Beginikah Akhlak Wanita Berpurdah?

Assalamualaikum warga IIUM Confession sekalian.. Sudah sekian lama terbuku di hati kecil ini untuk menceritakan kisah saya, seorang ibu dan seorang ipar yang sungguh hina di mata adik2 ipar perempuan.

Mengenali suami semasa saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta di Selangor, dalam pengajian Bachelor In Accountancy. Perkenalan dengan suami selama 3 tahun dan berkahwin setelah satu tahun bekerja sebagai Executive di sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur.

Sifat suami yang sangat menghormati wanita dan orang tua menyebabkan saya terpikat dan menerima lamaran suami. Kagum saya dengan sosok lelaki yang sangat baik budi pekerti di samping ilmu agama yang sangat baik.

Di fikiran saya, sudah tentu suami datang dari keluarga yang hebat akhlak nya seperti mana akhlak suami saya.

Selepas beberapa bulan mengenali hati budi, suami menjelaskan kepada saya tentang status keluarganya kerana risau jika saya takut selepas berkahwin nanti.

Keluarga suami adalah dari golongan tabligh.. Ibu dan adik2 perempuan semua nya berpurdah. Awalnya saya agak terkejut dan risau akan penerimaan keluarga mertua..

Saya bukan lah wanita yang alim. Hanya biasa2.. pakaian saya juga biasa2.. tudung pun tidak labuh.. tapi suami tenangkan hati saya dan menerima saya seadanya.

Awal kahwin dengan suami, semuanya baik2 sahaja.. kami menyewa di sebuah rumah teres 2 tingkat di KL dengan sewa sebulan RM1,200. Gaji saya pada masa itu, tiga ribu sebulan.

Tapi, awan tidak selalu cerah.. saya terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan berkahwin kerana alahan mengandung yang sangat teruk. Keluar masuk hospital setiap bulan sehingga melahirkan anak disebabkan saya mengalami hyperemesis gravidarum (severe vomiting).

Saat ini, bermula lah pandangan negatif dan penghinaan terhadap saya. Disindir2 saya, “belajar tinggi2 pun tak ada kerja..”

Oh ya.. suami saya adalah anak sulung dalam keluarga dan ayah mertua merupakan seorang pesara kerajaan yang sangat disegani ramai. Di bawah suami, ada 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki. Adik2 perempuan suami, tidak bersekolah.

Tidak ada SPM, bahkan UPSR. Mereka hanya bersekolah separuh jalan dan seterusnya belajar di madrasah dan berhenti madrasah separuh jalan juga.

Alasan mereka tidak bersekolah, kerana ilmu di sekolah adalah ilmu duniawi sahaja dan akhirat lebih penting. Wanita yang belajar tinggi dikatakan berdosa kerana terdedah dengan maksiat..

Mereka juga mengatakan bahawa wanita2 berkerjaya dan berpendidikan tinggi tidak elok dijadikan isteri kerana akan menjadi queen control dan ego.

Jadi, mereka hanya duduk di rumah sahaja menunggu pinangan sang suami.

Adik2 ipar perempuan, sangat lah bermulut lancang, panas baran dan suka menyindir.. tidak hiraukan orang sekeliling.. terpekik terlolong di dalam rumah mahupun di luar rumah. Sentiasa bertekak sesama mereka. Ibu mertua juga ditengking dan di arah2 seperti bibik mereka.

Saya yang baru masuk dalam keluarga suami, rasa terkejut dan tidak selesa. Jika dipandang dari luaran, mereka seperti wanita solehah idaman lelaki yang menjaga keperibadian dan akhlak.

Expectation saya, totally berubah setelah mengenali keluarga suami. Mereka tidak boleh ditegur langsung. Masing2 tinggi dengan ego dan sifat tidak mahu mengalah. Umur masing2 menjangkau 30 tahun (selang setahun) tetapi berperangai seperti kanak2 di bangku sekolah.

Bila mereka tidak bersetuju dengan mertua ataupun adik beradik yang lain, mereka akan membentak2 kaki sambil mengamuk dan terjerit2 seperti wanita kurang siuman.

Pada mulanya, saya sangat menghormati adik2 ipar dan sentiasa merendah diri kerana berfikir kerdilnya ilmu agama saya dibandingkan dengan mereka.

Tetapi, apa yang suami bercerita berbeza sekali dengan sifat mereka. Rupanya, suami cuba menjaga aib keluarganya.

Setiap perbualan saya dengan ibu mertua, sentiasa dipintas dan diberi teori2 mereka yang kadang2 saya rasa kelakar. Mereka tidak boleh terima walau sedikit pendapat orang lain atau pembaharuan.

Saya memilih untuk tidak meneruskan perbualan jika bibit2 pergaduhan atau meninggi diri muncul.

Walaupun saya pernah bekerja di bank, tetapi mereka ‘treat’ saya, seperti saya langsung tidak tahu apa2. Sehinggakan saya tidak berani berkongsi apa2 dengan keluarga mertua kerana selalu disalah erti dan dianggap cuba buat pandai.

Bagi mereka, ipar adalah orang luar dan tidak layak memberi pandangan. Jauh berbeza dengan keluarga saya yg sangat mementingkan ipar dan menjaga hati ipar.

Kerana ibu selalu berpesan, “ipar dibesarkan dalam keluarga dan adat berbeza.. jadi, bertolak ansur lah dengan ipar..”

Jika mertua bertanyakan pendapat saya tentang perbankan atau apa2 sahaja yang berkaitan account, saya sentiasa salah dan adik2 ipar akan bidas setiap ilmu yang saya sampaikan.

Jika kami pulang ke rumah mertua, setiap perbuatan saya salah.. jika di dapur, itu tak kena.. ini tak kena.. semuanya serba tak kena di mata adik2 ipar. “Ayah tak suka macam ni.. adik bongsu tak makan lauk ni.. kami tak suka masak begini dan begini..”

Akhirnya, saya give up dan hanya berkurung di dalam bilik jika berada di rumah mertua. Bila waktu mengemas, disoal2 kenapa saya mengemop rumah.. Mengapa buat macam ini dan ini.. mop rumah ada caranya, kopek bawang ada caranya.

Sedangkan saya sudah mempunyai 2 orang anak. Semestinya saya tidak betah di dapur. Tidak mahu hubungan keruh, maka saya hanya berkurung di dalam bilik. Hanya keluar untuk mandikan anak, masak seawal 5 pagi untuk mengelak bertembung dengan ipar.

Untuk adik2 iparku, kakak ipar kalian sedang berkecil hati dan terluka dengan kata2 kesat kalian serta setiap perbuatan dan penindasan terhadap diri ini. Menengking dan mengeluarkan kata2 yang sangat menusuk ke hati.

Tidak mampu diceritakan di sini setiap kata2 yang keluar dari mulut kalian. Mungkin hari ini, kalian berdua di atas.

Walaupun tidak belajar dan tidak bekerja, tetapi kalian berdua fully sponsored by father in law. Dimewahkan dan ditunaikan apa sahaja kehendak kalian.

Berbanding diri ini dan suami yang sedang struggle menaikkan semula bisnes yang telah murudum setelah wabak cov-19 yang melanda dunia. Maafkan kakak iparmu yang hina ini.

Semoga warga IIUM Confession yang diuji dengan ipar duai bermulut puaka, sabar dan kuat. Satu pengajaran yang saya dapat, pakaian tidak mencerminkan keperibadian seseorang.

Mulut yang berbisa, tidak dapat ditutup dengan purdah. Walaupun begitu, saya tetap masih menghormati wanita2 berpurdah di luar sana dan mengagumi kalian yang baik akhlak nya seiring dengan pakaian kalian.

Sekian,

– Ipar yang Hina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *