Beauty and The Beast

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Panggil saya Becca, masih belum berkahwin, 28 tahun dan beragama Islam sejak dilahirkan. Hari ini hati saya terbuka untuk meluahkan serta berkongsi pandangan peribadi saya berkenaan hal semasa yang sedang hangat diperkatakan. Melalui tajuk yang diberi, mungkin kalian sudah tahu apa yang ingin saya luahkan. Iya, ia berkaitan isu LGBT.

Saya pendekkan cerita, saya antara salah seorang yang mendukung keputusan pihak berkuasa untuk memotong babak-babak yang mengandungi unsur gay. Saya merupakan seorang pengemar English Series dan series yang terbaru yang saya sedang ikuti adalah cerita yang bertajuk ‘This is us’. (Nanti akan saya terangkan lebih meluas berkenaan isu gay dalam cerita ini)

Memang kebanyakan cerita barat ada diselitkan watak gay dan ia sudah menjadi kebiasaan. Bukan semua cerita ada mengandungi unsur yang keterlaluan, kadang-kadang mereka hanya meninggalkan ‘hint’ untuk apa yang berlaku. Tidak kurang juga ada yang turut memaparkan aksi-aksi yang keterlaluan. Contohnya cerita ‘Pretty little liars’, bagi mereka yang mengikuti cerita ini akan faham kenapa saya berkata demikian.

Babak-babak gay yang dipaparkan, sama ada cuma meninggalkan ‘hint’ atau yang keterlaluan bagi saya memang tidak perlu ( dalam konteks untuk ummat Islam, bagi mereka yang beragama selain Islam itu terpulanglah kepada diri mereka). Kenapa? Kerana naluri manusia. Naluri ingin tahu yang mendalam. Bagi saya yang memang sudah biasa dengan English series ini, tiap kali ternampak babak-babak demikian, hati sudah tidak peduli. Babak-babak sebegitu sudah menjadi kebiasaan bagi saya. Nah, sebab inilah saya membuat keputusan untuk berkongsi pendapat peribadi saya berkenaan isu ini.

Bayangkan anak-anak kecil yang masih memerlukan bimbingan dari orang dewasa di pertunjukkan babak-babak sedemikian, masakan tidak terdetik didalam hati/fikiran mereka tentang apakah itu? Malang jika mereka tidak bertanyakan soalan-soalan yang bermain diminda mereka kepada penjaga mereka iaitu ibubapa, malah mereka memilih sesuatu yang lebih senang iaitu internet atau rakan sebaya.

Bagi mereka yang telah dewasa, mungkin kita dapat menahan diri dari melakukan perkara yang tidak di ingini, tetapi bayangkan anak-anak yang masih kecil. Apa daya mereka?

Berbalik kepada cerita ‘This is us’ tadi, terdapat satu watak warga tua yang mengaku dirinya merupakan ‘bisexual’. Tidak ada satu babak pun yang menunjukkan hubungan intimasi antara beliau dan pasangan, tetapi saya dapat bayangkan apa yang berlaku setiap kali beliau bermalam dirumah pasangannya. (Harap para pembaca dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dalam perenggan ini, jika sudah terbiasa, minda kita akan automatik memikirkan situasi seterusnya)

kalau dahulu isu gay sangat jarang diperkatakan tetapi sekarang ia seperti satu kebiasaan. Padahal ia merupakan satu dosa besar bagi kita yang beragama Islam.

Ingatlah, ‘Prevention is better than cure’. Ibubapa sila mainkan peranan anda.

p/s: Maaf jika penulisan saya sukar difahami.

– Rebecca A.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit