Bekas Tunang Buat Keputusan Tanpa Bincang

Aku kenal bekas tunang aku di sosmed. Bila decide nak jumpa, kita berdua ok nak jumpa. Dia tua setahun dari aku.

Aku minta dia datang rumah. Memang aku cakap aku tak nak lama-lama dalam perhubungan sebab umur kami pun dah banyak sangat.

Terasa buang masa nak main-main.

Bekas tunang aku boleh dikatakan hensem juga, muka ada iras artis hensem dekat Malaysia ni. Rasa hati berbunga-bunga bila ada tunang hensem hahaha.

Aku minta dia datang rumah, dia datang rumah untuk kenal hati budi, nak kenal orangnya macam mana. Nampak baik orangnya dan tulus ikhlas.

Lepas dia datang rumah kenal semua then lepas tu dia tanya apa langkah seterusnya? Dia terus ajak bertunang dan aku ok dan setuju sebab tak nak lama-lama.

Aku ada katakan yang aku nakkan bakal suami yang akan stay di negeri yang sama dan tak akan keluar lepas nikah, dia setuju dan aku setuju. Ketika itu kami kerja di negeri yang sama. Kiranya macam sekufulah ni.

Dipendekkan cerita dan majlis bertunang pun dilangsungkan.

Pada awalnya nampak smooth tetapi lama-lama nampak macam ada yang tak kena. Dia pernah call aku dan cakap dia nak kerja di KL.

Aku cakap jomlah kita bincang hal ni face to face. Datang rumah. Ini hal masa depan kita bersama. Macam mana dia nak keja di KL sedang aku keja di negeri lain.

Kalau nak duduk di KL, macam mana tempat kediaman, urusan-urusan disana. Kita bincanglah sama-sama. Kan kita nak hidup bersama nanti. Jom bincang.

Aku minta dia datang rumah aku, dia kata sibuk. Hujung minggu minta datang rumah, dia kata sibuk.

Aku cakap aku nak datang rumah dia dengan abang aku, saja nak ziarah dia, dia kata sibuk. Takkan tak ada cuti langsung?. pelik sangat.

Aku saja call dia tanya kabar. Rupanya dia dah kerja di KL tanpa berbincang dengan aku. Kerja apa, kerja dekat mana aku sebagai tunang tak tahu.

Kenapa buat keputusan tanpa berbincang dengan aku? Aku bukan tak boleh bawak berbincang. Just be gentlemen lah. Takut ke nak bincang dengan aku. Bersikap matanglah. Masing2 dah tua pun.

Aku tak boleh terima dia buat keputusan tanpa berbincang dengan aku. Aku terus beri kata dua.

Nampaknya kita tak sehaluan. Kau ke barat aku ke timur. Payah macam ni. Belum apa-apa, belum nikah kau dah buat kepala sendiri tanpa berbincang. Kalau dah nikah entah macam mana?

Sebelum tu ada juga benda-benda yang dibuat aku tidak berkenan. Tetapi aku tak nak ambil berat sangat hal itu. Aku anggap ia sebagai ujian pertunangan.

Pada masa yang sama aku sentiasa buat solat istikharah.

Selalu aku doa, “Ya Allah, jika (sebut nama penuh dia) terbaik untuk aku, untuk agamaku, untuk dunia dan akhiratku, untuk bakal anak2ku maka mudahkanlah, jika tidak maka Kau tunjukkanlah”

Aku selalu bacakan al fatihah selepas solat atas nama dia. Semoga pilihan yang aku buat bukan sebab nafsu (hensem), sayang terlebih dan lain-lain.

Memang sepanjang pertunangan, ada saja yang tidak sedap dihatiku. Seolah-olah macam susah jalan kami ini, macam tak mudah.

Tapi aku hanya anggap ia sebagai mehnah dunia pertunangan. Sampai satu titik, wahh inilah petunjuknya. Allah memang tunjukkan dia bukan jodohku. Enough sampai sini.

Bila orang lelaki buat kepala sendiri, tidak berbincang, ego memanjang, dengan aku kau silap.

Nah amek balik cincin kau, aku tak hadap dengan kau, aku tak nak hidup dengan orang yang belum apa-apa lagi dah tunjuk kepala kau, nak buat kepala sendiri, nak marah-marah aku, belum jadi laki aku lagi kau dah buat perangai.. kau apa hal? TITIK!

Semoga jadi pengajaran.

Dari kisah aku ini, orang boleh judge aku macam-macam. Aku tak kisah korang nak cakap apa tetapi benda asas yang aku nak korang faham adalah, selagi belum ada ikatan perkahwinan yang sah, kita belum sah menjadi suami isteri.

Elakkan terlalu taksub dengan lelaki yang ego melangit, ikut kepala sendiri, tak boleh bawak berbincang, cemburu buta, over control dan lain-lain.

Once dah terlajak kahwin, nak patah balik susah. Makan hatilah korang berulamkan jantung hidup dengan lelaki macam ni.

Aku lihat banyak confession yang terlebih sayang lelaki. Belum jadi suami dah control orang perempuan, nak marah itu nak marah ini.

Yang perempuan apahal bodoh sangat boleh sabar eh?.. Tinggalkan aje lah. Belum kahwin dah tunjuk kepala batu, dah kahwin macam mana?.

Benda simple kita boleh fikirlah. Jangan sebab sayang, buta semuanya. Sayangi diri dahulu baru sayang orang lain. Tak perlu nak jadi lilin acah terbakar diri untuk orang yang tak hargai kau.

Perkahwinan bukan hidup sehari dua, kita nak hidup selamanya bersama. Kalau kita banyak memendam rasa, bahagia ke macam tu?. Awal-awal lagi dah tunjuk kepala, angkat kakilah.

Biar hidup sorang dari hidup dengan lelaki tak guna. Orang perempuan jangan jadi bodoh sangat sayang lelaki tak bertempat. Buang masa layan lelaki macam ini.

– Zarina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *