Bela Biawak Hidup

Nama aku Seroja. Harini aku nak cerita tentang mak sedara aku, yang aku gelarkan Mak A.

Mak A ni kerja goverment dan berjawatan paling tinggi dalam jabatan dia. Alhamdulillah dikurniakan anak yang ramai, some dah bekerja and some masih bersekolah.

Suami Mak A pulak tak bekerja since dorang kawin. Sebelum kawin Mak A sesorang yang tegas dan teratur orangnya, tapi sejak kawin semuanya berubah 100%.

Aku tak salahkan Mak A sebab dia lah ketua keluarga yang bekerja cari rezeki buat keluarga. Cuma aku kesal, sebab Mak A tak pernah bertegas dengan suami dia.

Sebelum Kawin Suami Mak A bekerja, tapi sesudah Kawin not even one week Suami Mak A berenti kerja.

Suami Mak A ni dah lah tak bekerja, kaki pukul juga (Aku sendiri saksi diwaktu kecil aku) dan urusan rumah pun tak pernah dibantu, jaga anak, masak, mengemas semua dia abaikan.

Bayangkan dah tak bekerja anak anak still dihantar ke pengasuh. Even Bila anak anak dah bersekolah Mak A jugalah yang antar ambik anak di sekolah.

Suami mak A ni pulak jenis tido lambat, Bagun pulak tengahari. Jadi sah sahlah solat pun tak kemana (macamna aku tau, sebab zaman kecil aku, selalu ja jadi babysitter Anak dorang)

Kami sekelurga tak harapkan lebih. Bila urusan kewangan tak dibantu, at least dapatkan contribute dalam urusan rumah tangga, like jaga anak, kemas rumah, sediakan makan minum, antar amik anak sekolah. But it not happen, Sehinggalah sekarang.

Bila tak ada kerjasama dalam berumahtangga ni boleh bayangkanlah keadaan rumah tu. Kalau tak kemas, kain baju tak berlipat it normal for people yang bekeluarga besar (anak ramai) tapi seriusly aku memang tak boleh tolerage dengan orang yang pengotor.

Bayangkan bela burung serata rata di dalam rumah. Ruang tamu, bilik air, dapur. Bela ayam di anjung belakang rumah (Rumah kampung). Seluas luas kawasan rumah tu ayam disangkar and diletakkan di anjung rumah. Bela kucing pun banyak.

Bila pergi memang macam macam bau akan ada. Can you imagine?. Dapur berkecah, peti sejuk berkerak. Seriusly aku sendiri tak boleh digest how they can live in that environment.

Selain tak contribute apa apa. Aku boleh kategorikan suami Mak A as ” biawak hidup” semakin dibela semakin malas, dan hanya bertindak as parasit dalam kehidupan dorang.

Until now aku rasa dah almost 30 year dorang berkawin. Aku tak tau lah kenapa Mak A sesabar ni, sampai sanggub menghambakan diri untuk lelaki macamtu. Kalau tengok dari segi kerjaya. Sepatutnya Mak A dah boleh senang, tapi you know what, secubit harta pun dia tak ada.

Bukan lah harta kekayaan tapi like rumah sebagai own property tu tak ada. Yang ada cuma hutang piutang yang sampai sekarang masih dikejar oleh bank2 hasil tunggakan pinjaman.

It is OK if tak melibatkan orang lain, tapi bila dia kesempitan dia selalu meminta pada adik beradik and including me jugak.

Aku ingat lagi Mak A pernah jumpa ibu aku untuk pinjam duit katanya dia pinjam Ah long, kalau tak dilunaskan hutang dorang akan cederakan kelurga dia.

Tapi aku tau itu sekadar cerita rekaan meminta simpati pada sang kakak yang kasihkan adiknya. untuk pengetahuan pembaca ibu saya tidak bekerja dan tidak berpelajaran. Hanya harapkan elaun dari anak anak.

Kekadang terfikir tak kanlah orang tak dapat fikir kemampuan kewangan ibu aku. Selepas beberapa minggu kami dikabarkan kereta dorang ditarik, jadi yakinlah yang niat meminta pinjaman sebelum tu adalah untuk melangsaikan tunggakan kereta yang dah beberapa bulan tak dibayar.

Mak A tidak pernah serik meminta dan meminjam dari sedara2 dan orang keliling, sampaikan jadi buah mulut orang.

Pernah diberi beberapa kali tapi bila tiba saat dijanjikan untuk dipulangkan, tidak pernah ditepati dan kekadang belumpun langsai pinjaman sebelumnya diminta untuk meminjam lagi.

Ada juga ketika baru beberapa hari gaji, dapat pesanan mesej mintak pinjam duit. Kadang aku hanya read dan abaikan mesej.

Pernah sekali Mak A bertingkah dan memarahi ibu kononnya tak da sapa nak bantu dia. Ingatkan bolehlah harapkan adik beradik tapi adik beradik semua tak nak tolong disaat dia susah.

Aku sebagai anak hilang sabar dan memarahi Mak A dengan berkata mak A sepatutnya mintak suami mak A bantu dan fikir macam mana nak selesaikan masalah kewangan keluarga mak A bukannya salahkan adik beradik kerana tidak membantu.

Dan setelah itu bermulalah episod bermasam muka dengan kami sekeluarga.

Sebenarnya kehidupan mak A bukanlah susah, Mak A punya kerjaya hebat, bergaji besar hanya cuma disebabkan pilihan dan cara pengurusan kewangan yang salah.

Bayangkan baju berdobi, air minum di rumah stock mineral, makan tapau dikedai hari hari. Bak kata orang dapur tak pernah berasap lah. Aku bukan nak ikot campur tapi kekadang aku geram.

Kita berbelanja ukur badan sendiri. Orang nak berkereta besar kita pun nak, orang nak ada dua tiga kereta, kita pun nak. Yang menanggung sakitnya tu Mak A sebab semuanya dia yang tanggung segala hutang piutang.

Hutang bank toksah cakaplah aku kerap terima panggilan bank minta Mak A langsaikan tunggakan pinjam (Boleh jadi Mak A sertakan number aku sebagai number untuk dihubungi as second reference)

Aku sayang Mak A, sebab aku membesar dengan dorang tapi mak A tak pernah cuba untuk betulkan keadaan, baiki kehidupan dia, tegakkan mana yang benar. Melainkan backup si suami tiap kali kita sarankan si suami Mak A bekerja.

Aku senantiasa doakan Mak A dapat kecapi bahagia yang sebenar. Kerana bagi aku bahagia sebenar bukanlah semata2 jadi isteri misali. Tapi keberkatan dalam berumahtanga.

Andai luarannya nampak redo, yang sebenarnya aku tau Mak A menidakkan perasaan sebenar yang bersarang di hati

HARAP KALAU MAK A BACA NUKILAN NI, DIA MUNGKIN TERDETIK YANG CERITA INI ADA PERSAMAAN DENGAN KEHIDUPAN DIA. DAN CUBA UBAH TAKDIR HIDUP DIA DENGAN SEDAR APA YANG DIA PERTAHANKAN BUKANLAH BAHAGIA SEBENAR.

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *