Assalamualaikum. Aku start terpikir nak tulis confession ni bila dapat tau, sorang kawan aku buat pinjaman beli rumah. Somehow aku macam sedih sebab mak ayah dia kayaaaa.
So here I am. Aku rasa ada keperluan untuk cerita tentang satu budaya dalam keluarga besar (sebelah mak aku). Moga² ada manfaat untuk semua in any ways.
Bismillah.
Apa yang aku akan cerita ni ialah budaya meminjam yang diamalkan dalam family besar belah mak aku.
Boleh kata kami memang takkan buat loan, kami akan pinjam duit mak sendiri/makcik². Free-interest. Kalau Islamic financing nya free-profit la.
Banyak mana pinjam, banyak tu la bayar. But of course, WAJIB ada hitam putih. Ada rekod pinjam, rekod bayar.
Mak aku ada 6 orang adik beradik. 3 orang daripadanya memang jadi bank keluarga la kiranya. Mak aku n 2 kakak dia. Okay kita gelarkan mereka TRIO.
Semoga Allah berikan segala kebaikan dunia Akhirat untuk TRIO ni.
Banyak jasa TRIO ni nak bebaskan kami dr belenggu hutang bank yang OPR nya asyek naik memanjang!
Kami 2nd generation (aku n sepupu² yang umur baya 20-40tahun) mmg akan pinjam duit dari TRIO untuk beli kereta ke rumah ke startup bisnes kecil² ke.
Masa final year kat universiti, mak aku offer pinjam duit dia untuk kami beli kereta. Mak aku beli cash, n kitorang bayar bulan².
Buat agreement hitam putih siap², tetapkan nak bayar berapa tiap² bulan. Bayar berapa bulan² tak kesah, ikut atas kemampuan.
Kalau tiba² ada bulan yang sesak siket, minta izin bayar RM10 pun jadilah, janji bayar.
Orang bagi betis, jangan minta peha. Kitorang pun sedar diri memang tak beli kereta mahal pun, setakat Bezza n Myvi.
Ikutkan mak aku boleh je hadiahkan, tapi mak aku memang taknak ajar kitorang biasa senang² dapat benda.
Dari kecik pun gitu lah, kalau nak upgrade handphone, jangan harap parents nak belikan, kumpul duit sendiri keje part-time atau pinjam duit mak aku then bayar balik.
Bila aku dah kahwin, mak aku whatsapp suami aku tanya, berapa dia bayar kereta bulan² kat bank.
Lepas tu, mak aku suruh dia tanya bank, nak buat early settlement kena bayar berapa full amount.
Then mak aku bank in kat dia suruh buat early settlement. So lepas ni just bayar bulan² kat mak aku mcm dia bayar kat bank.
Masa mak aku dah dapat keluarkan EPF, takde pun tukar kereta ke, melancong sakan ke, beli perabot baru ke. Apa yang dia buat?
Dia call kami adik beradik, “Mak dah boleh keluarkan EPF ni. Bila you all nak pinjam duit mak untuk beli rumah ni?”
Terharu sangat part ni.
Orang ada banyak sebab untuk jadi kaya. Tapi aku rasa untuk TRIO ni dorang nak jadi kaya sebab dorang nak tolong anak² n ahli keluarga lain bebas dari hutang bank.
Macam semuanya manis² je kan? Takde ke kes tak bayar hutang?
Dah hutang dengan keluarga kan, kau tak bayar pun, takde ah long ke bank ke nak kejar.
Dunia kan tempat ujian. Of course ada.
Dalam ramai² meminjam, setakat mak aku cerita 2 orang yang ada isu untuk bayar. Jenis liat tak tau malu. Tu pun TRIO memang akan push untuk bayar, biarlah bayar RM10 pun sebulan. Janji bayar.
Memang kalau nak buat gini, one thing la: JANGAN MALU MINTA HUTANG.
Apa nak malu? Duit kita kan. Yang berhutang tak reti bayar tu yang kena malu!
Overall itulah yang aku nak share. Alhamdulillah rezeki kami, kami bebas berhutang dengan bank. Nikmat alhamdulillah.
Jangan bayangkan family kita orang style² CEO Megah Holding. Tidak sama sekali! TRIO ni tiga² nya dulu makan gaji je. Financially, alhamdulillah. Tapi bukan kaya gila.
Sekarang kereta paling mewah TRIO ni pun Honda CRV, rumah pun biasa² je paling besar teres corner lot lama.
Padahal dorang mampu sangatlah nak pakai Merc Audi BMW ke duduk banglo juta² ke, cashhhh je dorang boleh beli semua tu. But, they choose not to.
Aku pernah tanya mak aku kenapa taknak tukar kereta, n kadang² aku pernah jugak saje tanya² mak aku tak nak ke pakai beg/baju yang branded yang mahal² gitu. N jawapan dia mesti, “For what?”
Tapi bila ada je bunyi kat group whatsapp ada ahli keluarga sakit, accident, nk sambung blaja lajuuu je baru bukak sumbangan tiba² sumbangan ditutup, dah cukup fund. Ma shaa Allah.
Alhamdulillah simple life dorang ni memang aku adore sangat.
And jadi amanah untuk kami la 2nd generation ni untuk teruskan budaya “memberi pinjam” kepada ahli keluarga.
Aku faham, kita yang muda² ni mesti segan kan nak pinjam duit mak ayah kalau tak di offer? Ye la bukan nya ratus², beli rumah paling² ratus² ribu.
Jadinya aku harap sangat confession ni sampai kepada generasi² atas² yang financially mampu untuk memberi pinjam.
Moga² dengan post ni, lagi ramai terbuka hati untuk offer pinjaman kepada ahli keluarga sendiri. Start off dengan anak² sendiri.
Allah muliakan tau orang² yang memberi pinjam ni. Banyak sangat hadis Rasullulah pasal ni. (Hadis pasal kena bayar hutang pun banyak!
Jangan buat² tak nampak pulok!)
Kesian tau aku dengar kawan² baya aku baru dapat keje baru, baru nak mulakan kehidupan, baru kahwin. Tapi dah serabut fikir pasal hutang bila OPR duk naik memanjang ni. Tak tau lah berapa kali lagi menda alah tu akan naik.
Allahul mustaan. Allah lah sebaik-baik penolong. Semoga post ni bermanfaat dan moga² ada pahala berterusan untuk aku di “sana” nanti.
– Orang yang Berhutang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit