Behave Yourself

Assalammualaikum buat pembaca dan admin iium confession. Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana menyiarkan sepatah dua kata yang aku ingin sampaikan. Apa yang akan aku sampaikan mungkin boleh mengguris hati sesetengah pihak tapi percayalah hakikatnya ia adalah realiti apa yang terjadi pada zaman sekarang. Kata orang akhir zaman.

Berdasarkan pengalaman aku yang juga sebagai seorang perempuan menjaga aurat adalah suatu perkara yang sangat wajib. Dalam pada masa yang sama, tatasusila, tingkahlaku, adab dan batas pergaulan harus dijaga sama sekali.

Pengalaman aku yang pertama, soal isu memakai tudung. Aku akui zaman sekarang sudah terlalu banyak perubahan baik yang berlaku antaranya memakai tudung di dalam rumah dengan lelaki yang boleh dinikahi. (Aku pun jahil tak pasti dgn yg bukan muhrim atau mahram) . Memang kau pakai tudung, tapi sayang tudung kau singkat. Nampak segala belahan dada, belum yang pakai baju putih nampak segala warna bentuk baju dalam (sori clear sgt) yang kau pakai, dan singkat malahan ketat dan sendat. Tolong.. tolong jangab cakap Allah yang tentukan pahala dan dosa sedangkan kau tahu apa hukum nya. Seolah kau menolak hukum. Belum lg yg pakai legging. Serupa tak payah tutup aurat depan ipar duai. Hanya sekadar memenuhi syarat.
Ada pulak yang memakai tudung terbaring terkangkang lenggang depan tv telentang tak ingat dunia dah la kau tu mak orang. Hukaloh Suami mohon perhatikan.

Okay. Pengalaman yang kedua. Breastfeed (bf) mom. Aku akui dan berbangga dengan ibu yang bf anak2 kecil dia. Dan aku juga seorang ibu yang bf anak kecilku sendiri. Tapi kesilapan yang aku nampak hari ini, ibu bf anak dia depan ipar duai tanpa rasa segan silu. Nak kata darurat, ada 6 bilik dkt rumah mertua kau diknon oi. Belum lagi yang mengepam macam ehhh kau semua jom tengok aku mengepam depan tengah orang tengok tv even kau tutup dgn baju sekali pun bunyi pam kau srooottt sreeettt …. hmmm husband aku pun tegur, eh malu laa dia buat macam tu. kan banyak bilik. Oh mungkin dia nk buat tutorial kot bilang aku.
Suami, tolong tolong dan tolong perhatikan dan nasihat ye.

Dan yang ketiga, adab dan pergaulan. Kau pernah perasan tak makcik ke kakak yg dah 40an dah kawen jenis bergalak ketawa sambil tangan tepuk tampar laki orang. Yang ni, benda simple mimple pimple jek takdee orang tengok. Tapi sangat banyak mengundang fitnah. Tolong laaa encikk suamii oii depan mata kauu binik kauu tepukkkk lakii aku takkan kau tak heran. Jenis aku, aku jaga batas dengan ipar duai dan lelaki, so please hormat lah aku yang hormat kau.. kadang kan.. korang tak rasa ke.. malu nyaa… segan nya.. apa ek perasaan isteri dia.. ohhh tak pe la bukan ada perasaan pun… dosa diknon. Dosa dengan Allah satu hal. Dosa dengan tanpa sengaja kau kecik kan hati orang dan hampir runtuhkan mesejid orang.

So please, encik encik encik suami sekalian… kalau isteri kita jahil, mohon lah tegur. Kalau kau taknak tegur, dosa dia kau yang tanggung. Mana yang belum kawen, as well as you behave yourself, in shaa Allah you will get the best ever. Aku berharap confession aku ni.. dapat menyedarkan banyak pihak termasuk diri aku sendiri. Terima kasih semua. Terima kasih admin.

– Aulia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit