Bebas Dari Najis Dadah

Hai semua pembaca. Terima kasih admin andai confession ini disiarkan. Nama aku Aries & seorang wanita. Tujuan aku menulis adalah untuk berkongsi tips bagaimana untuk bebas dari najis dadah. Alhamdulillah aku diantara insan yang masih diberi peluang untuk berubah.

Najis dadah dikalangan remaja masa kini sangat membimbangkan. Wanita juga tidak terkecuali. Ramai kenalan aku yang juga berjantina wanita terjebak dengan najis ini. Jangan terkejut jika wanita yang berperwatakan sopan juga terjebak.

Kebanyakan yang terjebak disebabkan pengaruh rakan sebaya atau terikut ajakan teman lelaki. Berubahlah korang sebelum makin terlewat.

Disini aku ingin kongsikan sedikit tips bagi sesiapa yang ingin bebas dari najis ini:

1. Pokok pangkal segalanya bermula dari hati. Bersihkan hati dengan solat & zikir. Mohon kepada Allah agar diberi kekuatan. Permulaan mmg payah, pasti akan kerap tersungkur kembali. Jangan putus asa, tiap kali tersungkur, teruskan dengan doa. Allah akan sentiasa dengar doa kita.

2. Tanamkan satu tekad. Contohnya, “aku nak hidup bahagia seperti orang lain” atau “aku malu kalau orang tahu yang aku seorang penagih”. Kebanyakan wanita yang terjebak sangat pandai menutup aib diri. Hanya golongan mereka sahaja kenal sesama sendiri. Mereka sangat perahsia. Kuatkan tekad. Anda pasti boleh. Abaikan kata orang. Anda tidak berseorangan.

3. Kurangkan pengambilan. Sedikit demi sedikit. Kalau dulu setiap hari, boleh mula seminggu sekali, seterusnya sebulan sekali & seterusnya dua bulan sekali. Bila mengurangkan pengambilan, kadar ‘rindu’ juga akan berkurangan.

4. Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Boleh mula memancing, mendaki, bekerja overtime, baca novel, berjalan di mall, jadi ‘rider’ makanan atau aktiviti lain yang korang minat. Cari satu minat & fokus dengan minat tersebut. Ini akan mengalihkan fokus korang terhadap najis tersebut.

5. Kurangkan melepak dengan rakan yang masih terjebak. Jangan pulaukan mereka tetapi ambil langkah untuk menghindar dari mereka. Setiap kali mereka ajak, beri pelbagai alasan untuk menolak. Mereka akan sedikit memancing tetapi ingat balik kenapa kita mahu berubah.

6. Langkah yang paling drastik kena merantau jauh dari kampung & mulakan “circle” dengan kawan baru. Cari kawan yang baik, yang boleh kita contohi perangai mereka. Jika kawan kita baik, kita juga akan terikut perangai mereka. Kerana inilah pentingnya memilih kawan.

7. Tukar nombor telefon. Pastikan “tokan” tidak dapat menghubungi anda. “Tokan” sangat jahanam. Disebabkan mereka, ramai muda mudi yang terjebak. Mereka sangat licik dlm memainkan peranan. Mmg layak hukuman mati dikenakan kepada mereka.

Setakat ini sahaja tips yang aku rasakan berguna untuk kalian. Aku juga menggunakan tips yang sama untuk berubah. Aku menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap penagih pasti ada keinginan untuk berubah. Aku doakan semua yang masih dijalan hitam agar terus diberi kekuatan untuk berubah.

Buat keluarga yang punya ahli keluarga yang terjebak. Jangan pulaukan mereka. Bantu mereka dengan beri sokongan & kata semangat.

– Aries (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *