Beban Kakak Ipar

Hi, nama aku Janet berumur awal 30-an dan baru sahaja berkahwin 6 bulan yang lepas.

Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Aku tak tahulah kalau peribahasa ni ada kena mengena dengan kisah yang akan aku ceritakan ni.

Aku di sini hanya ingin meminta pendapat dan pandangan dari pembaca IIUM Confessions apa yang patut aku lakukan.

Pada awal perkenalan sehinggalah pernikahan aku bersama suamiku David (bukan nama sebenar), syukur semua dipermudahkan.

Awal nya semua nampak indah belaka. Ibu ayah dari kedua-dua belah pihak merestui hubungan kami. Perkahwinan kami berjalan dengan lancar.

Walaupun sudah lama bercinta sebelum kahwin, kami jarang sekali bergaduh besar.

Pada awal berkenalan dengan suamiku, aku tahu yang David mempunyai seorang kakak. Tapi aku tidaklah rapat sangat dengan kakak iparku waktu masih berkawan dengan suamiku,

Kerana kakak iparku tinggal dirumah yang berlainan dan kami jarang berjumpa kecuali ada makan2 keluarga David. Aku namakan kakak iparku Mona.

Mona mempunyai dua orang anak kembar yang tidak berbapa. Mengetahui perkara itu aku langsung tak ambil pusing sebab semua orang ada sejarah hidup mereka masing2 termasuklah Mona.

Sehinggalah… aku tersedar yang aku rupanya bernikah dengan seorang duda @ bapa tunggal yang tak rela.

Masa awal2 pernikahan dulu, Mona selalu menghantar kembar ke rumah aku dan David, memandangkan pada musim pkp aku diarahkan utk bekerja dari rumah oleh orang atasan.

Jadi aku okay sahaja apabila Mona menghantar kembar ke rumah atas alasan ada dia ada urusan. Tapi dari sehari ke dua hari sampai berminggu2 dia tinggalkan anak dia di rumah aku.

Makan, minum, mandi dan tidur anak dia semua dia tak hiraukan. Nak katakan dia busy bekerja mencari sesuap nasi untuk anak2 dia, oh tidak sama sekali.

Untuk pengetahuan pembaca, Mona seorang pekerja kerajaan gred 41 yang sudah dah lama bekerja so faham2 lah ye berapa gaji dia. Dan gaji dia langsung tak terkesan dek pkp ni.

Korang tau kembar kadang tak makan sampailah dia hantar kembar ke rumah aku. Kembar mengadu cakap lapar dari pagi tak makan. Time tu dah pukul 2 petang.

Dan korang nak tau tak kenapa dia hantar kembar ke rumah aku? Korang sabar jap. Aku rasa nak asah pisau kejap.

Sebab boyfriend dia tak suka tengok anak dia di rumah. Rumah sapa? Rumah Mona.

HAHAHA, ni satu hal. Satu hal lagi, Mona ni jenis yang bangga cakap dekat aku yang dia pegi tidur dengan ramai laki dekat rumah dia.

Apa yang aku patut buat? Kembar asyik bagitau yang Mona selalu bawak laki balik.

Aku tak tau nak respon macam mana. Aku kesian tengok kembar diorang masih kecik dan tak tahu apa2. Aku pun dua kali lima join buntu dengan diorang.

Atas dasar kesian dengan kembar, aku terpaksa relakan hati nak jagakan diorang. Kalau tak Mona akan tinggal diorang dekat rumah tak bagi makan.

Lepastu, baru mesej aku kata dia ada emergency jadi dia tinggalkan kembar dekat rumah jadi nak mintak tolong aku ambik kan.

Aku dah risau sangat aku pecut pergi rumah dia, jiran diorang bagitau yang kembar meraung menangis dari tadi. Aku dah risau sangat2.

Jadi aku hon kereta sekuat hati, jerit nama diorang dalam 30 minit aku depan rumah & takde respon.

Aku sikit lagi nak telefon bomba pecahkan gate rumah. Aku mesej Mona bagitau hal ni. Korang tau apa respon dia? “Oh mungkin kembar tidur kot.”

Hati aku dah nak terjatuh dah bila kembar bukak pintu lepas 50 minit aku dekat luar rumah. Yang paling buat aku geram, korang nak tahu tak apa emergency dia… sebab nya dia nak keluar dating, siap post story IG.

Jadi, membawa hati yang panas menggelegak macam gunung berapi nak meletus, aku mengadu lah dengan suami aku. Bagitau semua, sebab aku rasa dah nak nangis dah.

Kalau aku mengadu dengan lain nanti dah dikira bukak aib keluarga dia pulak dah. Bila aku bagitau David, dia kata aku batu apikan adik beradik dia pulak.

Aku awalnya bagi peluang dekat Mona dengan tolong jaga kembar, sebab mana lah tau kan dia dapat jumpa laki yang boleh jadi bakal suami dia & bapak tiri kembar.

Tapi, memandangkan dia asyik tukar laki macam tukar baju, jadi maksudnya dia masih nak enjoylah tu sedangkan umur dia pun dah nak masuk 40…

Bila dikenang balik sakit nya hati aku. Ada haritu, dia call aku cakap nak hantar kembar ke rumah sebab boyfriend dia nak datang. Aku bagitau la yang aku ada hal, takde dekat rumah.

Kadang dia hantar jugak, kadang tak. Kalau dia tak hantar tu tak bermaksud yang boyfriend dia tak jadi datang tapi dia pergi hantar kembar ke tempat lain.

Ada kejadian haritu aku rasa nak menangis sebab geram sangat dengan sikap Mona ni. Dahlah tak bertanggungjawab, sekali pakej dengan penipu yang bodoh.

Haritu orang atasan call dan inform aku supaya turun kerja esok pukul 1.30 petang. Tiba2 pukul 10 pagi esok nya Mona call aku dan bagitau yang dia nak hantar kembar dekat aku sekejap.

Okaylah, hantarlah tapi aku ada hal pukul 1.30 petang aku bagitau Mona. Jadi dia okay jer dan janji akan ambik kembar sebelum aku turun kerja. Mona bagitau dia ada hal urgent waktu tu.

Bila dah pukul 1.00 petang aku call dia tak angkat, 1:30 petang tak angkat. Aku terpaksa call orang atasan dan bagitau ada hal urgent tak dapat nak turun.

Pukul 2:00 petang dengan muka slumber tak ada maaf klua dari mulut dan terus ambik kembar.

Aku dah tak tau dah macam mana nak respon dengan Mona ni. Appointment keja aku terpaksa cancel. Dia pegi tipu suami aku yang dia ada urusan padahal dia tengok syok check-in dengan skandal.

Suami aku pun sebenarnya stress mengenangkan perangai kakak dia yang tak habis2 menyusahkan orang.

Waktu pkp ni dia bekerja seperti biasa, kalau dia cuti dia bolehlah jagakan kembar untuk Mona. Kalau tak aku pulak yang jadi mangsa Mona.

Banyak lagi benda yang dia dah buat, tapi makin panjang pulak confession ni nanti. Aku cerita dekat sini sebab aku dah betul2 buntu. Tak tahu nak mintak tolong siapa.

Jadi, kalau ada di antara pembaca IIUM Confession yang ada cadangan dan pendapat macam mana nak deal dengan Mona ni tanpa mengabaikan kembar sila lah komen dekat sini nanti aku baca..

Cadangan dan pendapat korang amatlah dialu-alukan.

– Janet (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *