Bekerja Dengan Syarikat Hartanah

Assalamualaikum..

Nama aku Nur. Aku berusia 23 tahun dan graduan dalam marketing. Aku tamatkan degree aku pada usia 22 tahun. Sebelum aku memulakan career aku dalam hartanah, aku kerja dekat restoran dulu untuk ambil pengalaman dan isi masa terluang. Aku kerja dekat 3 bulan, lepas tu aku berhenti. Lepas aku berhenti tu bermulalah rutin harian aku jadi ‘job hunter’. Sampai ke KL aku pergi. Sebelum aku nak dapat kerja dekat restoran tu, 5 bulan jugaklah aku mengaggur dekat rumah. Aku kerja part-time katering je . Lepas 2 minggu jadi job hunter ni, Alhamdulillah aku dapat kerja dekat hometown aku di sebuah syarikat hartanah di pantai timur. Aku pergi temuduga untuk jawatan Marketing Executive tapi aku dapat call, offer jawatan Assistant Manager. Aku masa mula-mula excited sangat sebab aku tak expect pun sebanarnya dapat jawatan tu sebab jawatan tu aku dapat memang kelang kabut sikit. Hari ni aku mohon, esok aku pergi temuduga dan keesokan harinya aku lapor diri. Sebagai seorang fresh graduate masa tu, aku fikir mungkin mereka ni memang betul-betul perlukan orang.

Mula-mula aku masuk syarikat tu aku expect yang company ni betul-betul baru sebab pejabat dia tak ada kelengkapan pejabat pun. Satu file pun tak ada dan orang yang masuk sekali dengan aku tu pun baru start kerja jugak. Daripada manager sampailah kebawah. Hanya ada 2 orang sahaja perkerja lama mereka. Tapi mereka tak duduk cawangan tu. So, masa ini tugas team barulah untuk setup office baru ni. Tapi disebabkan team baru perlukan bantuan untuk kenal lebih lanjut tentang sistem dalam syarikat ni, salah seorang daripada pekerja lama datang untuk membantu. Aku bersyukur sangat sebab masa zaman universiti dulu aku memang terlibat aktif dalam kelab dan persatuan ni. Jadi daripada pengalaman aku tu, aku guna untuk buat devider file, surat, cara nak manage files, company profile, minit mesyuarat, statement account dll.

Sebulan aku kerja situ memang best sebab sibuk. Company ni aktif jugaklah join events. Aku jenis suka hidup sibuk. Tapi yang paling awkward bila kau dah seminggu masuk kerja, tapi boss bagi aku tugas untuk temuduga calon-calon untuk isi jawatan kosong dalam syarikat. Aku memang blur yang part ni sebab aku baru je ditemuduga seminggu lepas, lepas tu aku pulak yang temuduga orang. Masa aku temuduga orang aku tak ada lagi pemikiran apa benda yang aku nak expect daripada mereka. Lepas sebulan aku kerja, aku ditukarkan jawatan jadi Head of Human Resources. Masa ni bertambahlah kerja aku sebab kerja lama aku still kena buat cuma ada beberapa tugas yang ditukarkan kepada orang lain. Masa ini salah 1 kerja rutin aku ialah meneliti resuma calon termuduga. Boleh bayang tak, beratus kot aku teliti resume. Masa ni aku belajar banyak benda tentang resuma. Macam-macam jenis orang aku tengok cara mohon kerja. Tapi ni bukan point yang aku nak focus dekat sini. Masa aku pegang jawatan nilah ada 1 kejutan sikit. Sekali CEO buat mesyuarat, dia bentangkan pelanggan yang telah berdaftar nak buat rumah dengan kami. Rupanya dah ada dekat 43 orang dah pelanggan dia masa tu. Aku terkejut sebab mati-mati aku ingat pelanggan syarikat ni ada 7 orang je. Sebab team baru ada jugak buat sale. Perlu diingatkan disini syarikat ni bukan yang jenis buat rumah siap dan jual. Mereka buat rumah atas tanah sendiri dan dalam masa yang sama jadi broker tanah jugak. Kalau pelanggan tak ada tanah, mereka dah siap ada senarai tanah mereka.
File-file pelanggan lama ni dia serahkan kepada team baru untuk handle. Lepas diaserahkan file ni, team baru pun mula study kes-kes mereka. Yang bagusnya syarikat ni ialah pekerja yang mereka ambik selain aku semua yang ada pengalaman dalam hartanah. Siap syarikat ni ambil lawyer khas untuk urusan pinjaman bagi team baru. Setelah diselidik, tahu tak pelanggan lama mereka ni rupanya dah setahun lebih berurusan dengan syarikat ni. Memang ada diantara team baru ni yang kena maki free je daripada pelanggan lama. Walaupun dah setahun lebih, file mereka ni macam tak ada pergerankan sangat. Jadi team baru ni cuba tanya panel peguam sebelum ni tentang file-file lama. Ada yang pinjaman tanah yang dah lulus loan, tapi tak claim lagi.Ada yang pinjaman dah expired sebab tak ada follow up. Bila Tanya CEO syarikat ni, dia kata tak follow up sebab tak sempat sebab masa tu pekrja dia sikit je. Jadi team baru ni follow up lah. Ada yang perlu claim duit, mreka claim. Yang mana perlu masuk loan balik mereka masuk loan balik. Ada yang nak batal buat rumah dengan syarikat ni mereka pujuk balik. Dalam masa yang sama CEO push jugak untuk buat sale baru. Lepas tu ada lah pelanggan bayar duit plan direct kepada manager dan manager memang nak bayar teruslah kepada pelukis plan untuk proses plan tapi CEO tak bagi.Dia suruh masuk dalam akaun syarikat.Manager tak nak masukkan duit tu sebab sebelum ni ada pelanggan pernah bayar plan, tapi CEO mintak jugak duit tu dengan manager sebab tak cukup duit nak bayar gaji pekerja. Manager tak mahu jadi macam hari tu pelanggan bagi duit plan, duit dah habis tapi plan tak ada apa lagi yang bergerak. Masa ni ada pertelingkahan besar jugaklah sampai keluar surat semua untuk bagi arahan. Lepas tu manager ikutkan sahaja lah. Jadi manager Bagilah duit tu dan akauntan syarikat bank in dalam akaun syarikat.

Bila dah bank in duit tu, manager mintaklah balik untuk dia bayar plan. Sebab kita mestilah nak buat cepatkan kerja supaya pelanggan pun suka. Tapi dah hampir 2 minggu mintak tapi tak dapat lagi. Masa ni manager dah syak sesuatu. Lepas tu manager dapat tahu yang duit yang dia bagi tu dah habis dalam tempoh seminggu. Duit tu dekat RM10K++ kot. Adalah dia bayar tukang rumah RM3K tapi yang lain tu tak tahu pergi mana. Jadi disinilah bermulanya perang mulut antara team baru dan CEO. Lepas tu team baru nak proceed loan pelanggan lama tu, kami pun baru tahu kebanyakan pelanggan sangkut dekat plan rumah, pelanggan dah bayar. Tapi plan tak ada lagi. Ada jugak claim progress rumah dah dapat, tapi projek tak gerak lagi sebab duit dah habis. Lepas pada perang mulut tu, berlakulah kes berhenti kerja ramai-ramai. Tapi masa ni aku tak berhenti kerja lagi sebab aku fikir aku baru je kerja 3 bulan dan aku ada buat sale dan aku nak jaga pelanggan aku. Lepas pada tu aku dilantik jadi manager. Masa ni aku rasa awkward sebab orang lain kerja at least 3 tahun kot baru boleh jadi manager. Tapi aku 3 bulan dah jadi manager. Minggu pertama tu memang mencabar. Masa ni semua cari aku sebab duit. Agen mintak komisyen mereka, tunggakan bil pejabat yang banyak dengan pelanggan tanya bila plan nak siap, dengan ada pelanggan lama yang aku nak kena follow up, nak kena pantau site, nak kena buat documentation. Tugas yang dulunya digalas oleh 4 orang staf tiba-tiba jatuh dekat bahu aku. Kerja aku dah banyak dah, tambah pulak dengan kerja orang lain. Sekali aku mengamok macam manager dulu. Mintak duit nak jelaskan semua yang tertunggak ni tapi tak ada orang nak dengar. Lepas tu aku bagi notis berhenti kerja 3 bulan. Lepas pada peberhentian beramai-ramai hari tu company ni buat rule sendiri yang notis berhenti kerja wajib 3 bulan, kalau tak kena denda. Company ni emamng hidup dalam dunia sendiri. KWSP dan SOCSO pun dia tak carum dekat pekerja dia. Aku memang bagi je muka dekat company ni masa tu.

Lepas pada aku hantar notis berhenti kerja tu, CEO datang jumpa aku. Aku direct je apa yang aku rasa masa tu. Aku cakap dekat dia yang aku tak suka company ni guna duit projek, duit dah habis tapi projek tak gerak. Dia cakap dia tak buat macam tu. Aku memang saja tanya soalan yang aku dah tahu jawapan sebab aku nak tengok dia ni jujur tak dengan aku. Lepas pada aku dengar jawapan tu daripada mulut dia, di saat itulah dah tiada kepercayaan aku dengan dia. Aku push dia bayar duit tunggakkan yang aku sebut tadi. Dia bayar yang agen dan bil air. Lepas tu yang plan aku push tapi tak bayar jugak, aku pun call pelanggan bagi tahu status sebenar plan dia dan mintak dia call direct dengan CEO. Pelanggan tu dah ugut report polis baru bergerak plan rumah. Lepas pada aku hantar surat berhenti hari tu, aku memang berhenti buat sale. Aku arahkan anak buah cawangan aku juga untuk stop buat sale. Ramai jugak pelanggan datang pejabat sebab CEO ni ememang handal dalam marketing. Dia ni dulu belajar daripada DBI jugak. Kami di pejabat cawangan layan pelanggan tu macam kawan je. Maksudnya terang tentang procedure betul dalam buat rumah ni. Lepas tu kami tak follow up pun. Ada pelanggan yang memang excited nak buat rumah tu, bukan kami follow up mereka, tapi mereka follow up kami. Memang kami cadangkan jangan buat dengan syarikat ni tapi kami tak bagi tahu lah secara detail tentang masalah company ni. Nanti CEO tuduh kami pecah amanah pulak. Dah hampir 3 bulan notis berhenti kerja aku, cawangan aku tak buat 1 pun sale walaupun dah kena push dengan CEO banyak kali. Kamilah cawangan yang paling kuat bersuara.Aku cakap dekat dia yang aku boleh buat sale dengan syarat aku nak jaminan rumah ni siap. Ada jugak dia macam ugut jangan bocorkan maklumat syarikat kepada staf lain apa tah lagi orang luar. Tapi maaflah ye, kalau mula-mula aku masuk kerja dulu mungkin aku ikut. Tapi sekarang aku bukan lagi pekerja “Yes Boss”. Aku cerita je situasi sebenar dekat anak buah aku dekat cawangan aku jaga.

Sekarang aku dah berhenti kerja tempat tu dan sekarang aku kerja dengan syarikat lain dalam bidang hartanah jugak. Bila aku fikir, dalam tempoh 6 bulan tu, banyak sangat aku belajar. Kadang-kadang aku rasa bertuah sebab walaupun pahit, aku belajar banyak benda dan aku dikelilingi oleh orang yang berpengalam. Masa aku berhenti tu, 80% orang berpengalam dah berhenti sekali. Syarikat tu dah jadi tunggang langgang. Tapi masih aktif dalam mempromosikan produk mereka dan aktif iklankan jawatan kosong dalam syarikat mereka. Pekerja-perkrja yang masih tinggal pun dah tak buat sale. Hanya CEO yang aktif mempromosi produk mereka. Jadi hati-hati lah ya nak pilih Kontraktor buat rumah. Sekarang ni ramai yang ambil kesempatan dalam kesempitan. Company ni pejabat buruh dah tahu tentang kisah mereka. Aku nak tunggu pelanggan-pelanggan dia pulak report polis. Ada diantara pelanggan mereka dah tahu, tapi tak nak report polis sebab takut duit mereka burn macam tu je. Kepada CEO, kalau kau baca benda ni, tolonglah berubah. Dah berpuluh staf nasihat kau tapi kau selalu end up buat- buat macam kau mangsa keadaan.Kau memang hebat putar belit keadaan. Aku doa kau sempat bertaubat. Masa last day aku kerja hari tu meraka ada 51 pelanggan, 5 projek tengah pending, 3 yang tak gerak langsung lagi dan 1 projek siap ni semua berlaku dalam tmpoh 2 tahun. Nak siapkan 1 projek tu pun macam-macam langkah silat keluar. Company ni jadi macam ni sebab pengurusan fail. Company yang tu pun company yang ke-3 or ke-4 CEO tu tubuhkan. Company sebelum ni aku tak tahu apa cerita Tapi semua company dia berkaitan hartanah. Ok lah, ikutkan aku, aku nak cerita detail lagi tapi dah panjang sangat ni. Terima kasih sebab sudi baca, Assalamualaikum.

-Nur

– Bekerja dengan Syarikat Hartanah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit