Salam. Terima kasih admin kalau postkan confession saya lagi sekali. Ini adalah sambungan kepada first confession yang lalu. Ini adalah sambungan yang terakhir, saya tak akan post lagi confession dan tak mahu meleret pula.
Buat yang membalas & memberi komen berkenaan confession saya, terima kasih dan ada beberapa perkara saya nak jelaskan pada komen-komen yg saya baca.
1. Saya mesej dia kerana dia mesej saya dan bagi ‘bukti’ fake yg memfitnah suami saya dlm banyak benda. Saya ni jenis suka berbincang, tapi lepas banyak kali cubaan berbincang yang menyakitkan hati, saya pun dah stop kecuali saya benar-benar perlu berbincang dengan dia, sebab suami jenis tak reti marah2. Buat yang kata saya dengar sebelah pihak je, saya dah bertindak rasional sbb saya cuba dengar penjelasan ex wife husband juga. Which is mengarut & tak masuk akal. Perangai dia pun memang diketahui macam mana dalam kalangan family husband & juga family dia sendiri. Dia tak stalk media social kami rasanya sebab kami pun jaga privacy & tak suka bermedia social sangat. Dia je gigih mencari hal-hal berkaitan dengan kehidupan saya. Saya pun tak faham kenapa? Pernah juga dia fitnah suami saya bermalam dengan dia sedangkan saya dan suami ke luar negara waktu itu. Ada juga waktu saya out station dan suami datang bersama saya, dia akan mula mesej seperti kononnya suami saya sedang bercuti dengan dia dan anak.
2. Suami dan saya tak mahu total lost contact dengan dia demi anak. Kalau ada emergency sakit atau apa-apa mcm mana? Jadi option untuk terus hilang contact memang mustahil. Anak memang dikongkong dari bertemu suami apatah lagi nak tumpang call/message utk bertanya khabar ayah mereka. Saya kalau boleh memang nak semua pihak berdamai dan hidup dalam keadaan neutral sahaja.
3. Suami dan ex wife mempunyai circle of friends yang sama walaupun tak rapat. Ex wife nya tetap akan dapat cara untuk tahu contact number suami. Kebanyakan dari mereka pun tahu tentang perangainya sejak mereka masih berkahwin lagi.
4. Saya setuju berkenaan dia jealous. Dan ya, cerai talak 3 tak boleh rujuk semula. Tapi dia memang sejak bercerai dh cerita plan untuk berkahwin lain semata-mata untuk bersama dgn suami saya semula. Suami tidak setuju. Merancang perkahwinan semata-mata utk merujuk kembali dgn bekas suami/isteri yg bercerai talak 3 itu adalah perkara yang dilaknat Allah.
5. Ex wife suami sebelum saya (yang bercerai akibat diganggu dia) juga ada menghubungi saya utk berkongsi cerita. Katanya ex wife itu ada juga guna unsur-unsur sihir dalam tempoh mereka masih bersama. Suami saya juga dulu pernah sakit & telah berubat dengan ustaz. Wallahualam bab ni taknak cerita lebih takut jd fitnah.
6. Saya tak boleh tak masuk campur. Sy masuk campur pun sbb tanpa campur tangan saya, suami masih tk dpt tengok anak. Ada beberapa kali disebabkan campur tangan saya, dia beralah dan bg suami tengok anak. Ini bukan soal sy tak reti buat hal sendiri. Saya tak kacau siapa-siapa pun.
Sekian sahaja jawapan saya & info serba sedikit. Mungkin boleh dijadikan peringatan kepada org lain tentang isu ni.
Buat yang rasa saya mencari penyakit sebab berkahwin dengan duda, ketahuilah jodoh itu rahsia Allah. Saya sendiri telah kematian suami diusia yang muda beberapa tahun yg lalu. Jodoh yg Allah anugerahkan lagi saya terima seikhlasnya. Begitu juga suami. Ingin saya katakan juga bahawa duda atau janda juga manusia biasa, layak mendapat kasih sayang dan saya ikhlas terima dia seadanya. Kahwin lelaki/perempuan bujang pun tak tentu juga baik buruknya. Mungkin yg duda/janda lebih menghargai sebab dah pernah mengalami certain perkara. Jodoh & takdir tu rahsia Allah, belum tentu lagi perkahwinan kita yang dibina bertahun-tahun akan kekal ke akhir hayat. Masa lampau orang jangan kita hinakan kalau orang dah berubah. Yang dah tentu belum berubah & gigih nak hancurkan rumahtangga orang tu kita doa minta dijauhkan lah dari kita semua. Hidayah milik Allah. Saya akan terus berdoa supaya ex wife suami berhenti mengganggu kami dan mendapat ketenangan hidup, redha.
Buat yang kata saya percaya suami bulat-bulat, saya percayakan dia lepas dah teliti pelbagai perkara. Bukan menkhinzir buta je saya percaya suami saya. Kalau dari sebelum bercerai pun ex wife nya tak peduli langsung nafkah/keperluan zahir & batin suami, apa sangat lah saki baki yg ada utk suami saya nak rindukan pada dia selain tawar hati & serik sahaja? Saya yakin saya tak judge ex wife suami semata-mata tanpa bertanya pada orang-orang yang mengenali dia sebelum ini. Mak mertua saya sendiri pun pernah menangis dengan kebiadapan dia. Di saat mak mertua sakit dengan serangan stroke, dia halang suami pulang ke kampung dengan alasan tahun tu adalah turn untuk beraya di kampung dia dan ada adik beradik lain untuk menjaga mak. Saya terpaksa cerita detail yang nampak seperti memburukkan dia tapi saya rasa saya kena justify komen anda yang merasakan seolah saya memburukkan orang untuk mendapat simpati dan sokongan?
Terima kasih lagi sekali buat warga FB yg komen & bagi suggestion. Saya berterima kasih. Ada juga antara komen kalian yg mengguris hati saya, tak apalah. Saya doakan siapa yg berada dalam situasi sama seperti saya ni tabahlah menghadapi ujian. Terima kasih semua.
Salam.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit