Assalamualaikum warga IIUM Confession.
Zaman ni, semakin ramai wanita yang berpendidikan tapi memilih untuk duduk di rumah menjaga anak sendiri atas pelbagai faktor. Ya tugas surirumah memang mulia, berkhidmat untuk suami dan rumahtangga tanpa pendapatan tetap bulanan ribu2 RM. Tapi hutang PTPTN pun masih kena bayar. Kalau dapat hulur kat mak abah di kampung pun seronok juga. Nak beli itu ini, takkan semua mau minta suami. Iya tak?
Jadi saya nak cerita sedikit macam mana saya selesaikan hutang piutang masa zaman kerja dulu.
Masa saya berhenti kerja, saya ada 3 loan; loan kereta, personal loan (share dengan abang sulung untuk baiki rumah abah di kampung) dan hutang PTPTN.
Hutang kereta kalau ikutkan last bayar Disember 2016. Saya dah full settlememt tahun lepas sejumlah RM9k lebih. Personal loan kalau ikutkan settle awal 2018. Saya settlekan lepas raya hari tu RM12K. PTPTN saya tukar ujrah awal tahun hari tu, ikutkan settle hujung tahun 2018. Tapi saya lump sum dekat RM10k 30 November hari tu.
Hutang asal PTPTN saya dalam RM21k. Dulu memang bayar kadang2 tapi tak konsisten. Kadang2 50, 100 macam tu. Kira bayar bunga saja yang makin lebat pokok pangkal tak usik. Bila mula serius nak selesai semua, terus buat potongan KWSP. Cuma ada 5k saja, saya guna semua. So ada lagi 16k. Yg ni saya buat pelarasan semula dengan ujrah. So saya pulun bayar yang ni ke untuk tahun ni.
Kereta saya tu suami pakai sebab memang dia tak beli kereta dari kami kahwin. So sejak saya berhenti kerja, automatik kereta tu jadi kereta family. Bulan2 husband bayar. Bila saya full settlement kereta, saya bagitahu husband nanti dia kena tolong saya bayar PTPTN pula.
Selesai bayar kereta, duit yang diperuntukkan untuk bayar loan kereta tu tidak juga dapat buat simpanan untuk settle PTPTN. Maklumlah, kos hidup di area KL ni bukan murah. Husband pun kerja biasa2. 5fugures jauh sekali.
Memandangkan personal loan saya pun husband bayarkan sejak 4tahun lepas saya berhenti kerja, maka saya pun tak berkira sangat dengan suami.
Macam mana saya selesaikan semua hutang?
Strateginya, rancang semula kewangan. Ada beberapa teknik untuk lupus hutang; samada selesaikan yang paling kecil atau yang terbesar. Selesai satu hutang, guna sejumlah wang yang biasa digunakan untuk hutang tersebut dan bayar hutang lain pula. Teknik ni boleh memendekkan tempoh hutang yang telah dibuat.
Selain merancang kewangan, saya lipat gandakan duit bulanan yg suami bagi dengan berniaga. Alhamdulillah musim raya cecahlah 5 angka pendapatan saya. Saya berniaga membekalkan kuih raya sekitarKL. Musim tak raya macam2 juga saya jual. Online dan offline. Duit itulah yang saya guna untuk bayar hutang2 lama.
Masa saya pegang cash 12k duit niaga lepas raya hari tu, terdetik sangat nak upgrade kereta baru supaya mudah nak berniaga. Nak let go kereta yang adalah kiranya. Masa ni memang teruji sebab nak kembangkan bisnes. Saya doa je minta Allah tunjuk. Then ada 1 surat dapat dari Bank Rakyat, dipendekkan cerita; saya terus bayar full settlement personal loan. Tak lama lepas tu dapat berita PTPTN akan beri rebat 15% untuk peminjam yang bayar full settlement. Terus cergas2 lagi kumpul duit. Pinjam mak abah 8k dan sy tambah 2k duit saya bayar PTPTN.
So sekarang tinggal hutang yang takde bunga dengan mak abah. Dalam proses nak let go dinar emas. Dulu beli dlm RM600. Harga sekarang dah 700+. Simpanan emas saya cukup untuk bayar mak abah insyaAllah. Dan bulan2 abang saya yang share buat loan atas nama saya akan bayar RM400 bulanan sampai awal tahun 2018.
Alhamdulillah. Bermula dengan niat “taknak bayar bunga/interest/caj perkhidmatan” atau apa2 nama di sebalik faedah pinjaman (riba) itu, menguatkan saya nekad untuk selesaikan segala hutang segera.
Lillahi Taala.
Kalau ada yang tanya macam mana nak settle kan hutang, saya tak tahu nak jawab.
Yang pasti, nafsu kena ikat
kerja kena kuat
Doa selalu.
Side income memang kena buat.
Takde jalan mudah.
Yang pasti harap redha Allah.
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.” (Al Baqarah: 278-279)
– Surirumah Tangga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit