Bekas Tomboy dan LGBT Hampir Murtad

Hi Assalamualaikum ahli ahli kubur haha sorry memang fakta pun. Harini umur aku 21 alhamdulilah segala puji bagi Allah segala kesempurnaan

So here is my real story yang aku dah simpan selama 8 tahun. Amaran cerita ni keras(cewah) tak de lah melawak je .(untuk anak2 bawah 18,sila pantau sebelum mereka baca kisah ni)

Aku ni memang dari kecik boyish, memang tak reti duduk diam sana sini. Aku memang lasak,kalau mainan pun aku request nak pistol air, nak mainan backhoe.barbie gegirl masak masak ni mmg aku tak layan la hahaha abang aku boleh kluar merata tapi bila aku tak boleh tuu aku serius jeles dlu(dah besar ni faham la kenapa)Aku nak orang tengok aku la yang paling kuat.ni effek tengok citer anime cartoon bnyk la ni. superhero merapu haha. Tak lama lepas tu aku masuk SK, lps tu SM dan kisah bermula start aku di sekolah menengah. Aku jeles bila org sebaya aku tak pakai tudung dan aku x boleh buat macam tu,ye,aku dibesarkan dgn nenek yang kuat agama tapi menghukum menyebabkan aku tak suka islam. benci islam. Dialog lebih kurg mcm ni ” Tak solat masuk neraka” benda betul dah tapi cara penyampaian salah terhadap anak2 kecil. Masuk form 2 aku jadi lagi agresif dan agak pasif sbb asyik rasa dikongkong dri tadika umur 4 tahun kena pakai tudung dah

Abang2 kakak2,ibu2 ayah2 di luar sana, pantau anak2/adik2 ye. Jejak je dia ke alam menengah merupakan mainan psychology dan emosi yang sangat luar biasa. dia sangat memerlukan sokongan kita apatah lagi yang sangat pendiam tu. Aku sangat lah intovert. tunjuk hebat tak perlu kawan(cehhhh puih).Tiba waktu PAFA saja buka tudung, tiba2 kawan(dah lama tak jumpa beliau. beliau orang yang baik alhamdulilah) aku kata aku hensem haha ngehhhh . aku speechless je la. waktu ni aku terjebak dgn media sosial.aku mainkan orang. aku bodohkan orang sbb tu je tempat aku nak buat durjana,tempat luah perasaan.Seriously aku ada kawan yang baik alhamdulilah tapi bukan sahabat yang baik. Ada waktu senang je,susah hilang mungkin sebab perangai aku kot haha . Disebabkan aku tak boleh kluar rumah,aku menjelmakan diri aku yang “real” dalam alam maya. Tak dinafikan aku mmg hensem waktu tu. kemain ramai pompuan mintak nombor nak couple.Kemain ye.yang melayu pun ramai,yang omputih pun ramai. tapi aku terdetik dgn sorang girl setahun tua mata biru rambut blonde ni, aku mainkan dia. Dia mintak couple tapi aku tolak( sebabnya aku tak pernah couple dgn sejenis dan bila tolak rasa sebersalah. waktu ni aku mmg jahil gila bab agama) tapi aku hormat dia. aku cakap aku nak jadi kawan dia sebab dia sayang aku,so aku pun kena sayang dia. sayang di sini bukan maksud hantar gmbar merapu2 eh positif la ketuk pale kang.

And after months ,then aku kenal seorang kawan Netherlands.Dia gila2 macam aku. She was christian and grew up with bible stories everyday.lepas tu aku jatuh hati dgn dia( eww ok that was the first time. tak dinafikan girl mmg cantik) kalau perempuan tengok perempuan pun dah cantik apatah lagi laki. tak payah tipu la beb tibai kang. lepas tu aku teringat perempuan blonde tu. dua dua orang mesej aku waktu yg sama,aku jadi sebersalah gila. at the end i chose that Dutch girl sbb dia agak matang.Di sebabkan terlalu sayang dengan dia, aku jadi macam aku nak buktikan aku boleh jadi ‘lelaki’ yang baik dan sangat penyayang. Aku memang boyish sampai di tahap aku rasa aku bukan tomboy dah,aku ni ‘lelaki tulen’.ye maksudnya sampai di tahap aku nak transgender. Aku nak beli pil hormon,aku nak ada muscle bagai sbb kawan kawan alam maya aku majority pansexual.Aku nak orang panggil aku he/him. Aku dah x de jiwa dkt dunia,Jiwa aku dkt Alam Maya.

ok the reason why aku boleh terjebak smpai macamtu sebab aku dimanipulasi pemikiran dengan orang barat. Terlampau terikut-ikut sampaikan dah tak nampak halal haram. Aku sangat fanatik dengan orang barat. Kononnya All love is same,Love don’t choose gender. Love is love. Dah basi aku dengar.Disebabkan terikut dengan perkataan “humanity”, aku jebakkan diri aku dgn lgbt community.Me and that blonde girl? still friend but we don’t talk much anymore sebab kononnya setia ceh puihhh. Me and that dutch girl? we were couple tapi aku of course kurang senang bila dia panggil aku gf dia sbb aku nampak aku ni bf. She was my everything until i saw all flaws of her. Lama lama aku jadi menyampah dengan dia sbb ikut aku sana sini. Message aku setiap waktu, malas aku nak balas.And then baru aku sedar couple ni bukan sweet mana pun. Manusia hanya lihat rupa dari hati walaupun aku je yang buat mcmtu sbb dia sayang gila dekat aku . Cantik dia,buruk dia bagi aku.Tapi macamana pun keadaan aku masih sayang dia sbb dia ada dengan aku waktu orang lain tak de.

And in the end,we broke up due to my severe depression.Aku yang mintak putus sbb aku tak tahan dengan highly dysphoria.kan tadi aku tulis aku pre-trans.Hidup aku 360 darjah terbalik. Apa aku buat serba tak kena. Aku jadi murung,panas baran, nak marah dengan adik beradik. balik skolah hempas pintu kuat2, marah dengan mak ayah. Aku pernah nak lari rumah sbb aku rasa mak ayah buang aku. Aku rasa mereka tak pernah nak faham aku. Mereka sibuk dgn kerja. balik rumah pkul 3, lps tu busy pulak dengan perniagaan( aku tak faham sbb aku tak berupaya lagi.waktu ni mmg anak2 nak kasih mak ayah).Dlu serba kekurangan tapi disebabkan perniagaan Alhamdulilah hidup kami skluarga makin baik . tapi aku dahagakan kasih mak ayah dan mereka tak berupaya nak faham aku. aku takut aku kena marah bila cerita so aku simpan. Pernah aku menangis sbb hubungan mak dengan aku tak macam dulu (aku x berupaya lagi faham) busy sana sini.lagipun mak aku kuat marah hahaha fakta eh.

Aku jadi rimas dengar ayat al quran.aku tak solat. tiap2 kali tidur aku terkejut dalam mimpi. Aku mimpi ngeri,mimpi hantu. Bangun tido lebam 4/5/6 dkt badan. Aku pelik tapi aku diam je.Rutin harian aku duduk dalam bilik tak kluar sampai lewat malam. Tu pun untuk makan je. Tidur 16 jam sehari, tu pun mengantuk lagi. Cerita dkt sekolah pulak? Tertidur tanpa sedar. Tulis nota tiba-tiba tertidur. Benci pergi sekolah.Baju sekali seminggu baru basuh. murung 24/7,negatif. Cerita aku tertidur dalam kelas pulak tersebar antara guru2 sbb aku tak pernah buat hal. oh ye budak2 lain of course benci aku hahahah sbb aku ni suka berlagak sikit(effek anime la ni nak tunjuk hebat puiii last2 result ceroi gak* tampar pale)Tiba tiba guru kaunseling cina jumpa dengan aku. aku pelik mana dia tau so aku tanya dia. dia kata Pengetua suruh dia jumpa aku.” She said you(Aku lah tuu) needed help so i came”. Dan first of our meeting session aku menangis tanpa sebab bila dia tanya and the session continued. First time aku rasa ada orang sayang aku macam anak sendiri, caring dengan aku. Dan keadaan aku improved day by day,aku memang sayang sangat dengan beliau. Dia pernah kata ” saya tak kisah kalau anak saya nak bela apa apa,saya akan bagi dia bela arnab ke apa ke. itu akan pupuk kasih sayang anak anak sebenarnya. Jangan main game macam Pou ke apa( aku tak ingat part game ni, samar2)”.Dah 4/5 tahun dan masih segar dalam ingatan aku.

Di antara waktu ni aku pergi melawat Mekah masa form 5. Of course la aku takut gila. aku mana pernah solat tup tap pergi mekah,terbakor kang. Aku tolak mati mati tapi mak aku paksa ikut sebab nak spm kan, aku pun ikut. uihhh aku kemain solat taubat berjam jam hahaha . esoknya bertolak aku depart dkt Oman sekejap. Angin sejuk dan diceritakan dekat Oman ada 1 masjid syiah . bnyk lagi nak cerita tapi aku skip je lah. Then sampai dengat Madinah Al Munnawarah a.k.a Yastrib. Wallahi memang sejuk dan masa aku masuk masjid Nabi ya Allah mak anak ayah bapak WANGGIIIIII. Duduk sana beberapa hari sblum ke mekah. Masa nak bertolak ke Mekah aku menangis first time for such a long time( aku memang jenis x reti menangis sbb dari kecik aku didik diri kalau menangis tak selesaikan apa apa). Sampai dekat Masjidil Haram(ni aku skip cerita) lepas tawaf aku duduk dkt luar kawasan tawaf. aku minta doa ” ya ALLAH aku nak tinggi ya ALLAH aku nak tinggi”. Ye aku memang gile. patut mintak spm baguih tapi mintak tinggi. sapa nak smackdown aku silakan. Dan aku balik Malaysia. Waktu ni kuliah berjalan seperti biasa walaupun aku banyak tertinggal. Lepas balik mekah pun ibadah aku tak mcmtu,iman aku tak kembali. Boleh jadi x de kesan apa lah. aku tau mak aku kecewa dan aku pun tau betapa serabutnya kepala dia nak fikir anak macam aku ni. Macam jantan dan of course hensem kah kah (ok dah dah..)

Tapi i were very insecure about my life even everything kinda improved lepas aku terasa kasihnya cikgu kaunseling tu. Impak paling besar bila aku takut nak bercakap, nak pegang tangan kawan aku sendiri hatta siapa pun dan paling aku takut bila nak pandang mata sesiapa pun. Sebab? aku kena cyberbully yang teruk disebabkan kehensemanku kah kah x de lah tapi aku serba fame(bukan nak menunjuk tapi hakikatnya benar sekali). Ni berlaku masa waktu aku dgn dutch girl tu. oh aku dah delete socmed semua langsung x de track pun.Aku menghilang tiba tiba tanpa good bye pun sebab aku dah terlampau tak boleh tahan dengan betapa jahat dan jahilnya dunia ni so aku lari.

Ye, Aku MANGSA depression dan Suicidal attempted.

Aku pernah toreh tangan. pernah nak terjun bagunan, bunuh diri dengan pisau tapi aku tak berjaya. kesan toreh dah hilang tapi hati aku lebam2 dengan dunia. Ohhhh can’t you see ( lagu apa aku tak teauuuu). JUJURNYA aku memang tak nampak masa depan aku. Semua gelap. Aku terus trauma dan ada trusting issues. Ni yang aku kata tidur 16 jam tadi, semua ni berkaitan dalam tempoh aku 16 tahun hingga 17 tahun) so maaf aku tak ingat mana yg berlaku dulu.Aku dah trauma nak percaya siapa siapa dan aku anggap aku memang tak de kawan. Aku berdiri atas kaki sendiri, Memang dalam kepala aku cuma merangkak je,nak berjalan tu pun dalam fikiran aku memang amik masa yang sangat apatah lagi nak berlari. Aku tak de siapa. Disini lah paling teruk iman aku diuji. Mungkin selemah lemah iman aku senipis kulit bawang ke aku tak tahu. Di sinilah persoalan aku keluar…

Mana ALLAH? Mana Tuhan? Kenapa bagi aku merana? Tuhan apa buat macam ni?
Siapa ALLAH? Kalau macamni aku tak yah anuti apa apa agama pun tak pe (Nauzubillahminzalik)
Lebih baik aku mati je. Hilang sengsara aku .. baik aku ikut christian je dan macam macam lagi
…ye Ayat ni keluar dari hati aku sendiri macam macam persoalan timbul dan aku tak ingat kebanyakkan nya. Aku putus asa dunia. Akhirat gelap terus bagi aku. Aku tak terfikir pun sebab? AKU ISLAM LIBERAL yang dipukau oleh BARAT. Di doktrin BARAT.

And everything passed by, aku jumpa kaunselor tu dan aku suka dia usap kepala aku. Sebab mak ayah aku dah lama tak buat macamtu dekat aku. Aku terasa aku budak baik walaupun aku jahat. Aku mengantuk jugak dalam kelas. kadang kadang tertidur tanpa sedar,seriously aku tak boleh tahan.(memang aku tak tahu punca mengantuk sampai tahap macam tu) Sampai la SPM menjelma. Effect trauma dengan manusia tu masih ada, of course la aku benci manusia. and Alhamdulilah aku dapat 5A walaupun tak seberapa. Aku kecewa tapi aku tak kecewa. hahaa faham tak? tak faham lantak pi la.Lepas tu aku dapat tawaran sambung belajar dkt IPTA. Dan kisah hijrah aku bermula dari umur 18.

Masuk alam U adalah perkara yang aku tak sangka seronoknya tu. Aku jumpa aura positif dan iman. dan masa orientasi tu ada, aku tertarik dengan kakak bertudung labuh ni. and so on ( mungkin kisah ni dah boring untuk korang tapi aku citer jugak la ehhh ) Aku masuk usrah. asalnya niat sebab aku tertarik dengan akak tu je tapi lama kelamaan aku terasa apa yang aku tak pernah rasa iaitu PERSAHABATAN kerana ALLAH azawajala. Aku jahil bab agama tapi aku tak tahu kenapa aku tertarik sangat dengan akak tu. Aku jadi sayang,jadi berkobar kobar nak faham lagi, nak terus belajar dan belajar. Alhamdulilah lama kelamaan sahabat sahabat syurga Allah makin ramai disisi aku. Aku start bertudung labuh tak lama lepas sebati dengan usrah. Jujur aku kecewa kawan kawan lama blah dari hidup aku. Ada yang distance untuk jangka masa lama mungkin sebab tiba tiba kot aku berubah.tanpa ada cerita dan huraian tapi tak perlu pun mereka tahu. Tak lama lepas tu aku diangkat jadi naqibah

Wallahi aku malu menjadi naqibah… telinga penuh dengan 5 tindik. orang kata bekas tapi bekas itulah tandanya jahilnya kita. Hidup aku tunggang terbalik tak lama dulu. Lepas aku pakai tudung labuh pun masih ramai yang jauhi aku tapi ALLAH hadirkan orang baik baik dalam hidup aku. Allahu ya Rabb pengasih nya Engkau terhadap aku yang Hina ni wahai Allah. Aku tak kisah berapa angka pun yang hadir dalam hidup aku sekarang. Biar kawan ramai sahabat baik ramai tapi yang benar dalam kelompok sikit.Rahsia jangan di pecah pecah. Aku jadi sayang dan cintakan agama ni bukan sebab siapa siapa dah, tapi sebab Allah hadir dalam hati aku.Semuanya yang buruk buruk pasal aku ,aku tinggal. kuncilah dia dan campak la di dasar laut( eh ni quotes je eh jangan buat betul betul plak).Tak salah ziarah masa silam tapi jangan tinggal dalam tu.

Harini umur 21 , wallahi aku rasa ketenangan yang aku pun tak tahu nak cerit macamana.Bahagianya aku bercinta dengan Allah.ALLAH hadirkan junior yang baik2 ,sahabat perjuangan yang baik baik untuk aku.Aku kuat sebab orang disekeliling aku kuat. biah soleh/solehah kuat, Aktiviti mereka tanpa jemu buat aku ingat pada ALLAH dan ALLAH hadirkan seorang adik junior yang sangat aku kasih sebelum aku habis belajar. Wahai A*****, doa dan al fatihah untuk ***** tak pernah akak miss baca. Jaga diri dan jadi anak solehah yang baik :)

Itulah detik aku membuak buak untuk belajar agama dan selamat ummah dari jarum halus barat. Aku tunggu grad je sekarang. dan akan ulang balik Dip Pengajian Islam. mungkin orang kata rugi tapi bagi aku tak pernah rugi. Ilmu Allah tak pernah rugi sebab ilmu tu luas. Ulamak pun ulang belajar beberapa kali.
Alhamdulilah sekarang aku aktif berdakwah adik2 junior, sirah tak pernah lepas di hati. Carilah ilmu sebanyak mungkin. Kenali lah tasawwuf,usuluddin. Ingat tak aku pernah doa dulu dekat mekah? pasal tinggi tu. Aku ingatkan Allah nak bagi aku tinggi, rupanya tinggi darjat ni yang Dia bagi pada aku YA ALLAH Mulia nya Engkau T-T . Aku tulis ni pun nak keluar air mata tapi aku tak reti menangis. bukan sebab aku tak nak tapi aku dah terlampau sakit dan lali waktu aku jatuh tersungkur dulu. Bukan aku tak reti tunjuk emosi marah semua tu, tapi aku dah jumpa bertapa berharganya senyuman dan ketawa.

Kalau Allah tak selamat aku waktu aku persoalkan kewujudan Allah, pasti aku dah tak dah mati bunuh diri. Tak sempat nak lalui SPM pun.Tapi Satu persatu Allah makbulkan doa aku. Aku nampak bertapa berharganya hidup mengejar akhirat ni. Wallahi sesungguhnya aku ni hamba yang Hina . tak de apa pun dan segalanya akan kembali ke tanah. Segala kebaikan yang kita buat bukan dari kita, tapi sebab kebaikkan ALLAH pada kita. Aku lah yang dulu nya ahli lgbt,kini aku strongly disagree pasal LGBT.

Siapa kata lahir je minat sejenis? Statement tu keluar dari orang yang gay sendiri.(kuliah dr. zakir naik)
Siapa kata sexual orientation tak boleh berubah? rosak akal dia. Buktinya? Aku dah cukup
Semua yang berlaku ni sebab 1 je. Nafsu dengan DUNIA dan MATERIALISM iaitu penyakit wahan.
Dan jangan hina orang yang kamu tengok teruk harini. Boleh jadi dia lebih baik dari kita. Aku tak maksud aku tapi tengok orang yang kamu hina tu,itulah kamu yang dulunya yang jahil.

Setiap orang ada ujian dia. Jangan rasa ujian kita paling teruk sebab ada orang lain yang diuji lebih teruk.
Mak ayah aku pula? Mereka gembira dengan perubahan aku. Wallahi aku nak bahagiakan mereka,hari hari aku tak miss baca quran untuk mereka. Biar aku penat dengan ibadah ku,asal semua pahala ni dapat pada mereka.Biar aku penat menelaah ilmu, asal masyarakat tak buta didoktrin barat. Tolak lah liberal,tolak lah pluralisme. Ingatlah bahagia hanya ada 1 jalan iaitu Mentaati Allah dalam segala perintah.

Note: Nak masuk syurga bukan dengan jadi ahli abid semata, Ibadah hang tu tak dapat tampung berat nilai hati/tangan yang Allah bagi walaupun hang ibadah 500 tahun pun( ni ada sirah dia ya ,bukan aku main cerita je). Nak masuk syurga dengan redha dan ihsan Allah.

Mungkin cerita ni sedih tapi aku dapat ibrah yang sangat besar dari jalan cerita aku. Allah uji aku teruk teruk dengan manusia supaya harini aku lali dengan cacian manusia. Supaya aku dapat berdakwah tanpa hiraukan sikit pun apa mereka kata. Pejuang Allah ni,Allah sendiri yang latih mereka. Inilah tarbiah.
Orang yang paling hebat ialah orang yang paling hebat dugaan dia. Tengok la ulamak kita, tatap muka mereka adalah sunnah.

Aku sayang ummah ni kerana Allah. Aku mati tak pe, asal akidah kau semua terpelihara. Start lah baca quran,buat amal jariah,galas tanggungjawab sebagai individu muslim untuk hasilkan empayar islam dan ustaziatul alam. Tak sedar ke ulamak ulamak makin ramai dah tak de? kalau bukan kita,siapa lagi nak teruskan legasi ni? Main game tak bantu apa pun.

Moral of the story ceh…
– Jangan paksa anak kecil tapi ajak dia. 2 benda yang berbeza. Cakap yang baik baik dkt dia sbb anak anak ni anak syurga. Jangan marah sampai dia masuk umur 10 tahun tapi aku tau lain orang lain cara tapi sebaik baik cara ikutlah Nabi s.a.w

-Mimpi kotor ,terkejut dalam mimpi ,emosi tak stabil, badan lebam lebam adalah tanda didampingi syaitan. Boleh kena histeria kalau tak dibendung awal. Cara bendung: cintai Al quran dan amal ibadat.Histeria jadi sebab stress dan depressed. Terlalu mencintai seseorang boleh lead to severe depression

-Jangan bunuh diri walaupun beratnya ujian kau. Setiap kesulitan pasti ada kemudahan( ni janji Allah)Kalau bunuh diri, scene tu akan berlaku sampai la lepas kiamat selamanya2. kalau dia terjun bagunan yang tu yang akan berlaku lepas mati . Terjun hancur jadi balik yang diulang ulang.

-Islam terima semua. bodoh ke bengap ke ex lgbt ke ex dosa besar ke. tak dikecualikan . Asalkan kita sedar siapa diri kita. Jangan ingat kita takkan mati.

-Jadi muslim bukan bermaksud kita buang segala diri kita. Tak, tapi jadi sendiri yang Allah redha. Saidina Abu bakar lembut orangnya. Saidina Umar,tegas orangnya dan macam2.Aku memang lahir kasar, tapi itu bukan sebab aku untuk terus rosakkan diri dengan kejahilan dan tinggalkan islam.

-Aku bercinta dengan manusia pun dah penat. Itulah yang first dan yang terakhir. Manusia takkan mampu sempurnakan hajat manusia melainkan bantuan Allah. kalau dengan bantuan Allah,lebih Baik BERCINTA dengan ALLAH

-LGBT bukan benda main main. Silap masuk je,belum tentu selamat. tapi pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka luas. Namun menjadikan keampunan Allah satu alasan untuk buat maksiat adalah 1 kebodohan yang besar serta zalim. Allah boleh ampun,tapi jangan ingat Allah akan lupa kan dosa kita ( kuliah ustaz syed putra haizam al shabab)

-Sudah sudah la tu dengan dunia. Hidup ni nak Allah gembira dengan kita(kuliah ustaz ebit- liew). Kita bukan hidup nak puaskan hati manusia tapi hati Allah sendiri. Berapa ramai orang tak kenal islam mati sepanjang hidup kita tapi kita dok bergaduh pasal cinta palsu yang belum tentunya jodoh kita.

-Belajar ucapkan sayang . Bukan pada bukan mahram ya tembak satgi. Ucapan sayang ni boleh gembirakan hati seseorang lilahitaala.

Alhamdulilah….Semoga ini memberi ibrah kepada semua. Biarpun aku pendosa, tapi aku taknak orang lain ikut jejak jahil aku.

Assalamualaikum. sirru ala barakatillah…

– Hamba Allah yang Hina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *