Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia.
Hari tu aku ada terbaca satu confession about mata batu tak silap. So let’s make it short and simple.
Dear Gadis Mata Palsu Hati Tak Palsu,
Aku ni pakai mata batu jugak, kena retinoblastoma, cancer retina pada mata kiri masa umur 5 tahun, sekarang umur aku 25. Kalau orang bagi mata pun aku tak boleh terima sebab memang takkan boleh ganti. Heh.
Zaman sekolah aku cuba jadikan yang terbaik, jadi sorang yang kuat, orang carik pasal aku cabut mata aku, bagi diam sikit mulut tu, dari zaman sekolah rendah aku buat benda tu sampaikan ada sorang kawan aku Wafi namansya demam seminggu sebab aku bukak mata depan dia, siapa suruh cabar. Hahaha sorry Wafi! Aku jadikan kekurangan dan mata palsu aku tu superpower aku, sampai budak pun diam bila aku jeling. Heh.
Cuba jadi seorang gadis yang kuat, kau kena terima kekurangan kau, kalau orang tanya jawab, jangan takut untuk cerita apa yang kau lalui, kenapa kau rasa kalau kau cerita orang akan kesian, no, orang tanya sebab curious, bila kau cerita dorang akan faham, dorang nak tau je. Tapi tu lah bak kata orang lain orang lain perangai, kalau aku orang tanya aku excited nak cerita, dan dorang sangat teruja nak tau what happened, when, how did you manage to survive with one eye. Sometimes dorang boleh inspired okay.
Oh ya rasanya takde kaitan pun kecacatan dengan hantaran, tu semua melayu punya agenda, kalau kau demand hantaran tinggi lepas tu jadi isu jangan salahkan kecacatan kau. Salahkan hantaran tu. Aku ni dah la pendek dan gemuk, tapi alhamdulillah syukur sangat Allah kurniakan aku seorang teman hidup yang langsung tak kisah pasal rupa aku, itu kuasa Allah, dia ambil sesuatu dari kau, dia ganti dengan yang lebih baik, daripada kau dah kahwin then tetiba cacat lalu ditinggalkan tak ke lagi sakit? Aku akui kecacatan ni sangat berguna, tanpanya aku xkan dikelilingi oleh orang yang boleh menerima aku seadanya. InsyaAllah tahun depan kalau takde halangan kahwin lah aku. Amin. Haha.
Kepada semua insan yang kehilangan penglihatan sebelah mata, sila dapatkan kad OKU, sangat banyak benefit, tengok wayang GSC dapat harga special punya, masa aku belajar aku dapat RM20k, biasiswa OKU kerajaan bagi (thank you bangjibbyros), kalau buat passport free tak payah datang awal beratur panjang tunggu giliran, kalau kerja gaji bawah RM1.3k dapat lagi elaun RM350, kalau pergi daftar business dekat SSM free jugak dan dapat macam biasa dapat privilege tak payah tunggu lama. Sangat banyak kelebihan OKU berdaftar okay! Nikmat tuhan mana lagi yang kau dustakan? Hihi.
Sekian pengalaman aku selama 20 tahun pakai mata palsu. Terima kasih kepada family yang sentiasa support, kawan-kawan yang gila macam terlepas dari Tanjung Rambutan dan encik tunang yang dah 5 tahun menyayangi aku seadanya. *menangis kesat air mata* Drama sangat noks!
Salam sayang dari gadis mata satu yang comel. Heh!
– Iman XII
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit