Bekas Ist3ri Psyco & Sakit Jiwa

Masih ingat kisah yang berkisarkan “menyesal rampas l4ki orang” (https://iiumc.com/menyesal-rampas-l4ki-orang/).

Pasti ramai yang baca dah boleh tangkap siapa penulis psyco itu. Ciri² penulis yang menyamar jadi isteri kepada bekas suaminya menunjukkan betapa pekatnya characteristic NPD dalam dirinya.

Siapa yang pernah follow penulis yang kononnya dikenali ramai itu, mesti tau cara dia menulis dan mengarang. Suka diri sendiri dipuji, mahu orang lain puji dirinya cantik dan berjaya, padahal dia biasa² sahaja hakikatnya.

Ramai juga yang percaya cerita khayalan dan rekaan penulis tersebut.

Itulah yang mahu penghidap NPD rasakan, dia mahu tumpuan diberikan kepadanya,

Kononnya dia isteri teraniaya, memfitnah bekas suami ditangkap basah dengan isteri baru, walhal mereka baru saja berkahwin, dan penceraian si psyco tadi dengan bekas suami sudah 5 tahun.

Bermacam cara si psyco ni tadi cuba untuk menggoyahkan kebahagiaan rumahtangga bekas suami dan isteri.

Sejak tahu bekas suami dah berkahwin lain, bermacam² karangan khayalan berunsur fitnah disiarkan di mukabukunya.

Ada satu phrase dalam cerita khayalan si psyco itu “bekas isteri block dan tak layan”. Sebenarnya si psyco tulah yang tidak dilayan.

Menggunakan pelbagai cara dan fitnah untuk menyakiti isteri bekas suami, namun isteri bekas suami masih buat taktahu dan bahagia bersama suami dan anak².

Semakin tidak dilayan, semakin meracau jiwa si psyco tadi sampai buat confession palsu.

Isteri bekas suaminya merupakan seorang “ibu tunggal” juga. Penceraian beliau dengan bekas suaminya adalah disebabkan orang ketiga.

Jadi si psyco ni dengan khayalan kebulannya, menggarap pengalaman isteri bekas suaminya menjadi cerita dia sendiri, supaya orang bersimpati ke atasnya.

Kemudian memfitnah isteri bekas suaminya sebagai orang ketiga dalam rumahtangganya dulu. Sedangkan bekas suaminya dan isteri baru, baru sahaja berkenalan dan berkahwin. Begitulah kreatifnya pemikiran si psyco ni tadi.

Semua manusia disekelilingnya termasok keluarga, bekas ipar duai, rakan sekerja juga majikannya sudah cakna dan masak dengan perangai si psyco ni.

Perangainya yang semakin menjadi² telah mendapat perhatian pihak atasan tanpa pengetahuannya.

Sedikit masa lagi Allah pasti akan membalas segala perbuatan kejinya itu. Segala fitnah² di media sosial ke atas bekas suami & isteri bekas suami nya pasti terbalas.

Ramai yang telah di fitnah olehnya, tak kurang juga yang dah menghantar LOD kepadanya, termasok bekas suaminya sendiri pernah menghantar LOD kepadanya.

Hukum Allah itu tidak terpakai untuk segelintir manusia sahaja. Jadi tak perlu berpura² teraniaya walau sebenarnya anda yang menganiaya.

Saya bukan isteri kepada bekas suaminya, cuma seorang hamba Allah yang jijik membaca segala kemungkarannya di media sosial.

– Kayra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *