Hi, aku first time nak confess dekat sini sejak tengok ramai yang buat confession nak jugak berkongsi cerita hidup yang tak berapa manis ni sebagai pengajaran bakal-bakal penyondol diluar sana dan mintak pendapat dan nasihat.
Cerita ni mungkin sedikit panjang, harap ada yang sudi membaca tanpa rasa bosan.
Nama aku Manja (bukan nama sebenar). Aku masih dibawah katogori muda sebab aku lahir awal tahun era baru. Comel berisi sikit orangnya.
Aku dibesarkan bukan dalam broken family tapi lebih kepada toxic and unhealthy family.
Cerita ni mungkin sedikit rumit untuk difahamkan kerana terdapat 2 orang lelaki yang berbeza dalam hidup aku. Cuma aku nak tekankan ini kisah tentang aku yang pernah menjadi penyondol rumah tangga orang.
Macam mana aku boleh jadi penyondol? Aku kan masih muda. Yaa kerana aku muda dan aku buta bagaimana nak menilai seseorang.
Sebelum aku kenal dia (si suami orang), umurnya jauh beza lebih 5 tahun dengan aku dan dah mempunyai sepasang anak, Aku letak nama dia sebagai Farhan (bukan nama sebenar).
Aku pernah bercinta dengan seorang senior sama sekolah dengan aku Zarif ( bukan nama sebenar).
Aku kenal Zarif cukup lama dari aku umur belasan tahun dan kami bercinta sejak dari aku mula kenal dunia sekolah menegah hingaa aku habis tamatkan pengajian aku dalam diploma bidang perhotelan.
Tentu kami bahagia sehinga hubungan boleh bertahan selama sedekad lebih. Sedikit malu untuk dicerita kan tapi itulah kunci utama cerita ini.
Untuk seorang remaja, dan ada hubungan dengan kekasih dalam tempoh yang cukup lama tanpa pernah buat hubungan badan itu sangatlah limited muslimah yang ada.
Ya kami pernah terlanjur dan bukan setakat itu hubungan kami lebih umpama seperti seorang suami isteri cuma luar perkahwinan.
Parents aku ofcourse tahu hubungan aku dengan dia, kami pernah mintak izin untuk kawin di fasa awal perkenalan tapi dihalang oleh kedua ibu bapa aku sebab dikatakan aku masih muda ketika itu,
Iyalah untuk seorang remaja berusia belasan tahun dan masih menuntut ilmu itu masih dikelasifikasikan sebagai terlalu muda dan mentah untuk berumah tangga dan apatah lagi segala keperluan masih ditanggung penuh oleh ibu bapa.
Tapi aku tetap lawan arahan ibu dan ayah semata nak sehidup semati dengan Zarif.
Zarif seorang yang panas baran. Narsistic dan egois. Suka maki hamun dan sedikit selfish. Aku tak tahu kenapa aku sangat cinta mati dekat dia dari dulu. Mungkin kerana dia setia?
Iya selama bertahun lama kami bercinta hidup kami tak pernah bergaduh tentang orang ketiga.
Betul orang baran dan narsictic ni sangat setia, disebabkan itu serba serbi tentang kau perlu perfact, kalau tidak dia akan mengamuk marah maki hamun macam kau tiada maruah. Tapi memang dari awal aku tiada maruah kan? Haha.. lucu pulak rasa buat statement ni.
Oh ya sebabkan betapa Red Flag nya Zarif ni, aku tiada kawan yang akan kekal dalam hidup aku. Dalam life aku cuma perlu ada dia dan keluarga aku.
Tapi ketika itu aku bodoh, yang teramat bodoh, kerana terlalu ingin hidup dengan dia, nak sangat kawin dengan dia, nak sangat kahwin mungkin sebab nak keluar dari keluarga toxic aku.
Kenapa keluarga aku toxic? Susah nak cerita tapi apa yang aku boleh ringkaskan, ayah aku diistihar muflis dan tidak bekerja makan tahun hanya duduk rumah seolah ‘biawak hidup’
Dan mak aku yang bekerja dan mengurus rumah jadi dia seolah queen alizahberd yang berkuasa didalam rumah. Hehe, umpama saja tau, jangan ambil serius.
Jadi bergitu lah. Kalau mak kata tak maknanya memang jawapannya tetap tak walaupun berpuluh tahun takkan mengubah jawapan tersebut.
Berbalik pada kenapa aku cinta mati sangat pada Zarif ni, aku sendiri pon kalau diberi peluang untuk patah balik masa aku nak sangat tanya diri aku yang dulu kenapa aku masih nakkan lelaki red flag macam tu.
Walaupun pernah dipukul, sepak, terajang, ditampar, dimaki hamun, aku masih teguh bertahan dan mempertahankan dia hingga sanggup mengandungkan anak dia (tapi digugurkan oleh mak aku sendiri) macam aku cakap mak aku berkuasa dalam rumah tu.
Kalau dia kata tak buatlah macam mana sekalipun jawapannya tetap tak. Mungkin mentality aku ketika itu, tiada orang nak gadis ‘tiada dara’ seperti aku. Sebab tu aku jadi bodoh. Kami tak pernah berjauhan dan selama bertahun hubungan itu, kami pernah tinggal sebumbung.
Hingga pada ketika aku tamat pengajian, aku mendapat tawaran bekerja disebuah resort terkemuka di Malaysia ni. Sebut sahaja nama resort ni mesti setiap orang tau dan sangat terkenal dengan tempat perjudian terbesar di Malaysia.
Itulah kali pertama aku dan Zarif LDR dan itulah kali pertama aku hidup dan jalani kehidupan seharian aku tanpa bayang bayang Zarif.
Dari situ hari makin hari aku makin sedar dari kebodohan aku selama ni bertahan dengan lelaki bendera merah tu. dan aku minta untuk putuskan hubungan dengan dia.
Awalnya tentulah dia tak boleh terima, mungkin dia ingatkan sekadar gurauan dari gadis yang baru nak kenal dunia. Dia memang tak boleh terima. Katanya dia cukup jaga aku baik selama ni.
Walaupun aku pernah duduk sebumbung dengan dia, tapi aku tak pernah merokok, minum atau jejak kaki ke kelab kelab, pakaian aku masih sopan dan bertutup hingga sekarang.
Aku akui dia memang jaga aku dari perkara-perkara yang rosak kecuali yang satu itu sahaja. Tak jauh beza layanan dia kepada aku sebagai seorang isteri, sangat menjaga maruah dari segi pakaian dan perbuatan tapi untuk atas katil aku perlu layan dia seperti pelacur dapat VVIP.
Walaupun dia tak boleh terima, aku tetap nekad nak putuskan hubungan selepas selesanya hidup sendiri.
Sebulan lebih dia merayu untuk aku ubah fikiran tapi aku endahkan. Pada masa yang sama sebenarnya aku kenal dengan Farhan yang merupakan supervisor yang ditugaskan untuk bekerja sebagai partner aku disetiap shift.
Dari awal aku mula bekerja aku dah tau status Farhan ialah suami orang. Iya aku sudah tentu aku tau dah kerja sekali. Tambahan pula isterinya kerap datang ketika kami bekerja berdua. Jadi isterinya juga aku kenal.
Dalam sebulan Zarif pujuk aku tu, kehidupan aku memang 200% hanya fokus untuk pergi dan balik kerja dan kadang-kadang kerja lebih masa hinga 14 ke 16 jam.
Biasalah dunia perhotelan ni sampai masa cuti sekolah atau hari cuti umum tentu sibuk dengan pelancong.
Kadang kami sebagai pekerja masa untuk tidur cuma ada beberapa jam sahaja. Sudah tentu kehidupan seharian aku banyak habis masa berdua dengan Farhan. Dari hari ke hari kami mulai rapat. Maklumlah lebih seharian tengok muka masing masing.
Macam mana boleh timbul perasaan antara aku dengan Farhan sedikit lucu dan tak masuk akal sebenarnya. Masa tu aku terlalu nak melarikan diri dari lelaki bendera merah dan terlalu dahagakan perhatian lelaki bendera hijau. HAHAHAHA. Rasa lucu bila melayukan istilah ni.
Ya Farhan sangat Green flag dengan aku. Iyalah diakan suami orang mestilah isteri dia dah bentuk dia awal untuk jadi sesempurna itu. Selama kami kerja hanya berdua, sedikit tak pernah ambil kesempatan keatas aku walaupun peluang dia ada ketika itu sangat banyak.
Pernah kerana terlalu sibuk aku pernah tergelincir dan hampir jatuh dia sambut tapi masih berlapik tangannya dengan kulit aku. Kadang kerja dikawasan yang sejuk dan sempit seperti peti sejuk dia macam patung tiada perasaan.
Bermulanya kisah aku dengan Farhan, sebab ketika tu dia sendiri tanya aku dengan niat mewakilkan diri dari kawan dia yang berkenan dengan aku. “Farhan nak tanya sikit, harap manja tak kecil hati, Manja okey ke kalau kawan Farhan nak berkenalan lebih dengan Manja?”.
Aku pula gunakan peluang ini untuk confess yang aku dah lama jatuh hati dekat Farhan.. “kenapa kawan, kenapa bukan Farhan sendiri?” dia ketawa ingat aku mungkin bergurau. “Farhan kalau boleh memang nak, tapikan Farhan dah kawin. Manja pon tahu tu kan?”.
Aku diam dan dengan pandangan serius “ jadi apa masalah? Lelaki boleh kawin 4 kan”. Perbualan tu habis disitu. Farhan masih sangka aku bergurau.
Seminggu kemudian kami bekerja berdua sangat kekok serba tak kena, tiada komunikasi langsung. Sampai satu hari dia mungkin tak selesa kami berdua tidak bertegur sapa, dia pon panggil aku ke tempat sembunyi dan sempit (yang hanya muat untuk 2 orang) dan dia bertanya tepat ke mata aku.
“Manja, saya tak selesa kita bekerja macamni, saya nak Manja yang masuk air, yang pandai riuhkan suasana walaupun sibuk,saya ada buat salah ke sampai Manja taknak bertegur dengan Farhan. Cuba bagi tahu.
Dekat sini cuma ada kita berdua ja. Ke Manja terasa dengan saya? Jangan cakap dekat saya yang apa yang Manja bagi tahu tempoh hari tu serius?” .
Ruang tu cukup sempit hingga badan kami berdua berjarak tak lebih sejengkal tangan.
Sebagai penyondol yang masih berusaha kuat untuk makan haruan yang masih belum nampak umpan di pancing, of course aku ambik tindakan drastik dengan menc**m bibir dia sedikit dan berlalu pergi macam tu je. Dengan harapan dia faham maksud aku.
Lepas kejadian tu dia pula yang diam. Dia ajak aku jumpa lepas habis shift untuk berbincang sedikit mungkin nak nak tegur apa yang aku buat tadi mungkin. Aku ikutkan je.
Dari tempat kerja nak ke restoran tu kami gerak sekali dan sepanjang jalan tu dia hanya diam. Hingga dah duduk dan pesan air minum, dia mulakan bicara.
“Farhan nak cerita buruk saya, saya harap awak sudi dengar dan kalau awak boleh terima baru kita buat keputusan.” sangat sangat matang tutur katanya. Aku cair dan jatuh cinta lagi haha.
Aku rasa macam terlalu panjang cerita ni. Kita jumpa di part kedua la..
– Manja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Amboii bukan main menggeletis awak ni ye
cerita macam ni tak payah la publish
admin release la cerita yang bermoral sikit