Hi semua. Nama aku Mia, 35, dan menetap di sebuah daerah di Pantai Timur.
Aku nak share sikit pengalaman aku masa aku sedikit berisi. Dengan ketinggian cuma 150cm, dan masa kejadian tu berat aku 58kg. Memang aku nampak macam penguin. Dengan tudung bawal nya. Haih.
Bukan makan banyak tapi aku sangat jarang bersenam dan suka makan fastfood. Lagi-lagi pergi makan KFC or Mcdonald dengan kawan-kawan yang tak makan kulit ayam, haih favorite aku kulit ayam tu.
Jenis metabolisma rendah tapi tak sedar diri. Kesilapan aku.
Dipendekkan cerita, aku selalu sangat migrain. Tekanan kerja dan lifestyle aku adalah punca. So aku teringat satu peristiwa yang mencabar aku sehingga berat aku turun 10 kilo lepastu. So determined! Kenapa? Meh baca.
Satu hari tu aku pergi kerja macam biasa. Tapi masuk tengah hari, aku dah tak boleh tahan sakit sangat kepala ni. Berdenyut-denyut, mata kiri aku dah start sakit sangat, and rasa mual.
Aku terus buat keputusan ke klinik terdekat. Klinik ni aku memang biasa pergi sebab dekat dengan office.
Sampai klinik ramai orang. Oh ni sebelum PKP lagi. Masa kes covid masih sangat sedikit. Macam biasa aku tunggu turn dengan sabar sambil layan borak dengan auntie cina yang duduk sebelah. Sambil menahan denyut kepala and mata.
Sampaila nombor giliran aku dipanggil. Aku masuk dan minta izin untuk duduk. Doktor tu langsung tak pandang aku.
Ada sorang nurse tengah menulis. Aku assume diorang dua busy so takpela. Aku duduk and tunggu dalam 10 saat, so awkward sebab semua diam. Doktor ambik kad aku dan go through previous record.
Tanpa pandang aku dia cakap, eh last 2 months pun mc kan sebab migrain? Ni sakit apa?
Aku jawab migrain and mual. Dia cebik. Ya aku ingat riak itu. Dia tanya mual tu ada muntah tak, period ke? Dah kahwin ke belum. Sambil pandang perut aku.
Aku jawab baru habis period dalam last week. Masa ni doktor terus tanya berapa haribulan habis period? Aku betul2 tak ingat, maybe sebab busy sangat dengan kerja and family.
Beberapa kali doktor pandang perut aku. Perut aku berlemak, berlipat. Self esteem aku terus jatuh. Aku masih okay walaupun rasa pelik.
Tak pasti kenapa doktor tu seolah marah, dia jerkah aku, hah tu nampak kalendar? Hah berapa haribulan period?? Nurse yang seorang tu melirik aku seolah kasihan.
Aku tak nak kusutkan keadaan dan aku jawab saja bagi satu tarikh. Dan aku minta maaf. Maybe sebab aku jawab dengan suara lembut dan minta maaf, doktor tu bertenang sikit.
Tak berhenti setakat itu, doktor tu ambik stetoskop dan suruh aku angkat sikit cardigan aku.
Matanya daripada tadi lekat di perut aku. Dia letak stetoskop di perut aku. Bukan dada atau belakang badan, tapi perut. Terkejut dan terkaku, aku diam. Terkedu.
Sampai lah selesai urusan di farmasi, aku cuma diam. Pesan doktor minta aku masuk semula untuk ambil mc, aku tak jumpa pun doktor tu semula.
Aku terus masuk kereta dan pandang perut aku. Berlemak, berlapis seolah-olah pregnant ke? Oh. Lama aku diam. Lama aku tenangkan diri sendiri.
Dan, itulah titik tolak aku diet dan menjalani healthy lifestyle. Jogging, zumba, gym, malah aku juga kawal pemakanan, dan berjaya aku turunkan berat aku sehingga muat semula saiz s.
Yes, aku ambil kata-kata dan cebikan doktor itu sebagai cabaran. Aku tukarkan rasa sedih and terasa hati tu kepada determination.
Aku taknak lagi sesiapa buat aku macam tu. Walaupun ada juga dijentik hati aku untuk jangan salah faham akan tindakan doktor itu, takde kaitan or benda kecik saja, but the damage has been done. I am hurt.
Dan walaupun bila gemuk, aku takde susahkan sesiapa, takde guna duit orang pun nak makan.
Tapi aku juga sedar, banyak masalah bila badan aku gemuk. Cepat mengah, muka sembam, pendek nafas, dan aku super sensitif pantang orang cakap aku gemuk. Mula la aku menangis, down sangat.
Larikan diri jauhkan diri. So aku taknak benda sama berulang. Aku taknak sedih dah. Aku taknak rasa cepat penat dan mengah. Aku teringin pakai semula baju lama, kesian beli tak pakai.
Guys, jangan down. Orang kutuk keji umpat fizikal kita, kita ‘lawan’ balik. Lawan dengan perubahan fizikal kita tu. Go for healthy lifestyle. Bila kau exercise, automatik kau akan jadi lebih ceria, positif, happy saja.
Lagi-lagi tengah PKP ni, kau buat saja indoor exercise. And bila berat turun, orang tegur kau kurus, siap tanya tips, bam! Itulah erti sebenar kejayaan peribadi kau.
Okay itu saja aku nak share. Take care guys. Ingat, be positive.
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit