Bebel vs Konflik Dalaman

Assalamualaikum wbt. Lama aku nak luah di sini, taip, delete, taip, delete saja.

Aku takut buka aib sendiri dan family dan aku tak mampu nak menaip dek kerana konflik dalam diri aku sendiri & kecelaruan yang makin menjadi-jadi selepas aku melahirkan anak.

Kali ni, aku tak tahan dah. Maaf lupa kenalkan diri. Nama aku A, sudah berkahwin dan kalau orang lain tengok aku, mesti tak percaya dengan apa aku alami selama ini.

Mungkin di mata orang lain, kehidupan aku ok, ada suami & anak, family, kawan². Alhamdulillah aku bersyukur sangat².

Tapi dalam masa yang sama, aku ni sedang menahan konflik diri sendiri dek kerana hubungan dingin Mama Papa aku. Mama Papa tu sejak kebelakangan ni makin menjadi² dingin tu.

Tak boleh dekat even duduk serumah berdua! Kalau dekat, ada saja tak betul. Nanti akan ada saja perbalahan, Mama akan mengalah dan diam, pendam.

Biasanya Papa akan membebel salahkan itu ini, kerajaan salah lah, orang tu salah la, semua salah!

Mencaci, mengutuk sana sini termasuk anak² sendiri, yang pada Papa, dia hanya bagi nasihat dan pesanan untuk anak² menantu semua saja.

Tapi, bila Mama takde, Papa akan komen Mama tu ini. Bila Papa takde, Mama pula meluah tu ini pasal Papa.

Aku ni kat tengah² ni rasa tersepit dengar macam² pasal orang² yang aku sayang, Papa Mama!

Bebelan tu bukan depan aku adik beradik saja, malah depan atok nenek, makcik pakcik kami, semua pasal Mama yang serba tak kena.

Benda ni dah berlarutan sejak Papa pencen. Papa dah tak mahu keluar jumpa orang. Nanti ada saja tak kena. Even ke masjid ke surau ke.

Ada saja tak kena di mata Papa. Orang surau tu ini lah. Aku yang balik rumah sebulan 1-2x ni rasa macam arrrgghhh bila dengar Papa membebel, apa lagi Mama yang 24jam dengan Papa.

Bukan bebel 1 hal saja, berjangkit hal tu hal ni, even hal politik, hatta ke hal zaman Papa kecik² dulu! Seolah² Papa sedang meluahkan sesuatu tapi pada aku ni, susahnya nak hadam kata² Papa tu!

Kepala aku jadi berat dan paling sakit bila Papa start cakap pasal Mama. Aku ni sebagai anak, rasa sedih menusuk bila kedua parents aku saling mengata antara 1 sama lain.

Mama ni nak elak fikir bukan² dan isi masa dia, Mama join kelas agama dengan kawan.

Tapi pada Papa, Mama pergi kelas agama tu salah, takde kebenaran Papa lah padahal Mama dah minta kebenaran dan Papa kata iye (aku & adik beradik lain dengar).

So bila Mama dapat tahu Papa cakap macam² kt belakang, Mama dah tak pergi kelas agama tapi join kelas agama online dan itu pun salah pada Papa.

Papa akan cakap dia tahu semua tu pasal agama, tak payah berlagak la nak tunjuk tahu pasal agama.

Tapi jarang aku tengok Papa Mama solat bersama alhamdulillah mereka masih bersolat, mengaji tapi ikut masing² lah. Serumah tapi tak sehaluan.

Mama pernah kata jalankan saja la tanggungjawab sebagai isteri tapi Mama kata dah tak larat sebenarnya menahan semua ni. Apa Mama buat ada saja tak kena.

Masak tu, mula Papa ok makan, kemudian kata tak sedap la masin la sampai sakit kepala la. Mama terasa dan kadang Mama malas da nak ke dapur.

Aku dan adik beradik pernah bincang pasal ni. Tapi kami buntu. Adik beradik aku yang lain ada yang rasa tak best dah balik rumah Papa Mama, ngelak² pun ada.

Kami pernah cuba duduk melayan saja apa Papa borak sebab kami fikir Papa ni sunyi kot nak kawan borak.

Tapi ending, kami jadi serabut dan berat otak ni nak hadam apa Papa borak kan tu!

Paling tak boleh terima bila Papa start cakap pasal Mama lagi. Mama tu Mama ni.. arghhh! Semua ni sampai jadikan aku ni moody dan lepaskan stress otak serabut pasal Papa Mama ni dekat anak aku!

Suami aku tu banyak kali juga kena. Kadang aku terbawa² emosi Mama tuu.. lepas Mama luah kat aku, aku jadi moody kat suami aku.

Apa dia buat, salah saja di mata aku, then kami gaduh, then anak aku kena herdik bila nangis

Aku ni teruk kan suami dan anak jadi mangsa konflik dalaman aku ni, lagi² lepas aku lahirkan anak, aku sanggup tak balik berpantang kat rumah Papa Mama sebab emosi aku tak stabil. Suami lah tempat aku meluahkan segalanya.

Dia melayan saja dan banyak nasihatkan aku untuk sabar dan sentiasa doakan parents aku. Tapi hubungan dingin Papa Mama ni memang bagi kesan mendalam kat aku.

Selalu aku terfikir, dah takde rasa sayang ke antara Papa Mama? Aku pernah terlepas cakap kat Mama, “Kalau Mama dah fed up, cerai saja.”

Mama terkedu dan cakap aku merepek!

Lately, Mama makin kerap mengadu pada aku yang dia dah tak tahan dengan sikap Papa yang cakap kasar, tinggi suara. Mama kata dah tua agaknya, sayangnya dah jauh sangat, takde dah, cuma ada kesian sahaja kat Papa.

Terkedu aku dengar

Apa aku nak buat lagi?

So, elak lah bergaduh ke bercakap tak baik pasal pasangan di depan anak². Memang bagi kesan negatif kat anak² sampai besar.

Doa untuk mereka wajib dalam doa² aku, satukan hati mereka, lancarkan komunikasi mereka, bahagiakan mereka sehingga akhirnya.

Doa untuk aku dan adik beradik moga terus kuat.

-Aku Yang Emo-

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *