Asalammualaikum semua, nak kenalkan diri sedikit nama aku Qisha, umur aku anggaran awal dua pulahan, aku sorang anak broken family dan ayah aku hilang entahlah kemana.
Nak dipendekan cerita, aku tinggal bersama mak aku dan dua orang adik lelaki berumur anggaran belasan tahun dan enam tahun seorang,
Mak aku ni dah dua kali gagal perkahwinan so faham faham jelah. Aku sebagai anak sulung pikul tanggungjawab yang ayah aku lepaskan macam tu sejak umur aku dua belas tahun.
Ok next, bukan tu sebenarnya nak share, aku nak share yang awal tahun lepas aku sendiri dah meningkat usia awal dua puluhan dan dah bertunang dengan seorang lelaki yang bagi aku cukup baik.
Kami ambil keputusan ikat pertunangan kami dalam tempoh 6 bulan sahaja. Tapi Allah maha tahu, dia telah kembali ke Maha Esa pada malam raya akibat excident motor.
Alangkah kecewanya aku bila dapat tahu berita tersebut, terduduk sambil meraung kecewanya aku bila lelaki yang ajar aku erti kasih sayang lelaki yang aku tak dapat dari kecil tu dah tak ada.
Disebabkan lagi dua bulan nak bernikah aku terpaksa batalkan semua serta merta termasuklah diri aku sendiri yang berkurung selama 6 bulan tanpa kerja, terperap dalam bilik macam dah tak ada harapan lah katakan.
Selepas 1 tahun, aku murung macam tu mak aku bawak aku berubat sana sini, aku kembali pulih secara perlahan lahan, check up doktor setiap bulan untuk anxiety attack.
Aku dari kecil memang tak ada kawan suka buat bende sorang sorang disekolah sampailah habis sekolah, jadi tunang aku ni lah segalanya bagi aku kalau nak bercerita, gosip susah senang sama sama, gembira nangis semua dengan dia.
Ringkaskan lagi, aku kenal sesorang hamba Allah ni aku namakan Shahril. Aku kenal dengan dia mula dari kawan dan kawan borak kosong. Lepak sana sini semua dengan dia dan dia pon rapat dengan mak aku.
Si shahril ni macam aku anak broken family tinggal dengan ayah dan tak penah jumpa ibu dia dari kecil. Bahkan tak penah menyusu pon susu ibu dia, ayah dan mak dia bercerai waktu dia umur 1 tahun.
Kami berdua saling kenal hati budi satu sama lain dalam masa 1 tahun, dia decision nak bertunang dengan aku, aku cakap aku belum move on dari arwah tunang aku, aku cuba jujur dengan dia, tapi dia kata tak apa dia tunggu.
After 1 bulan kami bertunang, aku dapat tahu perangai sebenarnya dia waktu kami start kumpul duit kahwin. Dari sebulan lepas sebulan tundah tarikh nikah dan akhirnya sampai setahun.
Mula mula aku pon tak tahu kenapa sebab aku rasa dia tak ada comitment yang besar pon macam aku, aku yelah sara family adik nak sekolah, rumah barang dapur lagi semua lah sekali.
Aku pon mula korek dan korek rahsia dia selama setahun, aku baru tahu yang dia berhutang dengan ahlong sebanyak RM3000 yang belum dia langsaikan.
Aku terkejut dan terus tanya dia sebab aku terbaca chat dia dalam whatsapp, berjurai airmata aku sebab aku rasa macam kene tipu.
Aku decide rahsiakan dari family aku, dan tunggu dia langsaikan hutanh dia dalam tempoh masa yang agak lama, aku macam tak apalah maybe dia nak masa and hal peribadi dia tak nak bagitahu aku kenapa dia meminjam.
Dalam diam dia tambahkan lagi meminjam, dalam diam dan tak bagitahu aku langsung.
Aku marah dan cakap tak apalah kalau macam ni kita tak kahwin pon tak apa sebab aku dah cukup banyak tanggungjawab, dan nak cari orang yang betul betul sungguh nak halalkan aku.
Sebab jenis aku hal duit aku tak penah berkira, setiap kali dia gaji dia mengeluh gaji tak penah cukup, banyak kali kami bergaduh hal ini, tapi dia tak penah serious bila aku marah, biasalah kita perempuankan kalau kene pujuk sikit mula lah cair.
Dan hari makan hari berbulan bulan, aku makin lama makin tawar hati dengan perangai dia yang tak penah ambil kesah susahnya aku siang malam cari duit, sara family banyak hal yang nak diuruskan.
Aku tak tahu ini ujian tunang ataupon tak tapi aku nak kata aku dah cukup penat nak hadap hidup tersepit macam ni, gaji aku boleh katakan agak besar dari dia, jadi faham faham jelah maksudnya.
keperluaan dia aku selalu dahulukan, dan diri aku makin lama makin terbiar terpaksa ikat perut, nak putuskan tunang tu bukan satu hal yang mudah, maybe melibatkan maruah family.
Aku dekat sini selalu doa, Ya Allah kalau dia bukan jodoh aku jauhkanlah, sebab aku dah tak mampu nak hadap lelaki macam ni.
Aku dari broken family yang tak ada ayah, jadi aku berharap sorang lelaki boleh jaga aku bukan aku jaga dia.
Betul lah orang cakap yang pergi tak kembali takkan sama dan takkan ada pergantikan, aku cuma nak mintak pendapat aku kene teruskan pertunangan ni atau putuskan terus.
Penat makan hati mental aku makin lama makin down, kesihatan merosot, tapi dia buat macam tak ada apa apa dan tak endahkan sahaja.
Itu sahaja yang aku mampu nak share, bagi aku berhutang dalam umur yang muda akan bawa binasa badan diri dan mental.
– Qisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Istikarah dik..semoga Allah mudah kan urusan adik