Hai Admin, harap admin approve confession aku kali ni. Aku cuba untuk lontarkan cerita aku ni dengan baik memandangkan BM aku tunggang langgang akhir2 ni.
Okay, aku kenalkan diri aku. Cukup la korang kenal aku sebagai Miss A. Coretan aku ini harap kekal sebagai misteri. Kepada kawan2 aku yang aware pasal hal ni, mohon korang tak tag aku sebarangan memandangkan friend list fb aku ada manager dan colleagues ex company aku.
Cerita aku lebih kurang sama dengan confession daripada Cik Serabut sebelum ini tapi lebih dasyat daripada apa yang Cik Serabut lalui, (https://iiumc.com/tawar-hati-dengan-kerja/).
Semenjak aku 23 tahun, aku ditawarkan bekerja di salah sebuah syarikat cina swasta pada tahun 2016. Pada tahun tersebut juga la, aku kehilangan ayahda tercinta, jadi la aku seorang yatim piatu pada usia yang amat muda. (p/s: ibu aku meninggal semenjak aku kecil).
Bermula la hidup aku, berdiri dengan kaki sendiri, terombang ambing. Permulaan kerja, semua smooth. Untuk pengetahuan semua, colleagues daripada department aku, semua chinese dan semua lelaki. Diorang tak ada masalah, semua baik dan layan aku macam puteri, ehem. (selingan semata2)
Masalah utama aku adalah bos aku. Bos aku perempuan, of course chinese. Dipendekkan cerita, bos aku gunakan aku untuk dapatkan project, memandangkan kalau melayu, ada keistimewaan untuk senang dapat case atau project2 baru. Setiap hari, aku kept passed over new case/project/info yang diorang. And guess what? Project2 tu akan beralih kepada chinese.
Dipendekkan cerita, bos aku hired 3 org chinese, dan sudahnya, diorang yang pegang key accounts and lead role sedangkan mereka baru dalam company tu dan pengalaman aku lebih daripada diorang. Semakin lama, semakin menjadi2. Lastly aku hand over resignation letter dekat bos aku baru2 ni. Bos aku tak terima, dia pujuk aku, dia kata dia akan beri apa yang aku nak buat, dia boleh naikkan gaji.
Btw sepanjang hampir 3 tahun aku kerja dekat situ, aku tak dinaikkan gaji walau satu sen pun. Disebabkan aku nak berenti, bos aku dah gelabah badak. Kalau aku tak de, tak de siapa la yang boleh bawa new case dekat dia, mesti dia dah fikir rugi. Tambah2 lagi bila semua customers aku (terdiri daripada chemists, lecturers, researchers), semua rapat dengan aku berbanding dengan colleagues aku.
Bila bos aku offer macam tu, aku replied “even you give me millions, still, i dont want to work with you anymore”. Tapi dia tetap pujuk tapi aku tak pernah setuju. Tengah nak resign tu, one day, ada sorang chemist ni daripada oil & gas, minta tolong aku handle one instruments, FT-MIR. Then bos aku bagi aku buat. Tapi aku tertipu weh.
Aku buat penat2 tapi dia bagi creadit dekat my colleague. My colleague tak tahu apa pun pasal tu dan aku pun tak bagitahu dia. Cuma dia detect perubahan emosi aku tapi dia ingat tu benda biasa, perempuan biasa lah huhu. Aku pendam korang, aku sorang melayu je dekat situ, aku tak tahu sama ada selamat untuk aku bagitahu colleague aku atau tak. Then, aku decided untuk pendam.
Tu salah satu highlighted case yang aku ingat sampai sekarang. Ada satu lagi benda yang bos aku buat. Time meeting, bos aku malukan aku depan staff lain, ugut aku, kalau aku tak jalan untuk cover satu principle H ni, then dia akan hired orang lain untuk take over. I was hurt, tapi aku diam. Dalam hati aku, aku memberontak bila dilayan tidak adil.
FYI, untuk principle H tu sebenarnya, aku kena buat semua benda tapi yang dapat creadit bukan aku, tapi manager aku sedangkan dia tak buat pape. 100% aku handle. So I was like ‘pernah ke sebelum ni aku pegang 100% case tu? apa je dalam company ni yang memang aku pengang role 100% even case tu memang daripada aku?’
Balik daripada kerja tu, aku text bos aku “why not you just hire that guy? it’s not a new things i need to report to someone. Im getting used of it anyway” Yup, betul. Aku text dia sebab aku nak sindir tapi cara halus hahaha. Oh ya, sebelum korang kata aku penakut sebab tak cakap betul2 dekat bos aku, biar aku jelaskan. Aku dah bagitahu bos aku lebih daripada 100x tapi dia tetap tak nak bagi aku naik.
Dia nampak aku start nak naik, cepat2 dia letak geng dia dekat depan aku, which is her chinese staff. So apa lagi aku nak cakap. Aku memang frustrated gila kena layan macam ni, serious. Balik kerja aku stress. Sampai aku ada simpton2 depression pun aku tak sedar. Aku start insomnia, tak lalu makan, menangis 24jam sampai aku pernah kena admit wad seminggu sebab olatlet drop. Doctor tak boleh nak agak apa sakit aku, bukan denggi, bukan demam, doctor pun speechless huhu.
Aku tahu aku dah ditahap teruk dan aku sedar aku dah tak happy dengan apa aku buat sekarang. So, aku ambil keputusan untuk resign dengan notice 24jam. Aku dah selamat resign minggu lepas tanpa ada secured job/back up job yang lain. Aku syg career aku, colleagues aku pun aku sayang tapi aku dah tak boleh nak tanggung hmm. So sudahnya, aku mereput dalam rumah sambil stress dengan jalan hidup aku. Kadang2 aku nak salahkan tuhan tapi aku tahu aku kena bersangka baik sentiasa sebab Allah tu Maha Tahu.
Aku tak minta dilayan baik tapi aku cuma nak bos aku hargai bakat yang aku ada, bukannya block aku bila aku nk grow. Hmm tapi kalau dia nak racist, tak ada apa yang boleh aku cakap. Sekarang ni, aku still gigih cari job lain. Doakan aku dapat job yang lagi better daripada sebelum ni. Aku penat dilayan tidak adil. Hopefully lepas ni dah tak ada lagi macam tu.
Thanks sudi baca coretan aku walaupun bahasa rojak. Sorry, aku dah pening bm aku since dekat ex company aku tu banyak guna bi dengan cantonese. Hmm aku tak tahu macam mana nak survive tapi aku cuba. Harap sangat korang sudi doakan semoga Allah limpah ruahkan rezeki aku.
Thanks korang.
– Miss A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit