Bebas Hutang Bagi Gaji Kurang Dari RM2000 II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bebas-hutang-bagi-gaji-kurang-dari-rm2000/).

Hi semua. Intan di sini. Confession kali ini aku menjawab sedikit sebanyak pertanyaan dari pembaca mengenai cara aku menyimpan.

Maaf sahabat semua, aku tidak “mengencing” kalian seperti yang dikatakan dan terima kasih kerana berhusnuzon.

Malangnya aku tidak punya boifren untuk menanggung aku. Aku menyimpan semua itu bukan setahun, makan masa hampir bertahun. Nampak mudah tapi aku sangat menahan nafsu untuk berbelanja.

Seperti aku nyatakan pada confession sebelum ini. Aku upgrade loan asbf 200k setelah simpanan aku melebihi 6 bulan gaji.

Kemudian aku turut nyatakan teknik ini sesuai bagi graduan dan pihak yang bujang dalam confession yang pertama.

Aku mula menyimpan dari mula.

Kereta – RM403

Bilik sewa – RM190 (bilik share)

Ptptn – RM100 (aku menggunakan kwsp akaun kedua bagi menampung lebihan tunggakan, bukan sekali aku buat bayaran tapi lebih dari 3 kali sahabat2)

Parents – RM200

Minyak – RM30 sebulan (tempat kerja hanya 10min,balik kg aku guna bas dan tiada tol di sini)

Data – RM50 (hp aku beli cash RM500 beberapa tahun lepas)

Tabung haji – RM50

Makan – RM200

Total = RM1233

Anggaran gaji bersih RM1700

Baki simpan = Anggaran lebihan kurang RM400

Adik2 aku hanya aku beri bila mereka mahu, mereka punya ptptn. Biasanya awal sem aku akan bantu.
Anggaran RM400 x 12 = RM4800 (plus minus) setahun aku simpan.

Aku turut punya bonus dari syarikat. 2 kali setahun di mana setiap kali bonus aku akan dapat 1 bulan gaji.

Jadi anggaran total bonus = +-RM3k setahun.

Anggaran dalam tempoh setahun aku menyimpan = RM7k (sepatutnya RM8k++ tapi aku menanggung adik2 aku sedikit, syukur mereka pandai berjimat. Aku hanya perlu topup keperluan asas sahaja)

Setelah adik aku tamat belajar dan aku telah punya simpanan 3 bulan gaji aku mula melabur dalam asbf 50k dan emas.

Tegas aku katakan sebelum ini bahawa andai simpanan kurang dari 3 bulan gaji simpan di dalam bank biasa semaksimum yang mungkin.

Cycle simpanan aku masih sama cuma aku telah punya wang dari simpanan sebelum ini maka cukup bagi aku membayar asbf loan 50k dan gap RM100 setiap bulan.

Aku buat loan asbf ini telah 2 tahun dan dividen tidak aku usik. Maka hasil dividen aku plus minus RM6k sahaja.

Simpanan biasa aku lebih dari 10k (setelah 2 tahun ya). Tidak cecah dari 15k kerana aku mula melabur lebih dari kemampuan gaji aku. Aku harap pihak sahabat tidak keliru.

Jadi anggaran kasar simpanan aku adalah RM16k (dividen + simpanan dari gaji). Aku bersyukur kerana company aku kukuh dan mampu memberi bonus setiap tahun, sangat membantu aku dalam menyimpan.

Aku hanya memakai baju bundle, tudung ketika itu adalah dari zaman aku belajar. Pakaian aku agak lusuh kerana aku tidak berbelanja.

Asbf 200k aku upgrade tahun 2020 setelah simpanan aku melebihi 6 bulan gaji. Hal ini turut aku tegaskan dalam confession yang pertama.

RM150k – RM590 (Cimb). RM50k – RM230 (Rhb) – komitmen asb aku adalah RM820 sebulan.

Aku telah rujuk banker, adakah aku layak dengan loan tersebut. Banker tersebut menyatakan asb lebih dari 1 tahun adalah aset/ tambahan gaji. So loan aku lepas.

RM820 x 12 – RM9840 setahun.

Total saving aku sudah ada RM16k, maka aku mampu untuk tahun yang pertama. Komitmen bulanan cecah RM2.3k.

Maka aku akan withdraw RM500 sebulan (andai perlu) bagi menampung bayaran bulanan.

Ptptn berbaki RM5k – RM1200 (setahun bayaran) = RM3800 (lumpsum guna dividen tahun hadapan).

Anggaran dividen tahun hadapan mungkin RM8k sahaja ekoran ekonomi yang agak jatuh namun total saving aku masih lebih dari 10k + simpanan wajib dari gaji bulanan.

Kereta aku sudah 5 tahun. Baki hutang tidak banyak. Pengurangan interest dan sebagainya pihak sahabat perlu membawa geran kereta ke bank, inform pihak mereka untuk “reconstruct loan”.

Maka pihak terlibat akan berbincang dengan anda. Roadtax (aku guna bonus sedikit dan simpanan sedikit. Tahun pertama menabung aku pajak gelang emas pemberian ibu di ar rahnu. Tahun ke dua aku menabung dan bonus sedikit).

Nombor di atas adalah pengiraan kasar, aku turut membuat dropship baju kurung cotton bagi tambahan sikit2.

Aku tidak memberi pengiraan secara terperinci ekoran terlalu banyak perubahan setiap bulan. Setiap perbelanjaan perlu dicatat dan siapkan target.

Aku cuba menjelaskan secara details cuma andai pihak sahabat kira agak clash dan sebagainya mungkin ada maklumat aku tertinggal. Yang pasti aku cuba berkongsi sedikit sebanyak teknik aku.

Maaf andai terkasar bahasa dan maaf aku tidak akan menyambung confession ini. Kalau tidak sesuai dengan keadaan pihak sahabat abaikan saja cadangan aku ini.

Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat maju jaya dan bebas hutang.

Wassalam…

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *