Begini Ke Pengakhiran Hidup Aku?

Hi semua assalamualaikum. Ni tempat luahan kan? Aku nak luahkan pasal hidup aku yang mana aku rasa sangat demotivated sekarang, saat ini. 

Sedikit intro pasal diri aku. Nama aku Cahaya. Sudah tentu bukan nama sebenar. Tapi part nama je aku letak nama palsu. Yang lain semua aku akan cerita, lantak lah kalau ada kawan2 aku bole detect ni cerita pasal aku. Aku tak kisah, sebab aku betul2 perlukan kata yang positif dari semua pembaca.

Firstly tolong la jangan jadi toxic positivity yang membandingkan kisah hidup anda dengan aku. Sebab aku betul2 fragile sekarang. Lepas solat pun aku asyik nangis sebab aku betul2 fikir, macam ni ke pengakhiran hidup aku?

Ok lets start.. 

Seperti nama diatas, aku Cahaya, umur 35 tahun, dah berkahwin ada anak sorang umur baru 6 bulan. Aku kahwin umur 34, umur 35 dah dapat anak sorang means aku kahwin lewat.

Tapi itu bukan isunya sebab aku yang pilih untuk betul2 cari pasangan hidup aku. Dan aku tak kisah kahwin lewat. Sebab aku tahu jodoh manusia Allah dah atur. tinggal nak usaha dan percaya qada qadar je. Ok continue…

Waktu sebelum kahwin, even lepas kahwin pun aku sorang yang energetic, berfikiran positif dan sentiasa ada je program aku hujung minggu untuk isi masa. Buat part time la, masuk tournament bowling la, pergi kursus sana sini la. Dalam erti kata lain aku suka cuba benda baru dan mmberi manfaat pada aku. 

Sampai la aku kahwin dan mengandung. Aku tak disambung kontrak kerja sebab aku alahan teruk dan HR suruh aku fokus kesihatan aku. Waktu tu aku trimester kedua. Aku redha. Dalam masa yang sama aku fikir, tak pe lah lepas bersalin bole cari kerja semula.

Alhamdulillah aku direzekikan suami yang membantu aku dalam hal rumah dan hal anak jugak. Walaupun ada la jugak perangai typikal lelaki melayu yang kena bersuruh baru buat, tapi janji dia buat walaupun ambik masa lama. redha je la. haha. 

Pejam celik, kelip mata, anak aku dah 6 bulan. Start dari anak aku 4 bulan aku dah mula mencari kerja. sebab aku tak nak ilmu yang aku ada ni aku lupa. sebab bidang aku memang kena sentiasa buat baru senang ingat. Tapi malangnya sampai sekarang aku belum direzekikan kerja.

Saat aku menulis ni, aku baru lepas pergi interview petang tadi di sebuah syarikat yang bagi aku agak besar, tapi sudut hati aku, aku rasa aku tak dapat job tu. Sedihnya aku rasa. Sampai aku terfikir, macam ni ke pengakhiran hidup aku? Jadi surirumah, jaga anak, jaga suami.

Tolong la jangan cakap jadi suri rumah ni kerja mulia, tu aku tahu tapi bukan semua orang boleh dan mampu jadi suri rumah. 

Aku nak kerja semula, salah satunya sebab aku pun ada impian sendiri. Aku nak bagi semula duit bulanan pada ayah aku. Walaupun aku bagi RM300 je tapi aku tetap rasa aku perlu berbakti.

Biasanya, waktu aku kerja aku akan transfer 700 pada ayah aku. 400 untuk ayah aku bayarkan kereta aku, dan 300 untk duit bulanan ayah aku belanja. Tapi sejak aku tak kerja, ayah aku cakap tak payah bagi duit pada dia sebab aku dah tak kerja. Lagipun ayah aku ada pencen.

Tapi tu bukan isunya. Aku tetap nak berbakti pada ayah aku. Mak aku dah tak de. Sekarang aku hanya transfer duit kereta je pada ayah aku. Aku memang ada allocate some amount untuk aku bayar kereta sepanjang setahun kalau aku tak kerja.

Nampak tak kat sini aku financial management memang tiptop waktu aku kerja walaupun gaji aku RM3800 je. Sekarang amount tu makin menyusut sebab yela nak hanpir setahun da aku tak kerja dan aku kalau boleh tak nak la keluarkan lagi saving aku untuk tampung commitment aku.

Suami aku memang bagi lebih siket duit nafkah since aku tak kerja, tapi still, aku fikir aku perlu jugak untuk topup saving aku dengan bekerja. 

Again.. jangan suggest aku untuk berniaga. bukan semua orang ada bakat tu. Lagi loser aku rasa harini, bila ayah aku transfer some amount untuk belanja bulan ni and ayah aku cakap tak payah bayar kereta bulan ni.

Allahu.. pathetic nya aku rasa hidup ni bila sampai camni padahal suami aku ada je. Mungkin ayah aku rasa kami banyak guna perbelanjaan bulan ni since suami aku pn sakit sekarang dan aku perlu jaga dia sampai sembuh. mungkin sebulan. 

So part tu, mungkin aku bole fikir ni hikmahnya aku tak kerja so that aku boleh jaga suami aku. Tapi sampai bila?Umur makin meningkat, ada ke orang nak terima aku bekerja. Dan aku kena rendahkan expected salary aku ke baru orang nak hire?

Aku dah buat tahjud, aku dah buat dhuha, supaya Allah bantu aku rezekikan aku dengan kerja, tapi masih buntu. Sampaikan aku fikir, aku buat solat sunat semua tu sebab nak dapat kerja ke?

Tapi salah ke aku as hamba buat solat sunat semua tu untuk aku mohon doa supaya direzekikan kerja?kan memang Allah dah kata, “berdoalan kamu ke padaKu, akan Ku perkenankan doamu”. Jadi tindakan aku mohon doa melalui solat tahjud dan dhuha tak salahkan?

Aku tak tahu apa rencana Allah untuk aku. Sampaikan harini aku solat aku terfikir, macam ni ke pengakhiran hidup aku? Aku bersyukur, bukan aku tak bersyukur untuk sekecil2 nikmat yang Allah bagi pada aku sampai saat ni, tapi bukan ke, kita as hamba memang disuruh untuk meminta dengan Dia?

Jadi aku tak salah kan untuk minta Dia rezekikan aku dengan kerja? Mungkin lah belum masanya. Tapi yela kan as manusia biasa, nak istiqamah untuk sentiasa bersangka baik pada aturan Allah tu, aduhai.. mencabar.. 

Untuk pembaca.. doakan lah aku untuk direzekikan kerja tahun ni, mungkin ada doa salah sorang pembaca diangkat dan dimakbulkan. Tinggal nak kirim doa pada orang yang pergi makkah je. Hehe.

Dulu waktu pencarian jodoh aku kerap juga kirim doa supaya ditemukan jodoh, pada orang yang pergi makkah. Memang alhamdulillah makbul sebiji2 apa yang aku kirimkan. So mana tahu pembaca kat sini yang hatinya bersih, doa sentiasa makbul.

Semoga aku dikurniakan rezeki kerja pada tahun ni. Aamiin. Terima kasih korang.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Semoga puan mendapat pekerjaan yang terbaik pada waktu yang tepat dan cepat dan dapat berbakti pada keluarga dan diri sendiri. Semoga doa ini berbalik pada saya . Aaamiinn

  2. Sorry, sya bkn nya nk ‘mnyebok’ bg nasihat or nk compare or nk ‘bebel’ ke hapa.. (sori, sbb i noticed, bnyak naw ‘prediction’ awk klaw org nk bg komen..), but just bare in mind, jgn terlalu ‘stress out’, psal kerja je pon.. sbb awk kta, “inikah pengakhiran hidup sya” tu berkali2.., do u realized, pengakhiran hidup tu dah mcm ‘tiada esok bagimu’ atau dgn lain perkataan ‘last destination’ dah.., omputih bilang “RIP”, tp dlm kes awk ni, x ‘peace’ langsung, lg teruk.. (sorry 1k kali ye..?) lgi satu, sya penah dngar sorang ustaz ceramah, dia kta; solat dhuha tu bkn utk minta rezeki.. tp mse tu kita patut ‘bersyukur’ dgn apa yg Tuhan bagi kat kita (segalanya lah – sihat anggota bdn, ada suami, ada ank dll. nikmat yg Allah dah bgi kat kita..), so that Allah akn tambah lg rezeki, sbb kita bersyukur tu.. n lastly, klaw pon awk dpt kerja, bkn semestinya awk akn ‘senang’ fizikal, mental, financial, spiritual dll lgi.. sebabnya, klaw awk kerja, awk kna antar kat org mngasuh, or taska, sbb ank masih baby lg kan, then nk kna urus jugak syami n rumahtangga, then tempat kerja yg baru xtau lg mcmne, sbb semua perkara ada pros n cons nya.. ada kwn sya tu, kerja dah ada, tp hati x tenang jugak, sbb nya bila bca pasal baby yg mninggal d tempat mngasuh – tersedak susu lah, jatuh lah, kna dera dgn baby sitter, lg lah dia stress, lps tu kerja tu mmg dia nk, tp jauh lak dari rumah, so kna mkn mse, dgn jem di jln, balk dah letih, nk masak utk cik somi lg, nk jaga baby lg, tido x ckup, awl pgi dah nk gerak awal, sbb nk elak jam, kerja d tempat baru, xkan nk dtg lambat plak.., pastu prestasi kerja kna jaga, nk bgi idea, volunteer nk buat apa boss suggest dll., begitu la hari2, sampai dia rasa mcm xnk kerja plak.. sbb dpt gaji pon, habis dgn mnyak n tol, letih lg, pon x dpt ‘quality time’ dgn ank, skejap waktu mlm n weekend jer.. rumah pon x terurus sgt, sbb kekangan mse tu.. so, bersyukur la u dpt suma tu skrg, esp. mse dgn ank tu.. anyway, cuba lah apply dgn tenang, jgn terlalu stress out, insha Allah berkat doa yg dipanjatkan, dpt jugak kerja nt.. kbetulan saya akn mnunaikn umrah dlm bln 12 (cuti skolah).. ustaz kta, “yg terlebih makbul, ialah doa kita kpd diri sendiri..”, so insha Allah semasa di tnh suci nt, sya akn doakn, agar “semua doa2 rakan2 yg x sya kenali di sini, akn termakbul..” senang, sekali ‘pakej’ je.. begitu juga kwn2 sya yg berkirim ‘salam’ kpd Rasulullah n yg mohon doakn mcm2.. sya sampaikan secara ‘pakej’ nt.. cth : Ya Rasulullah, terima lah salam dari semua rakan2 ku yg mengirimkan salam kpd-mu.., atau du dpn ka’bah berdoa, “Ya Allah, kabulkan lah semua doa rakan2 ku..”, sbb klaw nk sebut satu persatu, nk kna tulis n baca dari senarai yg panjang.. tetiber.. sori klaw terkasar bhasa, n doskn saya jugak selamat mnunaikn umrah n slamat hingga balik ke tanahair.. wasalam.. 😌

  3. I for one agree 500% untuk you berkerjaya semula. Mmg stress and penat dah ada anak, suami and segunung commitment lain. Tapi setuju walaupon kita anak pompuan, balas budi pada parents itu satu kemestian pada saya. Saya mmg terkilan dipaksa berhenti kerja sehingga tiada pegangan duit langsung dan terus putus dari membantu ibu saya yg sangat2 perlukan bantuan kewangan selepas bapa kami meninggal. Suami begitu egois konon dia jer bekerja sudah mencukupi untuk kami sekeluarga. Dia lupa saya masih ada ibu yg perlukan bantuan. Suami mmg cukup perihatin dng ibu bapa serta adik beradiknya. Jgn jadi seperti saya, seluar dlm pon harus mengemis dng laki. Sementara anak2 membesar mmg perit, tetapi setelah anak meningkat dewasa akan jadi sedikit mudah. Ketika ini kewangan pula yg akan jadi lebih mencabar, jadi kuatkan semangat untuk bekerja semula kerana jika sesuatu terjadi kepada suami, puan tidak akan terduduk terus. Bukan ada jaminan perkahwinan kita akan kekal, samada kematian, perceraian dan banyak hal lain yg akan jadi ujian perkahwinan. Jadi mempunyai pekerjaan jadi salah satu insurance untuk kelangsungan hidup. Jika direzekikan untuk kekal, alhamdulillah, ada pekerjaan merupakan satu bonus. Selagi suami mengizinkan, bekerjalah dan jagalah batas pergaulan dng rakan sekerja, supaya tetap fokus mengutamakan keluarga Puan, terlebih pada suami. Saya doakan semoga puan berjaya mendapatkan pekerjaan yg baik dan berbahagia bersama keluarga kecil puan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *