Saya baru kahwin pertengahan tahun lepas dan alhamdulillah tengah tunggu hari nak sambut kelahiran anak pertama. Diharap dengan lahirnya anak ni bawa sejuta rahmat dalam keluarga. Saya teruja, gembira dan dalam masa yang sama takut. Takut mengenangkan apa yang bakal saya hadapi selepas anak ni lahir. Suami saya kerja outstation, cuma weekend ada kat rumah. Tu pun hari ahad full satu hari dan sabtu separuh hari. Seminggu baru dapat jumpa. Memang rumahtangga ni tak akan jadi seperti apa yang kita nak dan bayangkan kan.
Sebelum kahwin, suami saya ada bagitahu dia akan cuba cari kerja lain yang boleh balik hari, at least malam dia ada kat rumah. Saya ni boleh dikira seorang perempuan yang independent dari kecik. Saya stay asrama dari tingkatan 1 dan lepas tu saya dah tak duduk rumah. Saya belajar sungguh-sungguh dari start tingkatan 1 sebab saya target nak dapatkan biasiswa jadi saya tak menyusahkan adik beradik saya untuk spent duit yang banyak untuk tanggung saya membesar walaupun saya tau itu tanggunggjawab diorang. Mak ayah saya dah meninggal masa saya darjah. Dan saya fikir saya kena tekad berdikari dan saya jenis tak suka menyusahkan orang.
Dan Tuhan sentiasa makbulkan doa saya. Dari secondary school saya dapat biasiswa persekutuan. Habis sekolah saya masuk matrik dapat elaun dan buat degree dapat biasiswa JPA. Saya syukur Tuhan selalu perkenankan doa-doa saya. Apa yang saya nak selalu Allah bagi. Saya dah biasa buat kerja sendiri, saya carik tu ni sendiri, uruskan diri sendiri, cari barang, isi borang, semua buat sendiri dari start sekolah menengah. Duit JPA saya kumpul buat beli motor senang nak pegi kelas tak nak susahkan orang tumpang-tumpang. I feel happy, sebab tak susahkan orang. And I am proud of myself sebab tak jadi beban untuk adik beradik.
Lepas habis belajar, saya kerja dan sekarang saya dah kahwin, Allah uji saya dengan sikap suami. Suami tu satu rahmat, satu anugerah untuk saya. Tapi apa guna kalau cuma saya yang anggap dia macam tu. Saya rasa dia anggap saya ni satu beban untuk dia walaupun dia yang nak kahwin dengan saya. Saya tak tahu apa tujuan dia nak berkahwin dengan saya. Saya terima dia walaupun dia terlalu banyak kekurangan sebab saya tau tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Saya redha dia jadi suami saya. Tapi bila mengenangkan apa yang dia buat dan cakap, saya tak tau redha saya pada dia bertahan sampai bila.
Baru-baru ni, saya ada ingatkan suami kalau dia boleh cari kerja lain yang boleh buat dia balik hari dan ada kat rumah waktu malam. Saya jujur bagitahu dia terus terang saya tak mampu nak jaga anak seorang diri bila hari bekerja. saya juga bekerja 8-5. Saya perlukan sokongan suami untuk jaga anak especially waktu malam. Sebab saya percaya tanggungjawab besarkan anak, bagi didikan, sokongan semuanya perlu kerjasama dari kedua mak dan ayah. Bukan hanya salah seorang. Saya faham itu cara dia cari rezeki, tapi bumi Allah ni luas. Saya cuma nak tengok effort dia untuk cari kerja lain. Kalau dia dah usaha tapi masih belum ada rezeki, saya redha. Tapi suami saya tak nak usaha langsung. dia bagi alasan kalau kerja lain, gaji dia akan jadi lagi sikit dan dia ugut saya kalau dia dapat kerja lain, tak cukup duit tolong jangan merungut.
Dan akhirnya, kami bergaduh besar. Sebab dia masih tak nak usaha dan yang paling membuatkan hati saya hancur luluh bila dia kata kalau tak boleh nak jaga anak sendiri, kenapa saya nak ada anak. Kalau macam tu dia mintak saya doa mintak-mintak anak yang saya sedang kandungkan ni tak jadi lahir. Allahuakbar. Hancurnya hati saya bila dia cakap macam tu. Iman saya nipis tapi saya tak sangka dia lagi nipis. Mana dia letak agama dalam hidup dia. Terbayang semua pengorbanan yang saya buat selama ni untuk dia. patutlah selama saya hamil, dia macam tak ambik kisah. Masih selamba suruh saya drive bila dia ada, basuh baju angkat baju berat-berat, pergi pasar cari barang dapur angkat macam2 yang berat2. Mujur saya tak keguguran. Rupanya dia memang nak saya bertanggungjawab atas diri sendiri sebab saya yang nak anak. Jadi saya kena buat semua sendiri. Lagi pun dia tau saya jenis perempuan berdikari. Semua boleh buat sendiri and he just okay with it.
Siapa yang kahwin tak nak ada anak. Mungkin ada segelintir tapi saya bukan dalam golongan tu. Saya sekarang sangat terasa hati dan terluka dengan suami saya. Dia tak akan minta maaf dan pujuk saya sebab setiap kali gaduh saya yang akan cari dia dulu sebab saya perlukan suami saya. Hidup saya lepas kahwin ni terlalu sunyi. Dia tak izinkan saya keluar dengan kawan-kawan perempuan saya untuk keluar makan walaupun seminggu sekali, alasan dia tak suka. Dan risau kalau jadi apa-apa pada saya dia tak dapat nak tolong.
Saya terlalu harapkan kehadiran anak ni untuk jadi peneman saya. Tapi sayang ayahnya tak perlukan dia dan anggap dia beban walaupun anak kami belum dilahirkan. My dear anak, maafkan ibu sebab tak mencari ayah yang terbaik untuk awak. maafkan ibu sebab awak perlu tanggung kesedihan, kesusahan, kesengsaraan walaupun awak masih dalam Rahim ibu. Ibu doakan awak sihat dan sempurna, semoga kelahiran awak nanti jadi asbab untuk ayah berubah dan jalankan tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga kita dengan baik. Amin.
Tujuan saya buka cerita ni bukan untuk dibanding-bandingkan dengan masalah rumahtangga lain yang jauh lebih rumit. Ambiklah iktibar untuk mana-mana wanita yang belum bertemu jodoh kat luar sana, pilihlah kesederhanaan masa memilih suami. Sederhana dalam segalanya. Yang penting, pilih lah agamanya. Jangan sangka kita isteri boleh dengan mudah nak ubah suami. Kita takkan boleh ubah seseorang sebab Allah yang pegang hati manusia. Dan kalau manusia tu sendiri tak nak berubah, tiada siapa yang boleh tolong dia. Kita hanya mampu berdoa sesungguh-sungguhnya.
– wani hasriti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit