Salam semua. First of all nak ucap terima kasih sebab sudi baca luahan aku ni and maaf kalau tunggang terbalik dan bahasa rojak kerana saya bukan penulis.
Beauty privilege. Mungkin ayat tu agak subjektif dan setiap orang ada interpretasi dia sendiri.
Aku kenalkan aku seorang lelaki usia 30an dan berasal dari selatan. Ya bercakap mengenai beauty privilege ni, aku dilahirkan sebagai seorang yang ada rupa.
Aku boleh dikatakan tinggi, kulit putih, alhamdulillah syukur.
Aku bersyukur atas nikmat yang diberikan Tuhan tapi kadang2 aku tak tahu benda ni satu keistimewaan atau kelemahan.
Dari kecik aku selalu dibuli sebagai. Contoh, time aku kecik aku agak comel dan mudah didekati oleh orang dewasa.
Jadi aku selalu dicubit dan dipegang orang luar. Sehingga la besar ramai yang suka dengan aku dan aku tak selesa bila mereka suka pegang2 sebab kadang2 rasa sexually touch.
Bila aku nak dekati orang yang aku suka mereka mesti fikir aku ni bermulut manis, tak jujur dan kasanova.
Akhirnya aku dicurangi dan hubungan aku tak lama sebab trust issue walaupun aku sentiasa meletakkan kepercayaan dan kesetiaan kepadanya 100%.
Mostly mereka yang akan tinggalkan aku.
Bila berkawan, ramai kawan kawan tak suka aku. Aku ramai dikelilingi kawan toxic yang tak suka aku termasuk kawan yang aku anggap kawan baik.
Kawan2 aku kebanyakan berupa paras biasa. Kadang2 bila aku share aku rasa mereka tak suka apa aku share.
Padahal aku just nak cerita benda baik dan benda yang normal. Tapi mereka tak respons dan mungkin beranggapan aku ingin menunjuk.
Benda2 ni kadang2 buat aku rasa lonely dan tertekan juga sebab aku rasa keikhlasan aku selama ni selalu disalah anggap.
Tapi aku selalu positive dan kuatkan hati aku. Haha (benda ni je yang aku mampu buat sekarang). Serious aku rasa lonely dalam dunia ni.
Kawan2 aku, aku selalu bagi nasihat jika mereka memerlukan aku. Tapi bila aku memerlukan mereka, mereka tiada.
Bila aku nak share pasal someone or ada yang minat aku mesti mereka tak berminat nak dengar.
Salah ke aku nak share untuk minta pendapat atau pandangan mereka?
Aku tak pasti kalian semua pernah mengalami benda ni atau tidak?
Terima kasih atas bacaan dan mohon berikan kata kata semangat kalian.
Apa yang harus aku lakukan? Boleh tolong beri pandangan, terima kasih semua.
– Mario (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Napa mcm ciri-ciri kwn lama aku ni. Masa kat kolej dulu ada kwn mcm ni. Ni bukan kes hensome tak hensome. Wajah dn fizikal mantap. Pendek kata tak ada langsung part yg perlu diperbaiki. Masuk bahagian attitude aduhaii makk. Kna jauhkan diri sbb suka jaja keburukkan org, gosip org, dengki dgn kelebihan org, sindir org dkt media social. Seram. Semua post kwn dekat fb jarang skli dia ckp psl benda2 positif smpai blh tpengaruh dgn stiap pandangan dia. Jd kami pakat kwn2 lain, utk jauhkan diri. Takut.
Saya terus teranglah ye, saya pun ramai kawan2 yang cantik. Kiranya diorang ni ada pretty privilege lah. Tapi ada sorang ni yang selalu mengadu kat saya kenapa orang selalu x suka dia. Dia dah buat baik mcm2 tapi org tetap menyampah dengan dia. Saya pun pelik, tapi bila lama2 kawan dengan dia, saya pun tiba2 rasa menyampah.
Sebabnya? Sebab semua benda berkisar pasal dia. Kenapa orang tak ingat birthday dia? Kenapa orang tak nak belanja dia? Kenapa orang tu x suka dia balik? Kalau plan nak keluar pun, tetiba je dia tak datang. Kadang2 saya pun rasa lonely bila kawan dengan dia.
Dia buat baik dekat orang pun sbb nak orang balas balik. Kita ni kalau nak orang suka kita, belajar utk suka orang dulu. Tapi kena ikhlas lah, sbb manusia ni boleh tahu kalau kita ni ada niat tak baik. All the best wak, in sha allah attitude boleh ubah slow2
bismillah….
kita berserah segala kebaikan kita kepada Allah swt. Allah yg membalas, kita buat tanpa meminta balasan, kebaikan kita mungkin akan diberi ganjaran kemudian hari…