Beginikah Perubatan Islam?

Assalamualaikum, maaf tak pandai nak taip panjang-panjang. Aku straight to the point je okay.

Memang kalau buat rawatan kat perubatan Islam tentang sihir-sihir ni pengamal perubatan tu akan bagitahu eh ciri-ciri orang yang buat sihir tu?

Memang macam tu ke prosedure dalam perubatan Islam?

Abah aku pernah kena tuduh sihir orang.. sebab dia kena tuduh orang tu cakap pengamal perubatan tu ada bagitahu ciri-ciri si tukang sihir tu..

Antaranya, lelaki yang dah berusia, keluarga terdekat, tinggal kat mana, rumah dia ada apa..

Oleh kerana abah aku ada ciri-ciri kat atas maka abah aku dituduh menyihir orang..

Orang tu siap jumpa depan-depan tanya kenapa abah aku sihir dia tapi abah aku cakap kalau betul dia sihir orang tu doalah banyak-banyak supaya sihir tu berbalik kat dia..

Tapi selepas bertahun, tak ada apa pun yang jadi kat abah..

Orang tu masih tak puas hati sebab dia dah jumpa lebih 3 ustaz dan kesemua ustaz tu bagitahu ciri-ciri yang sama..

Satu kawasan perumahan kami tahu cerita ni. Ada yang percaya ada yang tak percaya. Ada yang pulaukan abah aku.

Tapi penyesalan orang yang tuduh abah aku bermula bila abah meninggal masa mengerjakan haji dan dimakamkan kat sana.

Selepas ja orang yang tuduh abah tu tahu abah dah meninggal dia datang jumpa family aku dan minta maaf, merayu menangis.

Kami maafkan tapi dia tak sempat minta maaf kat abah tapi aku percaya abah dah lama maafkan orang yang aniaya dia.

Persoalan aku, betulkah dalam perubatan islam kena reveal ciri-ciri orang yang sihir?

Aku dah pernah tanya ustaz kat tempat aku tapi jawapan berbeza-beza. Aku juga pernah tanya ustaz terkenal di Malaysia tapi tak direspon.

Aku rasa isu sihir menyihir ni belum dijelaskan secara terperinci kepada masyarakat.

Boleh andai kiranya posting ini diviralkan agar sampai kepada para agamawan agar dapat dijelaskan secara terperinci tentang procedure perubatan Islam yang sebenar.

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *