Assalamualaikum semua. Saya terbaca confession daripada Dayang Senandung (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/), jadi saya nak ceritakan serba sedikit pasal jodoh saya.
Saya seorang wanita di akhir 20-an. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya seorang yang bijak selalu mendapat anugerah semasa belajar dahulu. Tapi mempunyai rupa paras yang kurang cantik.
Saya berkulit gelap, muka penuh jerawat zaman belajar dulu. Jerawat yang besar-besar pulak tu. Kakak saya berhabis duit banyak untuk merawat masalah jerawat saya tapi tetap sama je.
Ahli keluarga saya pulak berkulit agak cerah dan muka flawless. Memang dari kecik saya akan dibandingkan. Tambahan pula saya ramai adik beradik perempuan.
Pernah waktu sekolah saya ada suka seorang lelaki ni rakan sekelas saya. Saya pun tulis surat untuk dia. Dia koyak dan campak surat tu depan muka saya. Padahal dia pun bukan hensem mana pun haha.
Lepas kejadian tu saya jadi kasar dengan lelaki. Cakap pun kasar dan memang saya tak control langsung depan lelaki. Sebab bagi saya lantaklah bukan ada orang nak pandang saya pun.
Saya jugak jadi orang yang sangat dingin, sukar didekati dan takdak perasaan. Haha tapi best jugak tau hidup tanpa expectation ni.
Ada time raya tu saya pergi beraya rumah kawan saya. Tengah saya makan depan ramai orang tetamu dia waktu tu dia tegur jerawat saya.
Huhu memang malu gila waktu tu tapi saya cekalkan hati. Ramai yang bagi tips guna produk itu ini. Masalahnya semua saya dah try tetap tak berkesan.
Sampaila satu hari tu saya join satu program ni. Time ni la terjumpa jodoh saya, Waktu tu saya baru 18 tahun. Ada seorang lelaki ni tegur saya. Saya malas nak layan sebab saya kan tak suka lelaki.
Lepas saya buat sombong tu lelaki tu mintak nombor saya dari kawan saya. Dia mesej saya waktu tu dan bagitau jatuh cinta pandang pertama.
Reaksi saya macam biar betul mamat ni. Saya memang tak percaya la. So start situ kami kawan and dia try macam2 cara nak tackle saya.
Kami bertunang time umur 22. Lepas bertunang, dia dengan mak dia bawak saya pergi satu klinik kulit ni. Jauh dari tempat kami. Dah sampai kena tunggu pulak 5 6 jam.
Alhamdulilah lepas dua kali jumpa doktor tu masalah jerawat saya dah OK. Walaupun saya dah takde jerawat tapi still tak cantik pun sebab banyak parut lubang2 tu dan kulit still gelap.
Finally saya dan dia berkahwin umur 23 tahun. Lupa nak bagitau suami saya seorang yang ada rupa. Tinggi kurus hidung mancung muka ala hero hindustan.
Saya pun pelik kenapa dia suka saya. Ada rakan sekerja saya bergurau macam mana mamat hensem tu boleh suka saya.
Siap tanya kalau saya bomohkan dia. Ya Allah sampai sekarang saya masih terasa hati. Ada yang komen kami tak sepadan tapi jodoh Allah siapa tahu kan.
Lepas berkahwin memang dia layan saya dengan sangat baik. Tak pernah bebankan saya dengan kerja rumah.
Kami dikurniakan 3 orang anak perempuan dan semua ikut muka ayahnya. Alhamdulilah bab tu sebab saya takut anak saya lalui apa yang saya lalui dulu.
Sampai sekarang dah 6 tahun lebih kami berkahwin dia masih sama macam dulu. Harapnya sampai akhir hayat la.
Saya pernah jugak tanya kenapa dia suka saya. Dia kata sebab saya tak sama macam perempuan lain. Perempuan lain selalu tergilakan dia sebab rupa dia.
Saya pulak boleh tak layan dia. Haha sebab dia kata kalau nak cari perempuan cantik ramai je tapi nak cari perempuan yang boleh hidup susah senang dan setia dengan dia payah.
Panjang sangat dah ni, so pesanan saya untuk dayang senandung akan ada seseorang yang akan nampak kita cantik di matanya. Yang akan hargai kita seadanya.
Kalau bukan di dunia mungkin di sana nanti. So don’t worry just be yourself. Biar je orang nak kata apa asalkan kita bahagia dengan cara kita.
Dan pesanan jugak untuk semua supaya kita menjaga mulut kita. Kalau takde benda baik nak cakap lebih baik kita diam. Sebab ada hati yang akan terguris dengan percakapan kita.
Sekian, terima kasih.
– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit