Assalamualaikum warga IIUM Confession. Tak tahu nak mulakan dari mana sebab benda ni sebenarnya dah bertahun tahun lamanya juga.. Tapi sebab benda ini lah rumah tangga mama dan abahku runtuh..
Cuma sakitnya hati bila tengok orang yang runtuhkan rumah tangga mama dan abahku masih boleh bergelak ketawa sewaktu live bermain game online..
Sumpah aku benci dengar gelak ketawa perempuan tu sebab gelak ketawa tu lah yang buat abah aku tangkap cintan..
Oh ye, abahku bukan pemain game ye. Mereka kerap berjumpa di event2 politik suatu ketika dahulu.
Abah dan dia sama sama bekerja dengan ahli politik yang gah pada suatu masa dulu. Mereka sama sama kaki karaoke juga. Beberapa kali juga kawan mama bagitau jumpa mereka di pusat karaoke.
Dan sejak dari abah mula kenal dengan dia ni, abah dah mula tak nak bawak aku adik beradik dan mama ke event2 yang abah kena pergi.
Ada sekali aku rasa dia perempuan tu sebab ada gambar dia di handphone abah. Kurus tinggi dan cantik. Ye cantik orang nya. Aku tengok sahaja gerak nya. Masa itu usia aku 16 tahun.
Perempuan ni pun hidupnya terlalu berahsia. Susah juga mama nak trace dulu. Cuma namanya sahaja yang mama tahu itupun sekadar nama pendek. Lagi pun teknologi dulu tak sama dengan teknologi sekarang.
Banyak duit abah aku habis bagi dia. Dan perempuan ini Miss J ye, abah kata kesian tengok dia bsrkan anak sorang2 bekas suaminya langsung tak ambil tahu pasal mereka. Dari kasihan jatuhnya sayang.
Dan mama pula mmg seorang yang sabar. Mama ada bagi mereka kahwin dari terus bergelumbang dengan dosa. Tapi perempuan ni suka main tarik tali. Mama call dia tak jawab. Ajak jumpa semua dia ignore je.
Tak lama dari tu mama dan abah bercerai sebab mama dah fed up dengan game mereka. Suruh kahwin taknak kahwin tapi kerap berjumpa. Langsung takde rasa bersalah rasa berdosa. Yang paling aku sakit hati abah tak habis2 menang kan dia.
Ada yang kata perempuan tu ada guna ilmu2 juga tapi mama langsung taknak percaya.. Pada mama itu semuanya propa. Semua ni pada aku hanya lah hawa nafsu. Dua dua kalah pada hawa nafsu. Sama2 sukakan keseronokan duniawi.
Bila abah dan mama bercerai tak nak pulak mereka kahwin. Tak lama dari tu dapat tahu mereka pun dah putus.. Abah pun dah kahwin lain tapi ada juga cari2 mama. Mama pula lepas dari itu semakin sibuk kan diri dengan ilmu agama.. syukur.
Oh ye, macam mana aku boleh terjumpa perempuan ni dekat socmed?
Aku hanya ada berjumpa sekali dengan dia di suatu event lama dulu, tapi aku dan abang aku cukup kenal suara dan gelak dia sebab kami ada letak voice recorder dalam kereta abah masa tu. Abah ada event masa tu.
Kereta dulu mana lah canggih macam sekarang kan tapi tu jelah yang mampu aku dan abang aku buat untuk dapat kan bukti kecurangan abah.
Bertapa galak nya mereka bergelak ketawa dalam kereta padahal kereta tu mama. Tergamak abah bawak perempuan lain naik kereta mama.
Bulan 6 hari tu tak silap aku tiba2 aku terdengar gelak dia. Tersentak aku. Ntah mcm mana video dia fyp kat TT aku. Aku try tengok sekali.. yesszaaa.. itulah orang nya yang rosak kan rumah tangga mama dan abah. Aku yakin aku tak silap.
Aku tak bagitahu siapa2 even pada abang aku sekali pun. Cukup lah aku sorang yang tahu hal ini. Aku menangis sebab aku rasa sakit hati tu datang semula. Rasa benci rasa marah semua ada.
Ada sekali aku masuk live tersebut, memang galak dia bergelak ketawa dengan kawan2 game dan viewer dia. And mostly kawan game nya lelaki. And now aku pun dah block dia dari TT aku. Aku taknak rasa sakit tu datang. Aku tengok nama aku tahu itu dia.
Aku tak nak serang atau apa. Sebab benda ni pun takde kaitan dah dengan aku. Cuma nya aku harap dia tak buat pada orang lain. Cukup lah hanya dia buat pada abah seorang. Cukuplah rumah tangga abah dan mama hancur sebab dia.
Jangan ada rumah tangga orang lain yang hancur lagi sebab dia. Percaya lah broken family ini 1 trauma yang susah nak hilang. Sesekali dia akan datang kacau mental dan emosi kau.
Untuk perempuan itu, tiada apa yang nak di perkatakan lagi. Mulut manis memang tarikan dia. Ntah2 selain abah ramai lagi mangsanya.
Apa2 pun aku harap Allah jentik hatinya supaya datang meminta maaf pada mama. Kerana sebagai seorang islam kita memang perlu tahu, untuk memohon keampunan dari Allah, kita perlu memohon kemaafan dari manusia dahulu.
Kerana dari awal pekenalan dia dgn abah sehingga abah dan mama bercerai tiada satu pn kata maaf keluar dari mulut perempuan tersebut. Moga Allah jentik hatinya untuk memimta maaf pada mama.
– Fina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit