Bekerja di Hari Raya

Dekat-dekat raya ni ramai orang plak yang nak share tips camna nak beraya ngan mak mertua, tips tolak ansur giliran beraya la, kuih raya dan lain-lain.

Tapi, lu orang jangan lupa pada yang x boleh beraya sebab bertugas, ni unsung hero. Biasa orang ingat polis ,askar bomba tapi lupa kat pekerja TNB, pak guard, 7 eleven, chef hotel, McDonalds etc.
Memandangkan gua berpengalaman dalam hal-hal x cuti beraya ni, gua nak perturunkan TIPS kepada yg kena kerja pada hari raya, terutamanya yg baru 1st time x raya dan jauh di perantauan. Ingat ni cara gua, belum tentu menjadik kat lu orang.

Fasa 1: (seminggu nak raya)
Time ni lu kena kuatkan mental, anggap raya is nothing, duit is king (gaji double/triple tuu..). Fasa jangan dengar lagu2 raya, jgn niat nak beli baju raya. Tempat pantang utk pegi lepak dah tentu shopping complex. Tapi jgn lupa bayar zakat.

Fasa 2: ( 2-3 hari nak raya)
Lu jgn sibuk2 joint berbincang ngan kawan2 pasal hal-ehwal raya, langsir kaler apa, nak balik mana, kuih berapa balang, jangan joint juga perbincangan pasal raya di alam maya, mujur zaman gua xde FB. Lu kena focus, lagi byk kerja lagi bagus, xde kerja lu baca quran. Time ni stesen radio gile2 pasang lagu raya, pilihan terbaik lu, lu layan la traxxFM ka, Lite FM ka, minnal FM pun boleh. Susah sgt tutup radio. Tv pun sama. Paling penting klu lu jenis dok jauh ngan family better stock up barang makan, nanti kedai siam tutup susah nak makan kecuali lu keje hotel/ fast food restaurants.

Fasa 3: (Malam Raya)
Fasa ujian sebenar bermula, kalau lu hati tisu, x yah la try2 layan tv, jangan kata dengar takbir raya tengok pakcik yg buat pengumuman raya pun mata boleh berkaca. Biasanya gua akan request ngan bos gua utk keje shift malam. Biasanya menjadik, sbb lu lupa esok nak raya. Klu x gua pg tengok wayang. Kumpul bersama2 rakan yg senasib dengan kita pun byk membantu, tapi jgn ada yang mention pasal raya.

Fasa 4: ( Hari Raya)
Takbir raya kat nusantara ni mmg syahdu sebab tu biasanya gua offer diri utk keje pagi raya. Bukan apa, nak bagi peluang yg x dapat raya tapi dok ngan family utk feel raya sipi2. Yg hati kental boleh pi solat raya. Selain takbir raya, yg buat gua goyang ialah call dari mak gua, jgn kata mata berkaca, air mata jantan confirm mengalir dapat2 mak lu jenis cam Neng Yatimah, primadona ayer mata, so bertabah la.

Time gua kat McD dulu mmg gua x pernah pakai baju raya, walaupun staf lain pakai , ini bukan setakat mengekalkan tahap professionalism gua tapi gua x nak ingat hari ni hari raya.
Suka gua ingatkan, petua ni datang dengan sumpahan. Kalau lu amalkan selalu, hari raya semakin hambar dalam diri lu orang.

So, kepada yang bekerja pada hari raya, be strong, I feel u bro.

– AnkelGed

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit