanya mereka yang betul2 menghargai kewujudan Iman. Sikap prihatin Ibu dan Ayah yang lebih kepada Iman membuatkan kami berasa ibu dan ayah pilih kasih.
Sedangkan kalau difikir balik kami dah dapat kasih sayang sepenuhnya dari semua orang. Ibu selalu cerita dekat kami yang Iman struggle nak jadi pandai macam yang lain tapi kami cuma pandang serong. Waktu kecil dulu, Iman selalu menangis disebabkan kami. Maki hamun adalah perkara biasa untuk Iman.
Bila masuk sekolah menengah, Iman masuk asrama. Kami yang lain pilih untuk jadi pelajar sekolah harian walaupun dapat tawaran berasrama penuh. Iman, seorang yang sangat lembut hatinya. Setiap tarikh penting kami dia akan wish something good untuk kami. Tapi bila tarikh itu penting untuk Iman, kami hanya biarkan ia berlalu. Aku pernah dengar luahan Iman kepada Ibu yang kehidupannya di asrama dan di rumah juga tidak berbeza.
Dia tetap menjadi mangsa kebencian orang. Namun luahan Iman yang aku dengari itu aku hanya pandang enteng malah aku juga menzahirkan perasaan “memang layak pun Iman dibenci.”. Semasa Iman tingkatan 3, keputusan Iman untuk pt3 kurang memuaskan, pelbagai tohmahan yang Iman terima. Kami adik beradik Iman hanya berdiam diri. Semua menyalahkan Iman. Aku seorang yang suka memerhati sebab tu aku nampak semuanya.
Masuk tingkatan 4, Iman mulai berubah. Iman menjadi sangat pendiam. Kawan-kawannya juga semakin berkurangan. Kalau dulu, walaupun Iman tidak digemari dalam klgn adik beradik kami, dia akan tetap dibawa ke mana2 kami pergi dan dialah yang akan lakukan sesuatu untuk kami contohnya kalau kami malas turun membeli sesuatu, Iman lah yang akan turun. But bila Iman berubah, Iman dah jarang join kami.
Dia hanya terperap dalam biliknya mengulangkaji pelajaran. Waktu bersama2 Iman semakin kurang. Jika kami tanya pada Ibu dan Ayah, jawapan mereka akan sentiasa sama pada setiap kali ditanya. “Iman dah jarang bercakap dengan kami.” Perubahan Iman telah membuatkan kami sedar untuk mengambil langkah mendekati Iman.
Bonding kami adik beradik semakin kuat. Iman makin lama makin ceria. Perubahan Iman tu berkekalan sehingga keputusan spm Iman diumumkan. Iman hanya dapat 5A. Keputusan Iman menyebabkan semuanya berubah semula. Iman dipersalahkan. Banyak sindiran yang Iman terima. “boleh ke sambung belajar dengan 5A je?” “anak si ***** tu dapat 9A.
Kamu ni Iman bengap betul lah.” Too much bad thought. Sampai ada yang cakap begini “tu lah kan Sairah(nama ibu tapi bukan nama sebenar) dulu ada tabib cakap anak kau ni bawa sial tapi kau tak percaya. Tengoklah sekarang. Menyusahkan.” semua hinaan itu disambut oleh linangan air mata Iman. Tapi kami adik beradik hanya berdiam diri.
Semua orang bagi alasan “biar Iman cari ketenangan dia sendiri dulu.” bila kami diminta oleh Ibu Ayah untuk bantu Iman tenangkan fikiran. Iman pergi urus semuanya sendiri. Beli pin upu dan isi upu sendiri. She’d apply for ipg and she got it.
Walaupun Iman dapat keputusan sebegitu tetapi banyak rezeki Iman untuk sambung belajar. Namun semuanya hanya sia sia bila Iman disahkan menghadapi depression yang extreme. Depression tu menyebabkan Iman menghadapi kemurungan. Iman kurang makan. Iman jatuh sakit.
Keadaan Iman semakin lama semakin teruk. Iman dì diagnosed hidap penyakit kegagalan hati untuk berfungsi. Rupanya Iman dah lama hidap sakit tu since f3. Tapi no one knows. Bila dah jadi macam tu barulah semua rasa insaf. 10/7/17, bulan ramadhan waktu, Iman pergi buat selamanya.
Paling menyedihkan kehidupan Iman selama 18 tahun tak pernah membahagiakannya. Setelah 2 minggu Iman pergi, Ibu keluarkan buku-buku diari Iman. Bila kami sekeluarga membaca, satu persatu kami meraung. Rasa bersalah sangat dengan Iman.
Ayat Iman yang paling memberi kesan dalam diri aku ialah “Aku menangis bukan sebab aku marah tapi aku menangis sebab aku geram dengan diri aku sebab tak berlaku tegas supaya orang tak buli. Aku cuba nak tinggi kan ego tapi ego aku automatik runtuh bila someone that i really love says sorry. SORRY.”
Iman rupanya nak jadi doktor tapi aku tak pernah tahu. Hanya ibu dan Ayah yang tahu akan cita-cita Iman. Iman ada tulis yang Iman sayangkan kami semua sangat. She really loves us. Baik kan Iman. Dah banyak salah kami lakukan tetapi dia tetap sayang.
Selepas Iman pergi, Ibu sakit selama 2 minggu dan baru lah kami faham betapa bermaknanya Iman dalam hidup kami. Rupanya selama ni Iman lah yang selalu tolong Ibu siapkan makanan di rumah. Ayah hampir setiap hari melawat kubur Iman. Iman, you mean the world to us.
Iman, Along minta maaf. Along tak dapat jadi kakak yang baik untuk Iman. Sepatutnya Along jadi pelindung Iman tapi Along gagal lindungi Iman. Iman Farhatul, i miss you so much. Please forgive me. Tenanglah Iman. Iman dah berada kat tempat yang takkan buat Iman sakit hati dah. Berehatlah dengan tenang sayang.
Along takut nak ucap jumpa di syurga sebab Along takut Iman taknak jumpa Along kat syurga. Tapi kalau Iman taknak jumpa Along kat sana, takpe Along faham. The best moment in my life is tolong Iman untuk mengucap dua kalimah syahadah before she gone to meet Allah SWT. Al Fatihah.
Guys, depression is something serious. You need to be aware with your surroundings. Never downed others. Depression isn’t looking at the age. Budak kecil pun boleh dapat depression. Rupanya Iman dah lama hadapi tekanan perasaan sejak Iman darjah 6 lagi tapi no one yang sedar even my parents. Always support others. Give your loves then you will be loved. Respect is important. No one is perfect. Terima mereka seadanya.
Don’t let your takdir hidup berubah seperti takdir hidup saya. Losing your beloved one is hurt. Really hurt. Last but not least, kalau tak mampu memberi kebahagiaan pada orang lain, jadilah mereka yang menyenangkan.
– A bad sister (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit