Bekas Kekasih Kantoi Suami Orang

Aku ingin berkongsi cerita mengenai bekas kekasih yang telah aku kenal selama hampir 20 tahun. Aku berumur awal 40an dan masih belom berkahwin.

Aku kenal Adam (nama samaran) since aku study di university. Masa tu aku masih mentah umor dalam 22/23 tahun. Waktu itu dia sudah bekerja and berumor 28 tahun. Beza umur kami 6 tahun. Sebabkan dia lagi tua dari aku, so aku banyak jugak refer kat dia.

Waktu itu kami agak rapat, selalu contact and keluar makan, bercakap talifon setiap amlam sampai tertido. Hubungan itu berlangsung sampai aku habis belajar dan telah bekerja.

Tapi atas sikap dia yang selalu hilang dan dingin tiba-tiba tanpa aku tau punca, buat aku give up and aku decide tuk move on. Waktu tu aku fikir mungkin dia dah jumpa orang lain. So aku lupakan dia and kenal dengan orang lain. Hubungan kami habis begitu sahaja tanpa ada kata putus. Kiranya paham sendiri jer la kan. Slowly kami menjarakkan diri masing2.

Tapi sesekali dia ada contact balik bertanya kabar. Dia akan tiba2 muncul and ajak keluar makan. Aku waktu itu dah move on ada kekasih baru, and anggap Adam hanya sebagai kawan sahaja. Maybe dia pun macam tu tapi aku tak pernah nak tanya. Dia pun tak pernah tanya aku.

Tapi kadang2 bila dia mesej or call, gayanya masih berharap kat aku. Seingat aku waktu kami berkawan tu kerap bergaduh walau pun jarang contact. sebab bila dia contact tu dia akan selalu nak provoke aku. So aku banyak kali malas nak layan mesej2 dia sebab end up akan bergaduh.

So macam tu la relationship aku dengan dia sampai la tahun 2019. On off kami call, message, jumpa. Aku ingat lagi tahun 2019 setelah lama tak bertanya kabar, dia tetiba call banyak kali. Waktu tu aku ada boyfriend. Dia call aku, ajak keluar makan tapi aku dah malas nak layan.

Sampai satu tahap aku terpaksa minta boyfreind aku jawab call tu bagi tau jangan kacau lagi. Since then dia senyap dah. Aku pun takde contact dia. Tapi last incident within that year tu jugak, aku terpaksa contact dia sebab aku mintak tolong dia nak balik dari hospital. Aku baru discharge dari hospital masa tu.

Dia ok and tolong aku that time. Tapi lepas dia tolong tu, dia hantar mesej lucah kat aku. Tak payah aku nak cakap apa dia tulis, tapi sangat2 kurang ajar and terasa diri ni seperti symbol s** tuk dia.

Aku masa tu sangat2 terkejut dan menangis someone yang aku kenal lama and kawan sendiri hantar mesej berbaur lucah macam tu. Aku terus balas mesej tu dengan makian yang panjang berjela and block terus dia. Aku memang tekad taknak kenal lagi dengan manusia macam ni dan aku nak jauhkan diri aku sejauhnya dari dia.

Sehingga la pada tahun 2024 bulan puasa, waktu aku belek2 phone, aku terfikir yang dia takkan mungkin contact aku lagi. Yer la kan dah 5 tahun berlalu dan masing2 pun dah tua. Aku dah 40 tahun and dia pulak dah 46. Masing2 mesti la dah move on and ada life sendiri. So aku decide nak maafkan dia dalam diam and unblock number dia.

Masa tu takde fikir apa just nak memaafkan semua orang and hidup tenang. And to be honest, memang aku confident yang dia tak mungkin akan message. And tetiba hari raya, dapat mesej wish raya dari dia. Aku tergamam. Mesti la dia tau mesej dia delivered and aku dah tak block dia kan. Tapi aku langsung tak reply.

Dalam hati tertanya2 jer macam mana la dia boleh nak wish raya. Tapi aku just fikir positive yang mesej tu dia hantar to all contact dalam phone dia. And again, to my surprise, masa birthday aku, aku dapat lagi mesej dari dia wish birthday aku. Aku terkejut lagi… tapi still aku buat bodoh dan langsung tak reply.

Selang beberapa bulan dia hantar lagi mesej tanya kabar pulak. Masa ni aku dah terasa nak reply tapi selepas beberapa hari. So memang aku reply tapi setakat reply macam tu jer. Bertanya kabar.

Dan masa tu dia ajak aku jumpa minum coffee. Tapi aku takde keinginan nak jumpa dia bila fikir last incident yang dia buat aku block and maki dia. And again aku biarkan jer macam tu and tak layan. Dan new year 2025, again dia mesej aku lagi. So kali ni aku buat biasa and layan macam kawan2.

Tapi masa tu aku tak tau kenapa yang aku ni rasa dia beriya nak dekat dengan aku balik. Maklumlah aku pun masih single. Dengan cara dia yang beriya nak dekat dengan aku tu, aku fikir dia pun single macam aku. Tak terlintas yang gaya dia macam suami orang. Aku pun setuju jumpa dia lunch time kat area office lepas dia beriya nak jumpa.

Bila jumpa for the first time after 5 years tu, tak tau nak cakap hati tu rasa sedih dengan life and apa yang jadi antara kami dulu2. Macam rasa tak sangka orang yang kat depan aku ni la orang yang aku maki hantar mesej yang bukan2 tu. Serious, kalau tengok orang dia, memang takkan sangka dia boleh buat macam tu.

Masa jumpa tu dia bagi tau, dia minta maaf dengan apa yang jadi dulu. And dia menyesal and dia memang nak mintak maaf sangat2. Aku pulak, tengok dia Ikhlas mintak maaf, so aku maafkan. Tak nak ade dendam and fikir just nak move on and hidup tenang2 jer.

So since then, dia rajin mesej aku hari2, banyak cakap pasal memory dulu2 masa kitaorang kenal, and berkawan dulu. Dia tunjukkan yang dia care pasal aku. And to be honest cair jugak la hati ni kan bila ade orang caring. Dia keep on cakap yang dia bukan macam dulu lagi and dia dah banyak berubah.

And waktu ni aku langsung tak tanya pasal dia dh kawin ke belom. And dia tau aku belom kawin. So aku fikir oklah kan aku berkawan dengan dia sebab masing2 pun single.

Dia pulak bagi tau aku dia still tinggal dengan family and adik Perempuan and lagi2 mak dia bedridden and sakit. So dia galas tanggungjawab jaga mak dia. So lagi la buatkan aku yakin dia single and tak kawin lagi.

Sepanjang kami jumpa balik ni, macam2 dia bagi hint tuk pikat hati aku.. pasal nak bawak jumpa mak dia. Dia cakap nanti nak aku berkawan dengan adik dia la. Mcm2 yang buat aku yakin yang dia nak kat aku.

Sehingga la suatu hari aku tergerak hati nak check nama dia kat tempat aku bekerja. Tuk pengetahuan korang, aku boleh check profile orang if dia ade record dengan kami. And surprisingly nama dia ade. And guess what, status dia married. Aku sangat2 terkejut. Aku rasa macam system ni salah. Aku yakin dia belum kawin.

Bayangkan hujung minggu aku teman dia pegi dobi baju dia, pastu datang jumpa aku weekend tuk makan, then tiap2 hari kami jumpa and pegi dinner sama sampai balik lewat malam. Bila dah balik rumah, continue mesej2 sampai betul2 lewat. Tak langsung menunjukkan yang dia ni suami orang.

Aku mati matian cakap system ni salah. And apa aku buat, aku mintak kawan aku di channel lain pulak buat profile check. And again, status sama, married. Jauh di sudut hati aku sangat kecewa. Kenapa dia tak bagi tau dia dah kawin.

Aku okay jer kalau dia bagi tau dah kawin. Aku akan jaga pergaulan aku and takkan lebih2 if aku tau dia dah kawin. Takde la aku nak keluar dengan dia setiap malam teman dia makan. Ya Allah. Bersalahnya aku kat wife dia.

Tapi lepas dari tu, aku ada mesej dia tanya, ada tak apa2 yang dia sorok dari aku. Ada apa2 yang dia nak berterus terang and nak bagi tau aku. tapi dengan confident dia cakap takde. Frustnya aku.

Aku still takde kekuatan nak bagi tau dia apa yang aku dah tau. Since then, aku dah slow bermesej dengan dia, takde dah chitchat selalu dengan dia and dia pulak kebetulan mak dia sakit time tu and masuk ICU so kena bagi full attention kat mak dia. Kami tak jumpa pun sepanjang mak dia sakit.

And selepas beberapa minggu tu, dia mesej aku bagi tau yang mak dia dah meninggal. Dia luahkan kesedihan and bagi tau aku yang dia dah takde doa seorang ibu. Aku rasa sedih bila dia cakap mcm tu.. aku cuba comfortkan dia sebab aku sendiri pun akan meraung kalau kehilangan seorang ibu… mesti la sangat2 sedih.

Time ni dia bagi tau aku dia dah takde sesiapa dah. Dia cuma ada aku.. takde sesiapa lagi. Aku masa tu sedih tapi rasa pelik. Aku mula fikir agaknya dia dh bercerai kut sampai dia cakap macam tu pulak. Possible kan?

After 2 months lepas ibu dia meninggal, dia mesej aku tanya kenapa aku banyak senyap and dah jarang nak mesej dia. Aku rasa ni la masa yang terbaik tuk aku confront dengan dia. Aku terus bagi tau yang aku dapat tau dia dah kawin. Aku bagi tau kenapa tak cakap awal2.

And guess what? Dia tanya pulak aku soalan, mana dapat tau? Siapa bagi tau? Dia bukan nak clarify things and bagi jawapan kat aku, tapi dia bagi soalan balik kat aku.

Aku forward dia screenshot system tunjukkan status dia tu. And kali ni dia jawab, itu hanyalah status dalam system. What? Tu jer? Geramnya tak tau nak cakap. Instead of clarify things, tapi dia terus bercakap hal2 yang tak berkaitan. So what dengan system? Aku nak tau betul ke tak you are married. Tapi still dia silent, takde iya atau tidak.

Aku tanya lagi tahun bila you kawin? Kali ni dia bagi jawapan, 2016 or 2017 rasanya. And takde anak. Aiyo “rasanya”? OMG… bila fikir balik, tahun tu dia still contact aku, cari aku and teringat peristiwa 2019 dia hantar mesej tak senonoh tu. Ya Allah, dia dah suami orang masa tu tapi still cari aku?? Still hantar mesej lucah macam tu?

Aku still bertanya, masih berkahwin? Yes or no? Silent. Dia jawab “tak baik buka aib”. WTH, aku tanya just bagi jawapan yes or no jer pun. Bukan suruh cerita details apa kisah dia dengan wife dia. Dia still taknak jawab. Cakap kat aku sudah2 la tu.

Ya Allah. Aku masa tu terus stop makan, and bangun blah. Aku siap bayarkan makanan dia sebab taknak terhutang budi dengan suami orang. Lepas bayar aku terus balik rumah (kebetulan makan kat area umah aku masa tu so aku boleh balik sendiri jer)

Dia masa tu dia cuma cakap, “nanti I mesej”. Bila dia balik, dia just mesej “thanks for the dinner”. Takde la nak explain things and bagi tau hal sebenar and say sorry. Takde. And both of us takde dah communicate. Aku remove dia dari social media. Taknak dia tau apa2 dah pasal aku. So we back to our life yang dulu zaman aku block dia.

Cumanya sekarang aku dah tak block dia sebab aku dah berjanji dengan dia aritu apa2 jadi aku takkan block dia lagi.
Banyak benda yang aku menyesal bila aku jumpa dia balik. Aku menyesal kenapa aku tak tanya status dia awal2 masa kami jumpa. Aku patut tau and get clearance about that.

Yer la kan aku taknak ada masalah dengan suami orang. And aku taknak jadi penyondol yang rosakkan rumah tangga orang. Sebab aku tau tersiksanya hati dan perasaan bila partner ada perempuan lain. Aku menyesal banyak cerita pasal life aku kat dia masa kitaorang lama tak contact tu. Dia tak sepatutnya tau pasal life aku cos he is nobody.

Bila ingat balik, banyak agaknya dia tipu aku and jadi fake. Apa yang dia cakap tu semua tipu just nak buat aku percaya and cair kat dia. Betul la kan suami orang ni ayat manis. Rasa kesian kat wife dia.

Aku try google and korek in details pasal dia, and yes Allah nak tunjukkan aku jumpa gambar wedding dia kat satu posting wedding planner yang dia ambik masa tahun 2015. Rupanya tahun 2015 lagi dia kawin. And tahun tu, few months after dia kawin tu, dia ade mesej2 aku. Siap mintak gambar aku yang latest lagi time tu.

Baru kawin kut.. Still tak move on dengan aku yang ex ni dah kenapa? Kalau aku jadi wife dia mesti aku sedih gila baru kawin, husband dh mesej2 dengan ex. And dari info2 yang aku dpt masa aku google tu, rupanya diaorang ni keje tempat sama. Wife dia tu boss dia rupanya.. Cuma wife dia muda sikit dari dia.

Cantik wife dia. Patut la masa dia masuk company tu la dia start slow and hilang dari aku masa tu… agaknya diaorang hangat bercinta kat office and travel sama2 kut. Aku jer yang tak perasan masa tu. Tapi takpe la dah bukan jodoh aku kan. Aku okay jer. Tapi tu la cuma terkilan.

Aku sekarang dah stop contact dengan dia. And dia pun dah takde contact aku lagi. Maybe sebab dia malu dah kantoi. Aku takde dendam cuma aku banyak terkilan and terasa diri ni bodoh kena tipu macam tu. Banyak yer aku kenal ngan suami orang yang tak mengaku suami orang.

So aku nasihat perempuan kat luar sana, desperate mcm mana sekali pun, jangan la involve dengan suami orang. And jangan la percaya kat ex tu just sebab kau fikir ko dah lama kenal dia.

Dia mungkin datang balik just nak test market, nak gunakan kau, take advantage kat kau. Atau nak cari mangsa semata2 nak lepaskan nafsu dia mungkin. Possible.

Sekian…

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *