Belahan Jiwa Hamba

Assalamualaikum.. before anything else, aku minta maaf if this confession bercampur aduk dan cacamarba. I’m writing this confession in spontaneous mood, so I’m sorry if there’s any mistake yang tidak menyenangkan pembaca.

I’m a married woman. Alhamdulillah dah berumah tangga about 1 year.. yeah still setahun jagung and have looooooong long long way to go but I still want to share langkah2 before I proposed my husband (yep, I was the one yang mulakan the 1st step).

Aku adalah sejenis manusia yang tak suka menyimpan special feeling for someone. If I like u, aku akan cakap. Tapi, tapi, tapi.. aku confess selepas aku menilai. I have criterias yang I think I have to set untuk pasangan hidup. Who is this person, macam mana social life dia, and so on. Maka jelaslah aku adalah perempuan yangbtak malu menjadi perigi yang cari timba. Note, aku tidaklah cantik, berjerawat, agak berisi dan aku garang mcm singa. Jadi, untuk lelaki terima aku for my appearance, memang tak pernah jadi dalam hidup ni.

Maybe some people will say, pergh pentingkan diri beb dia ni.. nak suka orang boleh ikut syarat pulakkkk.. People, kita ni nak hidup dengan spouse (pasangan) kita as long as kita bernafas di atas bumi, dengan izin Dia.. bukan 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun.. tapi untuk 1 nyawa yang kita ada..

Berikut adalah kriteria yang aku dah set while searching for Mr. Right :

1. Sabar.

Aku memilih pasanganku yang SABAR kerana aku ni kurang sabar. Nickname pun singa. Aku harap, dengan adanya suamiku yang sabar, anak2 ada role model penyabar yang boleh dibuat contoh. Selain dengan harapan dia dpt bersabar dengan segala kekurangan ku. Masa kami belajar di sekolah yang sama, sepanjang 3 tahun sekelas dengannya, aku cuma pernah nampak dia marah SEKALI sahaja. Sekali itulah yang aku ingat sampai bila2 sbb aura marahnya amat menakutkan. Betul orang cakap, orang yang pemarah, kalau dia marah kita rasa biasa, tapi kalau orang penyabar yang marah, boleh ketar lutut.

2. Agama (Ilmu dan amalnya).

Aku memilih pasanganku yang mempunyai agama dan amal yang lebih baik drpd aku kerana aku bukanlah seorang muslimah yang mukminah. Terlalu bnyk lompong dn kekurangan yang mesti aku tutup dengan ilmu sang suami. Solatnya, puasanya, bacaan Qurannya adalah ciri yang WAJIB lulus pada aku. Aku beruntung sbb diberi peluang untk ‘mengintip’ semua benda2 penting ni. Allah beri aku jalan supaya aku tahu perkara2 wajib ni dia buat atau tak. Dan kriteria yang amat aku titik beratkan adalah menjaga batasan dengan yang berlainan jantina..cuba bayangkan kalau sang suami selamba bersayang2 dengan perempuan lain, tak aman tido la jawabnya, hihihi.

3. Pandai bermasyarakat.

Aku memilih pasanganku yang reti hidup bergaul dengan org lain kerana aku ini memang pendiam, bukan peramah. Aku berharap suamiku boleh menjadi ‘tingkap’ yang menghubung aku dengan org lain. Boleh mendidik anak2 hidup dlm masyarakat. Dan alhamdulillah, memang terbukti dia mampu menjadi ‘tingkap’ untuk aku, baru 9 bulan di tempat tinggal kami, orang sekeliling lebih kenal dengan dia daripada aku yang dah menetap hampir 3 tahun di situ. Dia tahu tempat2 mencari keperluan asas di sini, dia tahu majlis2 ilmu yang boleh dia bawa aku bersama2. Tadi namanya disebut2 lagi.. “Muhammad dah balik ke mesir?”.. Dia sangat sering ditegur sapa oleh orang kampung dan dikenali oleh orang masjid.

4. Social circle.

Selain diri dia sendiri, aku juga memerhati dengan siapa dia berkawan. Aku berpegang pd prinsip kalau kawan2nya orang baik2, maka dia juga insya Allah orang yang baik2. Aku stalk aktiviti dia bersama2 dengan rakan2 dia. Corak bahasa mcm mana yang mereka gunakan. Sebab aku sangat sangat sangat sangat tak suka dengan bahasa carutan walaupun kadang2 aku buat (see? Astaghfirullah..doakan aku pun boleh berbahasa yang molek2). Setakat ni, aku tak pernah mendengar dia mencarutkan orang lain walaupun dia tak suka atau marah dengan manusia tu. Alhamdulillah.

Melalui confession ni, aku bukan bertujuan nak berbangga.. tapi aku bersyukur atas kurnia Allah pada diriku.. bohong kalau aku kata dia tak ada kekurangan, tapi siapa aku hendak mempertikai sedangkan kekurangan aku jauh lebih banyak drpd kekurangan dia? Pada aku, kami saling melengkapi. Kekurangan aku, diperbaiki dengan kelebihan dia dan macam tu lah sebaliknya.

Aku dah lama menyimpan perasaan dan aku cuma luahkan pada dia setelah aku benar2 yakin dengan perwatakannya. Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan.

Memilih pasangan, bukan macam pilih baju dan kereta. Sedangkan baju pun kita pilih jenis kain, warna, corak, koyak atau tak, apalagi pasangan hidup. Berhati-hatilah dan banyakkan selidik, timbang tara dengan hati dan akal.. minta persetujuaan dari Tuhan melalui istikharah..

Jika dah berusaha mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan suami, dan benar2 terbukti dia seorang yang soleh, maka bersyukurlah sentiasa. Tapi jika telah berusaha tetapi ternyata dia selama ini berlakon, maka terimalah takdir sebagai ketentuan Allah yang hendak beri kita ujian dan pahala sabar.

Aku mohon doa daripada semua untuk mendoakan kehidupan kami suami isteri mendapat berkat daripada Allah.

May Allah bless us all.

– Starla

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *