Bekas Ahli Teori Konspirasi

Salam kepada pembaca IIUMC, dan terima kasih sangat kepada admin sekiranya sudi menyiarkan penulisan saya kali ini. Topik ini agak sensitif dan tujuan saya hanyalah supaya orang berfikir lebih panjang berkenaan hal ini.

Terus kepada isi,

Saya seorang yang minat membaca, ayah saya dulu selalu belikan buku2 ilmiah seperti mastika, infiniti dll. Ayah saya juga seorang ustaz mengajar di masjid2, jadi dirumah saya terdapat banyak buku2 agama dan ilmiah.

Disebabkan dulu kemudahan internet bukan semua dapat akses, saya lebih berminat membaca kisah2 misteri macam dalam mastika, fakta2 menarik macam dalam infiniti dan buku2 sejarah, yang mana disebabkan ini juga subjek sejarah saya dari form 1 sampai lah STPM sentiasa dapat ‘A’.

Jadi ada satu artikel yang dikeluarkan dalam mastika tentang gerakan atau kumpulan bernama Freemason, kononnya gerakan ini adalah tangan sebenar yang mengawal dunia. Pada tahun 2006 ni tak ramai masayaarakat tahu pasal freemason, kecuali yang rajin membaca,

Saya tak nak kupas lebih lanjut tentang gerakan ni sebab ianya terlalu panjang, tetapi artikel dan pembongkaran tentang gerakan ini sangatlah menarik, seolah2 semua benda yang dikaitkan bukanlah kebetulan.

Hujah2 nya membongkarkan gerakan ini tersangatlah terperinci maka saya yang ketika itu masih naif dan masih membesar berpegang dengan info2 yang saya baca itu.

Minat saya dalam hal ini makin mendalam, bila internet dapat digunakan secara meluas, jadi saya kaji teori2 konspirasi ni. Masa tu youtube masih belum banyak tentang hal2 seperti ini, artikel2 pun banyak dalam bahasa inggeris.

Antara konspirasi yang saya baca adalah pemalsuan pendaratan bulan, sai baba adalah dajjal, yakjuj makjuj sebenarnya adalah bangsa mongol, ada yang katakan bangsa China, kompilasi bani tamim dan banyak lagi lah.

Saya tak terkejut jika ramai yang terpengaruh dengan dakyah2 sebegini, kerana fakta2 yang diberikan tersangatlah menyakinkan.

Alhamdulillah rezeki, saya dapati menyambung pelajaran di sebuah institusi tinggi di luar negara, di tempat yang saya belajar dahulu gedung ilmunya jauh lebih besar dan luas daripada apa yang terdapat dinegara kelahiran saya.

Masuk dalam alam universiti lebih membuka mata saya dan minda saya tentang ilmu, disamping saya berkawan dengan pelbagai bangsa dan duduk di negeri yang berbeza adat dan budaya buat saya lebih permikiran matang dan terbuka.

Saban tahun berlalu, semakin banyak teori konspirasi yang keluar, sampai di satu tahap yang mana saya makin lama makin ragu dengan apa yang saya pegang selama ini.

Oh ya, saya dahulu jugak merupakan golongan anti vaksin, tetapi disebabkan ada rakan2 saya yang merupakan pelajar dalam bidang perubatan banyak meng ‘debunk’ kan teori saya tentang vaksin,

Sekaligus melemahkan lagi pegangan saya tentang ilmu konspirasi ni, ataupun nama disebalik agama dinamakan Ilmu fitan atau ilmu akhir zaman,

Turning point lain adalah bila puak2 konspirasi ni membongkar kononnya bumi ini adalah rata, diselitkan lagi dengan hadis2 dan kalamullah berkenaan hal ini. Korang boleh selidik sendiri, saya tak mahu penulisan saya panjang berjela menerangkan tentang ini.

Disitu teori yang saya pegang ni saya sedar makin lama makin mengarut, jadi saya kaji dengan sumber yang sahih pula, dan dengan ini banyak meng di ‘bunk’ kan fahaman yang saya pegang dahulu, saya baru sedar betapa fanatik dan taksub nya saya dahulu dalam hal ni.

Syukur dengan Ilmu yang saya ada, saya tidak lagi membuta tuli mempercayai semua benda yang disajikan di internet.

Setiap pendapat haruslah berdasarkan kajian yang sahih, dan terbukti. Kalau dah nama teori, benda tu boleh jadi benar ataupun tidak, boleh jadi benda tu sekadar kemungkinan semata2.

Tetapi jadi masalah bila masyarakat sekarang berpegang bahawa teori tu benda betul, puak2 ni juga mengatakan bahawa ilmu sains tu adalah ilmu dajjal yang menyesatkan orang islam,

Nauzubillah minzalik, saya tengok makin lama makin tenat fahaman pengikut2 teori konspirasi ini,

Hal vaksin pula, sudah berapa banyak pakar menerangkan apa itu vaksin dan lain2, tetapi tetap sifu konspirasi juga mereka sandarkan, lagi teruk bila mereka kaitkan dengan dalil,

Saya tidaklah menafikan kiamat itu, akhir zaman dan lain2, sebab kita sebagai umat islam wajib beriman dan percaya dengan hari kiamat, kalau tidak maka terbatal lah iman kita.

Jadi islam mengajar kita 3 perkara untuk mengelakkan fitnah dajjal iaitu, mengamalkan atau menghafal surah al Kahfi, baca doa berlindung dari fitnah dajjal ataupun berlindung di kota mekah dan madinah, saya berpegang dengan ini, sebab ini adalah dalil yang kuat.

Tetapi sayagnya ramai masih berpandukan dengan ustaz yang entah mana2, ada sesuatu ayat berkata bahawa kalau kita mahu bertanya sesuatu, tanyalah pada Ahlinya.

Ini tidak, yang ditanya pasal hal biologi dan kimia ditanya kepada orang yang zero pengetahuan ataupun tidak punya kelayakan legit untuk membicarakan tentang ini. Apa yang dia tahu cuma dia tafsir sendiri dengan logik akal dan menyebarkan fahaman dia kepada khalayak ramai,

Dan ramai pula mengikuti, bila kita berikan hujjah ilmiah dikatakan itu semua ilmu yang telah diubah suai oleh yahudi untuk mengelirukan umat islam.

Allahu.. tepuk dahi saya, maknanya sia2 lah ilmuan2 dan tokoh2 islam kita yang terdahulu yang banyak berbakti dalam ilmu2 sains dan perubatan mcm ibnu sina, al khawarizmi, al kindi, al farabi, ibnu Khaldun dll, adakah mereka mengamalkan ilmu dajjal?

Padahal tokoh2 ilmuan Islam kita dahulu jauh lebih maju dan kedepan berbanding dengan ilmuan barat, jadi dengan fahaman yang lihat sekarang yang rata2 di sosial semua benda nak dikaitkan dengan dajjal dan yahudi, ini menyebabkan umat islam makin terbelakang bukan kedepan.

Tuan2 bayangkan sampai satu tahap anak2 tidak divaksinkan, tidak disekolahkan kononnya itu semua dunia dan lain2 lagi, korang buat la kajian sendiri betapa tenatnya pemikiran golongan2 seperti ini.

Saya sendiri juga berpengalaman dilabel agen dajjal, gambar2 keluarga saya dipost dikatakan pengikut yahudi hanya kerana saya berhujah menggunakan fakta dari sumber yang sahih, Nauzubillah minzalik.

Jadi bagi saya, sebagai umat islam yang terpelajar dan ada ilmu, benda ini sangat kritikal dan perlu diambil tahu, suatu tugas untuk kita menyedarkan golongan2 ini dari terus menyesatkan dan menanamkan fahaman yang salah.

Kepada yang berpegang teguh dengan konspirasi ini, saya sarankan anda follow page2 yang kontentnya ilmiah seperti patriot asia, illuminasi, national geographic, discovery dan page2 lain.

Saya tahu sekiranya penulisan saya ini disiarkan bakal menerima pelbagai kecaman bahkan saya boleh agak bahwa orang akan menuduh saya sebagai agen dajjal atau yahudi.

Cukup sampai sini sahaja penulisan saya, saya harap kita sama2 bermuhasabah diri dan sama2 kita harungi pandemik ini, sekian assalamualaikum…

– As Ri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *