Bekas Isteri Kepada Lelaki Tak Baik

Alhamdulillah, aku sudah diceraikan dan sudah tamat tempoh iddah. Cuma apa yang aku ingin kongsikan, jangan terlalu percayakan seseorang walaupun dia suami kita.

Tidak tahu nak mulakan dari mana, tapi semuanya terlalu menyakitkan. Bukan lah dia sentiasa jahat. Tapi mungkin salah langkah yang buat dia jadi macam ni.

Akibat terlalu percayakan dia, aku bagi dia peluang sebanyak banyaknya sampai dia sanggup tipu aku dan family dia.

Walaupun diberi peluang untuk berubah, dia tetap tak berubah. Masih dengan perangai kaki perempuan.

Kami PJJ. Tapi tu tak bermaksud boleh bawak perempuan lain kesana kesini. Bawak pergi hotel, balik rumah, perempuan yang berbeza.

Aku yang dulu masih bergelar isteri, kena block. Setiap minggu bagi alasan bila tak dapat contact. Kelakar bukan?

Aku pernah kena pukul, kena maki, aku bagi duit dan apa sahaja yang dia nak.

Aku kerja jauh, nak berhenti dia tak bagi. Tapi perempuan lain yang tidak halal menjadi pilihan. Aku nak cerita panjang pun aku jadi emosi sampai tak tahu nak cerita macam mana..

Kehadapan bekas suami, walaupun kau tak baca, aku harap kawan kawan kau yang baca ni boleh sampaikan untuk kau..

Aku maafkan apa sahaja yang kau buat, aku maafkan jugak kau buang aku macam ni dan seolah aku isteri yang tidak baik..

Aku maafkan kau walaupun kau tak pernah mintak maaf dengan aku dan kau mungkiri janji kita..

Aku halalkan semua duit yang aku dah bagi dekat kau.. even kita bercerai pun, aku tak minta 1 sen pun dari kau…

Cuma aku minta.. semoga Allah kembalikan kau ke jalan yang lurus.. yang dulu kau pernah janji nak berubah sama2 dengan aku….

Dan aku harapkan Allah bagi kau ingat semula yang kau buat dekat aku, apa yang kau aniaya aku semasa aku masih isteri kau..

Aku tak berharap untuk kita bersatu semula, dan aku tak nak.. cuma aku berdoa, masih ada peluang untuk kau berubah..

Allah cuma tarik kau dari aku, tapi aku percaya, Allah akan tarik lagi banyak dari kau.. semoga Allah ampunkan segala dosa kau dan aku..

Semoga kau dapat jodoh yang baik dan kau berubah untuk tak menyakiti hati mana mana perempuan lagi..

Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan ni dan mulakan hidup baru.

Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk melupakan kau dan segala kenangan kita.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *