Assalamualaikum. Hai readers. I’m one of IIUMC followers and selalu jugak komen kat postings IIUMC ni. It is just my habit to drop a comment on an issue, tapi I bukan makcik bawang okeh. If benda tu positif, I akan komen in positif way. Kalau negative, negative lah. But most of the time I would insert some jokes together with the negative comment.
Okay, what I am trying to confess here is akak ni jenis yang speak my mind out tau. Akak jenis yang suka suarakan pendapat dan bagi feedback dalam sesuatu perbincangan atau pada sesuatu isu. Perangai ni memang dari kecik tak boleh control. Mak ayah akak didik dari kecik untuk bagi pendapat untuk semua perkara. Tapi in a good way lah. Takdelah biadab kan. Mak ayah akak memang jenis mak ayah yang agak moden dan tidak terlalu konservatif. Bukan jenis mak ayah yang anak kena diam bila orang tua bercakap dan pendapat anak adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ditolak mentah mentah. Anak anak tiada hak untuk bersuara langsung. Kami dibesarkan dalam persekitaran yang anak anak boleh bersuara dan argue akan sesuatu instead of diam dan buat sahaja sesuatu perkara itu tanpa tahu hujung pangkal. Tapi, akak nak tegaskan sekali lagi, bukan secara biadab ye. Dan bukan bermakna setiap arguement dan apa yang kami suarakan itu akan diterima bulat bulat oleh mak ayah kami.
Akak bersyukur dibesarkan dengan cara macamtu sebab akak dapat build self confidence dan pemikiran akak lebih terbuka untuk menerima kritikan dan rejection. Biasanya family akak memang wajib tengok berita and kami bukan setakat tengok bodoh bodoh je ye, sambil tengok berita sambil debate and discuss. Haha. Nanti mak ayah akak akan tanya, contoh lah eh isu GST dengan SST, mak ayah akak memang akan tanya what is GST and SST? How do you think of it? Is it good or bad for the country? Hah gitu. Kalau kami adik beradik has no clue apebenda tu, we will be given assignment, wah assignment kau, haha, to cari info pasal those thing and nanti kena present kat mak ayah akak. Hah gitu. Kat rumah pun ada presentation k. Kau hado? Haha
So in a way, akak sangat peka dengan isu semasa, general knowledge dan apa yang terjadi dengan dunia kita hari ni. I think that is something lacking dalam masyarakat kita sekarang ni. Sedih tengok budak sekolah tak tahu apa apa pasal isu semasa, yang mereka tau Bobo DiMana. Isu yang takde faedah. Ok balik kepada cerita kita tadi, biasanya dalam kelas akaklah manusia yang sangat seronok nak jawab dan tanya soalan. Setiap kelas. Haha. Sampailah akak masuk universiti. Memang akak jenis yang suka tanya soalan dan jawab soalan. Dah jadi macam habit pulak untuk bagi feedback pada semua perkara. Sampai satu tahap lecturer akak dah taknak akak yang tanya soalan lagi. Akak diharamkan tanya soalan, sebab akak sorang je yang terlebih interactive, haha. Mesti korang pikir, seronoknya jadi orang yang berani to speak up ni. Wait for it.
Ingat senang ke jadi orang macam akak ni? To be honest akak cakap, hidup dalam komuniti kita ni, sangatlah susah untuk akak ‘survive’. Bila akak tend untuk bagi pendapat dan tak bersetuju atas sesuatu perkara, walaupun akak menyuarakan pendapat itu dengan cara yang professional, tapi akak masih dikecam dan dipandang serong. Well, kita lagi prefer real makcik bawang instead of orang yang speak the truth. Akak ingat lagi, akak pernah kerja lepas habis belajar dulu (sekarang akak fulltime housewife), kami berkerja secara kontrak dan separuh masa.
Kami hanya dibayar gaji basic dan dalam surat tawaran dah terang lagi bersuluh dinyatakan bahawasanya kami hanya perlu datang kerja mengikut jadual yang ditetapkan. Tapi biasalah, politik kerja, permanent staff mana boleh tengok part timers balik awal, punch card on time, ada saja yang tak kena. Gaji kami pula selalu di’main’kan pihak atasan. Kadang gaji tak cukup dan most of the time gaji akan masuk 10-20 hari lewat. Kami yang part timers ni dalam 10 orang semuanya. Bila akak bersuara dan cuba menyoalkan perkara ini, akak pulak dikecam dengan part timers lain, tak payah cakap permanent staff lah. They are all trying to play it safe dan sanggup dinafikan hak hanya kerana takut nak bersuara nanti dipandang serong. Nanti tak diserap jadi permanent staff. I cannot stand that kind of environment, so I quit my job.
Akak ni jenis yang suka mendengar dan memerhati sebelum bagi komen atau ulas sesuatu tu. So disebabkan itu, akak selalu jadi go-to friend pada kawan kawan akak yang ada masalah. Again, bukan semua orang suka bila kita speak the truth and bercakap menggunakan akal dan bukan emosi. Dalam kalangan keluarga besar dan keluarga mertua pun begitu. Bila akak taknak side kepada sesiapa dan cuma bagi pendapat in general, akak mesti dipandang macam akak ni sangatlah salah sebab tak bertindak ikut emosi. Kalau bertindak ikut emosi itu betul bagi mereka. Kalau play it safe and kononnya ‘taknak cakap hal orang’ itu mulia pada pandangan mereka. Walaupun di belakang mereka, berbagai version cerita keluar.
Tapi akak yang jenis tegur straight to the face ni sentiasa jadi orang yang bersalah. Entahlah. Maybe akak ni kurang ilmu dalam ‘the art of communication’ kot. Sebab tu orang salah faham. Mungkin itu kekurangan akak. Cuma akak cannot stand it jadi hipokrit and berpura pura. Akak tak pandailah nak menidakkan benda yang betul dan membetulkan perkara yang dah terang terang salah. Takpelah, doakan akak berjaya lah menempuh hidup dengan orang yang lebih suka hidup dalam ayat manis yang membinasakan dari hidup berdepan kebenaran dan realiti. Well, afterall truth hurts, lies kills. Pilihlah nak hidup macamana.
Cuma what I am trying to say here is it is okay to speak up and say things out. Masyarakat kita ni kadang lebih rela hidup makan hati daripada nak bukak mulut tegur benda tu salah. Maaf cakaplah, bagi akak ini adalah antara faktor ramai orang sekarang berdepan masalah depresi. Dan tolonglah jadi manusia yang terbuka mindanya. Bila orang nasihat, dengar. Ambil iktibar, pengajaran. Bukan semua orang yang nasihatkan kita tu benci dan nak membawang pasal kita je. Dan tolonglah jangan salah anggap dengan kami kami yang jenis loud dalam memberi pendapat ni.
Janganlah samakan kami dengan makcik bawang. Ambik point penting dalam nasihat kami dan gunakan. Tolonglah jangan jadi manusia yang close minded, tak sukakan perubahan dan tak suka terima pendapat orang. And akak taknaklah label orang yang suka cakap benda manis tu sebenarnya fake dan jenis orang berterus terang macam akak ni baik. It doesn’t work that way pun. Akak tak taulah korang faham ke tak apa yang akak cuba sampaikan ni, harapnya sampailah. Oklah that’s all for now. Thank you for reading.
– Bedah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit