Assalamualaikum pada semua readers IIUM Confession.. Masih ingat kah kalian pada aku ni Awan yang Terpilu..
Aku pernah menulis di sini tentang Pentingnya Taaruf Sebelum Nikah.. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan komen yang baik2.. Aku baca semua komen2 itu..
Ada juga yang komen nak part 2 sebab nak tahu apa kesudahan nya cerita aku tu..
Alhamdulillah aku dah lepas bebas dari neraka suami aku.. Sekarang bekas suami.. Aku telah diceraikan dengan talak yang tak boleh dirujuk semula..
Kalau pun aku diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk semula aku memang tak nak..
Aku redha dengan segala ketentuan yang telah Allah takdirkan untuk ku.. Walau pun aku tak mahu juga cerai berai ni tapi demi kesihatan mental aku..
Aku redha sebab seumur hidup nak bertahan dengan orang yang bukan sayang sangat kat aku tu terlalu sakit ye..
Selepas bercerai aku terima semua dengan sabar dengan segala cerita yang buruk tentang aku dari keluarga sebelah sana.. Konon nya aku lah yang bersalah.. Aku lah yang degil.. Aku lah yang paling tak boleh hidup susah senang dengan suami..
Walaupun mereka tahu perangai sebenar bekas suami aku.. Tapi aku ambil tindakan mendiam kan diri.. Biar lah Allah saja yang akan menunjukan kebenaran..
Memang aku rasa sakit yang teramat dalam hati bila dituduh macam2 terutama sebab aku tak boleh mengandung.. Sampai aku rasa down sangat.. Tapi aku ada Allah yang maha mengetahui segalanya.. Aku ade family yang sentiasa support aku..
Bekas suami aku pun bukan main kuat lagi play victim dia.. Supaya dia tak nampak salah.. Memang penceraian tu berlaku separuh aku yang mintak.. Tapi aku mintak pun ada sebab..
Aku dah tanya peguam syarie betul ke tindakan aku tu.. Peguam tu cakap memang aku bole menang dan tak salah minta cerai..
Alhamdulillah sekarang aku rasa lebih tenang lepas bebas dari neraka bekas suami walaupun aku kena bayar hutang2 dia yang buat loan guna nama aku.. Tak apa lah itu kesalahan aku yang buat.. Konon sayangkan suami.. Padahal orang hanya pergunakan aku..
Pada wanita2 semua yang dah lewat usia tapi belum jumpa jodoh lagi jangan risau tak kahwin.. Hidup single pun bahagia.. Kalau kahwin pun jadi macam aku lagi derita..
Kalau nak kahwin tu tak kisah lah jodoh dari org tua ke.. Cari sendiri ke.. Taaruf lah dulu..
Taaruf yang aku maksud kan tu siasat dulu bakal suami tu tentang background family dia.. Kerja dia.. Gaji dia.. Komitmen dia.. Hutang2 dia.. Boleh cek ctos kat bank negara.. Harta yang dia ada..
Yang paling penting agama dia.. Jangan yang jenis penunggang agama je.. Kalau sebelum kahwin lagi lelaki tu dah mintak awak buat loan.. Nak pinjam duit.. Run bestie run.. Jangan letakkan kepala awak pada mata parang.. Jangan jadi macam aku ye..
Sekian cerita dari aku moga dapat dijadikan pengajaran..
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..
Dari Awan yang Terpilu..
– Awan Yang Terpilu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit