Bekas Kekasihku Si Psiko Persis Adam

Assalamualaikum readers. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku.

Aku berkenalan dengan S di dalam sebuah aplikasi lagu media sosial. S merupakan seorang duda anak 3 dari negeri di bawah bayu.

S muda beberapa tahun dariku. Kami selesa bertukar pandangan dan berkongsi minat yang sama iaitu muzik dan lagu.

Kami kenal tak lama setelah S ambil keputusan untuk berjumpa kali pertama dan serius denganku.

Di pertemuan pertama dia sanggup berjumpa orang tuaku menyatakan keinginan untuk mengambilku sebagai isteri.

Keluargaku menerima terbuka perhubungan kami.

Dia juga menyatakan kesanggupan berpindah ke negeriku untuk memulakan perniagaan bengkel membaiki kereta yang selama ini diusahakan secara freelance.

Sebenarnya semasa pertemuan pertama dah banyak ‘red flag’ yang aku lihat pada S tapi kerana sayang aku hanya endahkan.

Contoh-contoh ‘red flag’ kuat cemburu, kuat mengongkong dan kuat berdrama.

S sering memeriksa handphone ku dan delete semua kenalan lelakiku.

Ada sekali ada lelaki silap nombor menelefon aku tapi dia tak percaya malah dia telefon semula lelaki itu untuk memakinya.

Dia siap menangis-nangis dan merayu aku jangan tinggalkannya.

S tak kasi aku pakai seluar dan berkata dia akan bakar semua pakaian yang tidak kena dimatanya sebab tak mahu mata mana-mana lelaki memandangku.

S tak bagi aku makan makanan berbau seperti ulaman petai jering, ikan kering, belacan dan pekasam kerana takut badanku berbau busuk.

S menuduh aku ada skandal dengan bos lelaki di tempat kerja siap warning mahu tunggu di pintu opis setiap hari untuk memantau.

Aku mula rimas sebab tak suka dikongkong. Belum kahwin sudah begini apalagi sudah berkahwin pasti dikurungnya aku di rumah.

Cuma aku tidak menyuarakan saat itu kerana aku yakin dia serius dan dia pasti berubah selepas aku jadi isterinya. Ciri-ciri seorang lelaki narsisstik itu sangat ketara pada S.

Setelah itu dia pulang ke kampung halaman untuk bersiap berpindah ke negeriku dan berjanji pada keluargaku akan masuk meminang dan terus menikah selepas raya.

Bila dah pulang ke sana, mesej dari S semakin kurang dan akhirnya nombornya tiada dalam perkhidmatan.

Aku tak terkata apa-apa. Sedih memangla sedih sebab aku telah membuat persediaan perkahwinan.

Tapi Allah tahu apa yang terbaik. Aku ambil masa 4 tahun juga untuk lupakan kisah pelamin anganku musnah ini sebelum membuka hatiku pada jejaka lain.

Buat pengetahuan korang, aku telah selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki yang betul-betul menyayangi dan percaya padaku sepenuh hati.

Aku redha dan aku bersyukur kerana bukan S itu jodohku.

Kalau hari itu kami jadi bernikah pasti keadaan aku sama seperti Nuha dalam drama Aku Tanpa Cintamu.

Alhamdulillah Allah selamatkan aku dari menjadi mangsa lelaki tak berguna yang sering berlegar-legar.

Doakan aku bahagia hingga ke akhir hayat ya guys. Terima kasih.

– Anie Si Chubby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *