Assalamualaikum. Maksud nama aku Bunga, jadi aku gelarkan diri aku Bunga. Aku sebenarnya nak cerita pasal mak aku sebabkan aku rindu dia, kan pkp tak boleh balik kampung.
Aku harap lepas kerajaan membenarkan student balik, kerajaan benarkan pula orang bujang yang menetap di bandar pula balik. Aku nak mak aku dengar bacaan doa lepas solat yang aku dah hafal. HaHaHa *Bangga.
Mak aku ni nak kata garang boleh lah, tegas la lebih tepat tapi boleh aje bawa bergurau lepastu kalau gelak tak boleh nak berhenti.
Tapi waktu merajuk jangan kata lah, tak berani semua nak tegur, rasa nak berjalan dalam rumah pun tak senang. Aku lagi rela mak aku membebel daripada mak aku diam masa mak aku marah. Diam lagi menakutkan.
Berdasarkan tajuk aku nak cerita bebelan mak aku yang berkesan dekat aku.
1) Kebersihan ketika nak solat.
1.1- Mak aku selalu berleter kalau keluar tandas tak pakai selipar bila dah ambil wudhuk, bukannya sebab was-was.
Tapi disebabkan rumah aku ni ramai anak saudara kecil-kecil lagi memang yakin akan ada najis yang kita tak nampak sepanjang kita berjalan dri luar tandas sehingga pintu bilik untuk solat, nanti nak pijak atas sejadah pula kan?
Jadi sampai duduk rumah sewa aku selesa untuk pakai selipar walaupun aku yakin tak kan ada najis budak apatah lagi haiwan la kan.
1.2- Tanggal panties ketika nak solat, memang mak aku berleter kalau terus je berwudhuk tanpa membersihkan dulu bahagian2 tertentu sebelum nak solat.
Mak aku kata “yelahhh kita tak tahu apa yang keluar dan melekat dipanties kita kan lebih baik bersihkan”. Cuma kalau keluar bandar aku akan pakai pantyliner dan bila dekat rumah salin pakai kain batik.
Begitulah kebiasaannya baru lah yakin nak solat. Ada juga yang aku tengok individu yang bangun je dri tidur nak solat subuh terus je berwudhuk tanpa membersihkan dulu apa yang patut. Ahh mungkin tak ada apa kot yang keluar masa dia tidur.. entah.
2) Solat
2.1 – Rumah aku di kampung dekat dengan surau, jadi memang rutin aku akan solat di surau. Masa kecil memang jadi bebelan kalau masa maghrib tak tutup lagi tv dan tak bersiap lagi untuk kesurau.
Waktu kecil memang terpaksa pergi surau, bila dah besar mak aku dah tak paksa tapi dah biasa pula dengar je azan terus bersiap nak ke surau.
Sekarang bila dah duduk menyewa di bandar, automatik hati ni rindu nak berjemaah, jadi boleh dikatakan aku rajin juga pergi ke masjid untuk solat berjemaah. Alhamdulillah baru aku rasa ada life, kalau tak pergi kerja balik kerja je la hidup kau.. uhh bosan!
2.2 – Solat subuh bersama sujud sejadah. Pada yang tahu tu tahniah anda memang rajin ke masjid pada pagi jumaat. Pada yang tidak tahu setiap hari jumaat sesetengah masjid dan surau akan solat subuh dengan membaca surah assajadah.
Pada tengah bacaan surah sajadah, imam akan sujud dan ada doa khas dia, kemudian sambung semula baca surah sajadah sampai habis dan sambung rakaat mcm biasa. Ni kalau first time pergi masjid waktu ni jangan pula kata imam tu mamai.
Aku tahu pun sebab memang surau rumah aku buat setiap minggu, jadi mak aku akan kejut subuh setiap hari tapi kalau hari2 lain mak aku kejut sekali je aku tak bangun dan tak pergi pun surau.
Tapi kalau hari jumaat special sikit mak aku akan kejut sampai aku bangun dan pastikan aku bangun sebab tak nak aku terlepas solat subuh bersama sujud sajadah tersebut. Jadi nak dijadikan cerita dalam pkp ni mak ayah aku memang berjemaah dekat rumah ajelah.
Aku call mak aku tengah hari jumaat tu,mak aku pun cerita “Kakak kau tu umur dah lanjut tak tahu lagi nak buat subuh yang ada sujud sajadah, itu lah mak bebel2 suruh pergi surau masa subuh jumaat tak nak, lepastu sekarang orang ajak jemaah sekali mulalah tak tahu”.
Aku dengar je lah mak aku bebel dekat kakak aku tu dan aku jawab, “alhamdulillah ada hikmah juga pkp ni kalau tak sampai bila dia tak tahu dan nasib baik lah orang tahu sebab mak suruh pergi surau” dalam hati aku “nasib baiklah mak aku membebel pasal ni selalu”.
2.3 – Solat sunat qabliah dan ba’diah
Aku nak tekankan dekat sini adalah solat sunat selepas isyak. Selalu lepas aje solat isyak jemaah, selawat dan salam mak cik-mak cik cepat aje aku nak lipat sejadah untuk balik, biasalah nak kejar rancangan tv.
Tapi bila ternampak jelingan mak aku, terus aku buka semula sejadah dan solat dalam keadaan terpaksa dan laju. Hahaha. Sekarang alhamdulillah semua solat sunat qabliah dan ba’diah aku dah sapu sepanjang pkp ni. Semoga istiqamahlah selepas pkp pun. Aamiin!
3) Adab
Mak aku sangat menitik beratkan bab adab, adab dengan saudara-mara, adab dengan orang lebih tua, adab dengan jiran. Walaupun adik beradik aku tak belajar tinggi tapi alhamdulillah adab tu tinggi.
Kalau ada yang bertandang dekat rumah wpun jiran sebelah rumah datang bosan2 saje nak berborak terus disuruh buat air atau hidang makanan (basic la kan ni .
Lepastu bila saudara mara datang, kena bersalaman, jangan nak duduk dalam bilik aje, tunjuk muka, berbual mesra dan duduk dekat dapur tolong apa yang patut. Dahulukan tetamu dulu makan walaupun perut tuan rumah dah lapar.
Masa kecil memberontak lah juga, tapi dah besar jadi biasa sebab mak selalu membebel lepas tetamu balik kalau buat perangai. HaHaHa
4) Disebabkan mak aku kuat membebel jugalah adik beradik aku ni boleh dikatakan ringan tulang, kalau kami berkumpul, semua duduk dapur masak sama2.
Kalau rumah saudara mara kenduri, muka adik beradik kamilah yang paling ramai membantu didapur, diluar rumah, diruang tamu rumah.
Kakak-kakak ipar aku pun ada menyatakan yang suami-suami mereka ni rajin membantu membuat kerja-kerja dirumah mereka. Sebab banyak sekarang rumah tangga yang suami raja, isteri bibik kan?. Alhamdulillah abang2 aku tak macam tu.
Cukuplah sedikit saja aku cerita mengenai mak aku, sebenarnya banyak lagi. Kalau ada sambutan aku cerita lagi.
Nak dijadikan kesimpulan dekat sini, walaupun mak aku belajar pun tak habis zaman dulu2 (mak aku kata kalau dia ada peluang belajar rasanya sampai luar negara dah, emm yoo lahhh).
Tapi pada aku mak aku berjaya mendidik anak2 dia dengan agama, budi pekerti dan adab yang tinggi. Bab mengendalikan kewangan pun mak aku hebat tau!
Sekian,
Terima kasih.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit