Bebas Dari Panic Attack & Anxiety

Apa khabar semua. Aku nak share bagaimana aku sembuh dari anxiety dan panic disorder.

Aku seorang yang kuat bekerja dan suka kan cabaran. Sentiasa nak lakukan terbaik dan aku mahu berikan terbaik kepada keluarga.

Keluarga aku bukan orang senang dan aku adalah harapan dalam keluarga.

Tekanan dari segi kewangan tu agak terasa tetapi Alhamdulillah Allah mudahkan rezeki aku untuk mereka.

Oleh kerana aku bekerja dan 2-3 kerja lain juga aku buat, maka kehidupan aku kerja kerja kerja, sampai aku tak sedar aku terlalu stress.

Makin lama aku jadi semakin overthinking dan aku nak kawal setiap perkara dalam hidup. Aku jenis suka planning dan sentiasa berfikir jauh.

Banyak sangat dalam fikiran, sampai aku kerap kena anxiety dan panic sehingga jantung laju dan dikejarkan ke hospital.

ECG segala bagai aku dah buat test, tiada masalah dengan jantung atau Thyroid. Dr kata ini masalah psychology.

Aku selalu kena panic attack sehingga sukar untuk aku drive.

Bila ada masalah sikit aku suka fikirkan 1001 masalah dalam 1 masa. Lepas tu mula lah jadi serabut, sesak nafas secara tiba2.

Okay cukup cerita pasal masalah!

Sekarang aku nak share journey aku sembuh bagaimana.

Pertama sekali aku tak berjumpa pun dengan psychiatrist atau makan ubat.

Kerana aku percaya masalah minda hanya boleh di ubati dengan minda yang sihat,badan yang cergas dan hati yang jernih.

Hampir 2 tahun aku down, akhirnya aku mula tukar habit dan routine aku.

No 1 ) Setiap petang aku akan berjoging berjalan di taman. Slowly stamina aku semakin baik dan aku tak cepat mengah secara halus dia menghantar mesej dalam otak aku.

Aku sihat!

Aku kuat!

Aku boleh buat lebih dari apa aku sangka!

Confidence level tu semakin baik

No 2 ) Aku kurangkan tengok handphone. Aku lebih suka lepak dengan family dan kawan2 sembang borak2 kosong.

Pagi2 selepas solat, aku mengaji jap dan fahamkan juga terjemahan sampai lah aku fahami serba sedikit surah

Kalau aku buka social media aku akan buka Mufti Menk,Solusi, Ustaz Azhar Idrus, Fazilah kamsah dan beberapa page motivasi.

Kiranya aku Feed kan fikiran ku nasihat yang positive sampai lah aku fahami maksud Redha, Tauhid, Qada dan Qadar, percaya Allah dan setiap apa yang terjadi dengan kehendaknya.

Maka aku dah mula buang perasaan “Ingin mengawal setiap sesuatu” aku dah jadi seorang Go with Flow.

Buat sahaja terbaik pada masa sama percaya Allah yang akan memudahkan dan maha memberi. Kejayaan adalah pertolongan dari nya bukan manusia!

Aku jadi lega kerana fikiran ku kosong dan tiada expectations dan setiap benda aku akan fikir Tiada daya aku selain pertolongan dari mu ya Allah.

Lagi satu kalau dulu asal tengok berita menakutkan aku jadi berdebar, sekarang tak lagi kerana apa sahaja berlaku adalah kehendaknya.

Dunia kiamat itu pasti! Jangan focus kepada takut focus kepada Amalan. Kita takut mati sebab tak cukup amalan.

No 3 ) Brain dump teknik ni aku jumpa dekat facebook penulisan dari seorang doktor psychology.

Apa sahaja kerja dan list kerja serta masalah, kau tulis dekat buku diari. Lepas tu kau buat rangka solusi masalah tu.

Focus 1 per 1, bila dah settle ko cross dan kau ucapkan tahniah dan terbaik dekat diri sendiri. Cakap lah dekat cermin, perghh mantap pak abu!

No 4 ) Regular medical check up. Buatlah pemeriksaan kesihatan.

No 5 ) Makan makanan sihat. Cuba eat cleat dalam 1 bulan dan makan banyak sayur. Kurangkan makan manis bergula, tak baik untuk kesihatan.

No 6 ) Jaga hubungan baik dengan sekeliling kawan2, family. Paling penting Mak bapak!

Kalau nak selamat hidup jaga lah mak bapak korang. Even mereka jahat sekali pun jangan berdendam, kerana kau bukan tuhan. Balasan tu kerja Allah bukan kau,

Maaf bermaafan dan Jauh lah perasaan dendam. Dendam, cemburu dan rasa dunia tidak adil membuatkan hati dan Jiwa mu rosak.

No 7 ) Remove orang toksik ni. Kalau family member jauhi diri buat sementara, kalau bukan ko remove dan block sahaja.

No 8 ) Reward diri, jangan kedekut dengan diri sendiri. Bercuti ke,atau apa sahaja janji kau gembira.

No 9 ) Buat terbaik – Usaha – Tawwakal

Percaya Qada dan Qadar serta Tauhid kepada Allah kerana tidak semua kita boleh kawal, dunia ni bukan kita punya.

Akhir sekali ingat benda ni, ada benda kita boleh kawal ada benda kita tak mampu nak kawal. Maka tumpukan benda kita boleh kawal, selebihnya percayalah kepada Allah.

Cuba lupakan dendam atau trauma. Mindset kena ubah setiap apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah dengan izin Allah aku menjadi hamba yang lebih baik dan mempunyai semangat dan minda yang kuat. Terima kasih ya Allah.

Penyakit ni tiada siapa mampu ubatkan, hanya diri kita sahaja mampu mengubah dan ubat diri kita sendiri dengan menjernihkan pemikiran dan jiwa kita.

Untungnya kita yang beragama islam, jawapannya ada dalam Al quran. Korang follow lah Mufti menk, banyak nasihat beliau. Semoga Allah panjangkan umur Ulama dan para pendakwah.

– Hamba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *