Be Strong Dismiss’er’!

hi dan assalamualaikum wbt.
terima kasih admin-admin sekalian sebab sudi approved post kakak ni. kakak cik bunga, berusia 23 tahun, dan sekarang di tahun akhir semester terakhir di jurusan pendidikan. akhir-akhir ni kakak banyak dapat berita tentang adik-adik junior yang kena dismiss daripada cfs. ini bukan imaginasi, ini bukan fantasi, tapi ini realiti. kali ni kakak saja nak kongsikan pengalaman pahit kakak selepas kakak pernah kena dismiss daripada uia tahun 2011.

kehidupan kakak masa di uia nilai, sangat tak terurus. yelah, masa tu tahun pertama. baru kenal dunia. nak kata happy, shopping sakan tu, adalah jugak. kakak anak perempuan yang paling tak rapat dengan keluarga. kakak seorang panas baran. kakak cepat melenting. dan kakak agak berbeza daripada adik-beradik perempuan yang lain. kakak tak pernah call mak ayah kakak selalu. dan kakak bukan jenis minta duit. mak ayah yg akan selalu call kakak dulu untuk bagitahu kakak duit dah masuk. kakak dulu hidup terlalu menangkan kawan. kakak tak rapat dengan lecturer, tak faham kakak tak tanya. nak di jadikan cerita, bila genap usia kakak 18 tahun, kakak berdebar-debar nak check result. kakak ingat lagi kakak di khabarkan pointer kakak terlalu rendah. seingat kakak masa tu semester pertama, tahun pertama. pointer kakak hanya 1.21 , perasaan masa ni? hancur bekecai. hati mak ayah kakak? retak seribu.

benda ni memang buat hidup kakak berputar 360 darjah. sebab? kakak hilang punca. tapi mak ayah kakak tak pernah tinggalkan kakak. mereka seboleh-bolehnya nak kakak sambung belajar. bila kakak call A&R , staff cakap kakak kena dismiss, jalan kedua untuk readmission, buat appeal letter. ayah kakak orang yang selalu support kakak walaupun kakak diam tak bercakap selama seminggu. kakak ingat lagi, bila kawan-kawan ayah tanya ayah, kakak belajar dekat mana, masa tu memang kakak down sangat. kakak sayu tengok muka ayah. redup mata dia buat kakak hilang kata-kata. ayah cakap, kakak belajar uia. jurusan sains kemanusiaan. cita-cita nak jadi kaunselor.

padahal masa tu kakak tengah kena dismiss. berhari-hari kakak diam je. kakak buntu. sampailah, achik kakak minta kakak buatkan surat appeal. kakak turutkan. abang ipar tolong check kan grammar semua. lepas dah siap, ayah tolong kakak post ke uia gombak. masa tu ayah semangat sangat. ayah habiskan duit banyak, post guna post laju, skynet, fax dan macam-macam lagi. kakak tak tahu dah nak buat apa. kakak nazar, kalau kakak dapat masuk uia balik kakak nak jadi kaunselor yang berjaya. untuk banggakan ayah mak kakak. dan dapatkan dekan untuk mak ayah kakak. mak ayah kakak belajar tak tinggi tapi mereka kerja keras nak masukkan kami adik beradik ke ipta.

lepas pada tu, ayah selalu tanya kakak ada berita atau tak. kakak cakap, belum. dua minggu lepas tu, kakak dapat senarai nama yang diterima untuk interview. alhamdulillah, kakak dapat pergi interview. kakak cakap dekat ayah, biar kakak naik bas je. sebab kakak dah tahu cara naik bas. tapi ayah nekad nak hantar. sampai je di uia, kakak salam ayah salam mak sebelum masuk ke tempat interview. kakak peluk ayah, kakak peluk mak. ayah pesan,

“kalau rezeki kakak dekat uia, dapatlah ayah merasa masuk dewan konvokesyen tengok kakak ambil ijazah. tapi kalau bukan rezeki kakak dekat sini, ayah tak kisah kakak nak belajar dekat mana, asalkan kakak capai apa yang kakak nak.”

hati anak mana yang sanggup dengar ayah cakap macam tu. masa tu seribu penyesalan di hati kakak, sebab tak buat yang terbaik untuk mak dan ayah. bila giliran kakak di panggil. lebih daripada lima orang panel drpd main campus gombak datang interview kakak. soalan demi soalan. ayat terakhir yang kakak sangat takut bila seorang panel lelaki cakap,

“kami tak menjanjikan apa-apa untuk awak, sekiranya keputusan tidak menyebelahi awak, mungkin rezeki awak masih ada di tempat lain.”

kakak bagaikan hilang punca. selesai je kakak di interview, ayah bawa kakak makan nasi arab. ayah suruh kakak makan banyak-banyak. mak bawa kakak pergi beli barang. mak tanya kakak nak apa. kakak bukan jenis suka beli barang. jadi mak belikan je apa-apa untuk kakak. masa dalam bilik hotel, mak cakap,

“mak ayah tak kisah kakak belajar dekat mana sekalipun. doa banyak-banyak.”

kakak dah redha masa ni. kakak balik ke rumah kakak cuba apply tempat belajar yang lain guna keputusan spm kakak. dua minggu lepas interview, kakak dapat senarai nama readmission dan lulus interview. alhamdulillah, kakak lulus dan dapat teruskan dalam jurusan yg sama. masa ni ayah pesan kalau tak mampu bawa jurusan ni ayah izinkan kakak tukar jurusan. kakak pun nak cuba KAED. kakak lalui QT. semua lepas, alhamdulillah. cumanya kakak kena jumpa HOD IRKHS untuk minta pengesahan. tapi hari tu kakak malas sangat nak jumpa. kakak rasa berat hati nak tukar jurusan.

pukul 4.45 kakak masih di bilik, mahallah aisyah. pusing-pusing dalam bilik, ambil wudhu, solat. jam pukul 5.01 kakak lega, hati kakak lapang. keesokkannya, kakak jumpa HOD KAED dan kakak cakap kakak tak jadi tukar. kakak berat hati. semester pertama sebagai readmission student sangat mencabar. batch kakak masa tu matric number 11**** , kami berpindah ke petaling jaya. kakak berubah perangai. kakak dah mula ubah cara belajar, kakak dah mula pilih kawan yang betul-betul akan ada masa kakak susah. sebabnya? kawan kakak yang dulu dah tak berkawan dengan kakak, sebab kakak tak pandai. kakak kena dismiss. tapi kakak bersyukur sebab dapat roommates yang sangat fahami kakak. sampai ke main campus kami satu bilik tak pernah berpisah.

alhamdulillah, setiap semester kakak dapat kekalkan pointer 3.50 above. mak ayah? orang pertama yang kakak tunjuk result kakak. cara kakak belajar? dalam kelas kakak akan duduk barisan paling depan. kakak akan tanya dan selalu pergi consultation jumpa lecturers. kakak akan salam dengan lecturers perempuan sebelum keluar kelas. dan lecturer lelaki? kakak ucapkan terima kasih. untuk study sebelum exam, kakak jenis study sorang-sorang. tapi kalau kawan tanya, kakak jawab dan kongsi. tapi kadang-kadang orang tak faham cara kakak ajar sebab cara kakak faham lain. kakak pernah kena cop di budak kelas, yang kakak kedekut ilmu bila kakak ajar mereka tak faham. kakak dah cuba fahamkan tapi mereka tak faham, maafkan kakak. dan sebelum peperiksaan, kakak akan minta lecturers halalkan ilmu semuanya.

hari silih berganti. kakak setiap hari akan call mak dan ayah. cerita apa yang kakak buat. kalau dulu kakak habiskan duit beli prepaid untuk call ‘kekasih’ tapi kali ni kakak habiskan duit untuk call kekasih di kampung, ya mereka mak ayah kakak. kekasih hati yang kakak agung-agungkan? hilang tinggalkan kakak untuk perempuan lain. kalau dulu kakak tak suka cerita hal peribadi dekat mak ayah, kali ni kakak tanpa segan silu kakak kongsikan pada mereka. setiap kali kakak nak exam, kakak akan call mak ayah minta restu. kakak tahu, kakak dah cuba sehabis baik. sehabis baik untuk jadi anak yang baik. sebelum kakak off fon kakak akan cakap, ‘I love you mak’ , ‘I love you ayah’ . Kalau dulu setiap kali di facebook kakak upload gambar kakak dengan kawan-kawan, kali ni kakak upload gambar kakak dengan keluarga. kalau dulu kakak malu punyai keluarga yang kakak rasa tak sayangkan kakak, tapi sekarang kakak yakin mereka sayangkan kakak sepenuh hati.

mereka harta yang paling tak ternilai buat kakak. pertama kali kakak dapat surat tawaran daripada uia, dalam jurusan psikologi, tapi kakak tolak sebab kakak dapat surat tawaran dalam jurusan pendidikan. ya, kakak nak jadi kaunselor yang baik untuk anak didik. kalau dulu, kakak dapat pointer yang paling rendah, tapi kali ni kakak dapat kekalkan dekan hadiah untuk mak dan ayah. setiap kali kakak dapat check result, orang pertama yg kakak akan cari adalah mak ayah. kakak print, dan kakak tunjukkan. kakak akan terangkan satu persatu. kakak ada cita-cita nak bawa mak ayah duduk di barisan paling hadapan masa kakak konvo nanti, sama macam adik-beradik kakak yang lain buat. Insyaallah, bulan 9 nanti semester kakak yang terakhir, doakan kakak ye?

untuk adik-adik junior kakak. kakak harap penantian bukanlah satu penyeksaan. jadi diri sendiri, dan berusaha semampu yang boleh. kakak tahu setiap orang ada minat dan kelebihan masing-masing. andai kata kamu tak mampu carilah jurusan dan tempat belajar yang kamu minat. bila kamu minat belajar sesuatu yang di bawah kemahiran kamu, Insyaallah ianya satu kebahagiaan yang tak ternilai buat kamu. Kalau kamu pernah kena dismiss, cuba sehabis baik untuk bangkit. Buat sesuatu yang bernilai, sebab ianya satu hadiah untuk diri kamu dan keluarga yang sangat ternilai. Just BE YOU! <3

Salam sayang,
Kakak.

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit