Bekas Janda

Salam kepada semua pembaca. Aku pun silent reader jugak kat sini. Ada jugak aku komen2 sikit bila rasa nak komen. Apa yg aku tulis ni untuk respon kepada confessor ‘With Brave Wings, She Flies’. Aku pernah hantar confession aku kat sini, utk cerita benda yg sama, liku2 kehidupan selepas menjanda untuk beberapa tahun, tapi tak disiarkn, mungkin sebab ejaan aku macam budak WeChat. Haha

Aku pun bekas janda. Sekarang dah kahwin lain pun. Hasil perkahwinan yang dahulu aku dapat seorang anak. Mcm confessor, aku yang failkan penceraian. Sebab aku dah sampai tahap limit aku yang aku rasa tak boleh nak simpan dah. Dan mungkin sebab aku ni jenis kepala angin, panas baran..kalau aku teruskan perkahwinan tu, rasanya dia mati kat tangan aku..yg mana aku tak nak ia terjadi sebab aku masih waras dan aku ada anak untuk diberi kehidupan dan perhatian. Kami bercerai sewaktu anak berumur setahun lebih.

Aku hormat mak dia, famili dia, aku tak berkira walaupun gaji aku lagi besar dari dia, aku tak kisahkan latar belakang dia walaupun dia hanya berpelajaran sampai Ting. 3 sahaja…sedangkan aku seorang pemegang ijazah. Ya aku tahu aku silap sebab tak dengar cakap mak bapak aku..banyak kali mereka tanya..betul ke ini yang aku nak. Tapi jiwa muda kan..biasa lah. Lagi ditegah, lagi itu lah yg kau nak..Jadi bila dah bercerai baru mereka tahu apa yang aku hadap sepanjang perkahwinan dan keluar lah ayat ‘Aku dah kata dulu…’. Huhu.

Lepas bercerai..memang rasa kosong tu ada, tapi aku tak menangis. Aku tak boleh menangis. Aku tak tau sebab apa. Mungkin sebab aku dah puas menangis masa aku hidup dengan ex musibat aku, jadi bila dah bercerai..air mata aku kering. Aku jadi benci dengan dia, rasa geli. Tertanya kenapa bodoh sangat aku masa dulu.. Aku ingat lagi setiap malam selepas pulang dari kerja, aku akan memandu pusing sana pusing sini di bandar sambil layan lagu Pink Floyd. Fuh asyik betul. Aku juga jadi malas nak hadap saudara mara. Ada sekali sahaja aku pernah pergi sebab kenduri kahwin adik aku, tapi saudara mara tgk aku macam kesian ada, macam nak tanya 1001 soalan pun ada..tapi tersangkut kat tekak mungkin sebab mereka tahu kepala angin aku. Sejak bercerai memang aku jenis tak suka orang menyibuk pasal hal aku, sebab automatik aku akan jadi sarcastik. Masa raya pun aku tak balik kampung..sbb aku pergi hiking. Haha.

Ya, hobi hiking yang aku discover selepas bercerai ni memang banyak menyelamatkan aku. Makes me think a lot. Bila sampai kat puncak..rasa semua beban dan masalah hilang. So aku nasihatkan kepada orang2 yang ada masalah di luar sana, selain masalah penceraian, kalau rasa tengah ada problem, cuba cari hobi yg boleh buat anda lepaskan stress dibahu..dan buat anda berfikir lg rasional. Serius, ianya byk membantu. Sebab aku jenis tak suka bercerita tentang masalah aku pada orang lain. Selagi aku boleh handle sendiri, aku akan selesaikan. Lagi satu aku seorang yang suka bekerja dan aku tak berapa gemar dengan comfort zone. Nanti aku jadi slow dan aku rasa skill aku makin tumpul. Jadi aku pindah tempat kerja for new experience, new challenges and new environment. Kalau aku stay kat tempat kerja lama, nanti aku rasa aku stuck dalam masa lampau aku.

Setelah beberapa tahun..dalam dunia hiking ni lah aku jumpa suami aku yang sekarang. Lagi muda dari aku, tapi lagi matang. Kalau nak ckp perempuan bekerjaya sekarang mahukan lelaki yg bekerjaya juga, dan mampu sediakan segalanya selepas kahwin..tak jugak. Sbb walaupun aku dah ada anak, kerjaya..(tapi masih merangkak), rumah dan kereta sendiri, suami aku datang dengan tangan kosong..cuma berbekalkan dengan keyakinan dan keikhlasan dia untuk memperisterikan aku. Ya, aku pilih dia sebab dia bersungguh dan tidak berkira dengan aku walaupun gaji dia lagi kecil dari aku. Pelik tp kami serasi bersama. Kalau gaduh pun, esok baik semula, semua masalah mudah selesai. Bertolak ansur dan memahami jadi rukun kehidupan. Dan dia sayang dan ambil berat tentang anak aku macam anak dia sendiri.

Aku rasa bersyukur sangat2 sebab Allah bagi aku peluang kali kedua untuk merasa kenikmatan berumah tangga. Walaupun dulu mmg aku bersumpah aku tak nak kahwin lagi, tapi Allah mempunyai perancangan yang lain dan lagi baik untuk hambanya.

Jadi kepada confessor dan pembaca2 di luar sana..jangan sesekali rasa yang hidup ini akan berakhir hanya sebab anda sudah bercerai. Memang akan ada waktu kita akan rasa low sangat, dengan self confident yang hilang entah ke mana. But time will heal everything. We are strong..we stand and we deal. Memang mulut org tak boleh tutup, tapi buat tak tahu je la. On a side note, yang paling penting berhati2 dengan suami orang. Sebab ada spesis antara suami orang yang suka mengambil kesempatan bila tahu status J kau. Dan aku memang menyampah sebab mereka macam tak sedar diri dah ada anak bini. Ayat manis bukan main power tapi mereka tak serius pun. Aku jumpa la jugak 2-3 orang spesis mcm ni. Aku harap bahagia lah bini mereka dengan suami perangai begini. Ciao!

– #teamjandabaik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit