Belajar

Salam sejahtera kepada para pembaca, moga terdapat sinar positif dalam hidup kalian.

Cerita aku mungkin mengundang beberapa pendapat yang berbeza perspektif tapi aku cuba untuk meminta pendapat.

Aku Yon, masih muda dan belajar. Impian aku masih jauh di hadapan. Dalam menelusuri perjalanan hidup, aku tak terlepas dengan cinta monyet.

Jujur, aku bukan seorang yang terlalu kisah dengan cinta, aku skema. Ya, aku masih muda, untuk apa aku bercinta jika tiada hala tuju, aku nampak dan sedar semua tu

Izinkan aku cerita serba serbi tentang kisah aku. Ingin aku pesan awal-awal, cerita aku mungkin cliche jadi jangan marah.

Aku dan dia berkenalan dari zaman sekolah, kami asalnya kawan sekolah. Aku dan dia jadi rapat sebab dia selalu ajar aku dan aku jadi selesa dengannya.

Maklumlah, dia budak pandai. Kalau chat pun, majoriti berkisar tentang pelajaran. Kerja sekolah, soalan latihan dan seangkatan dengannya. Mulanya rapat atas dasar belajar.

Ya, lelaki dan perempuan tak boleh rapat, satu, kerana salah seorang akan jatuh cinta dan menjurus kepada zina. Itu yang terjadi kepada kami, kami tak berzina ya, jangan salah faham.

Satu hari dia telah kata yang dia suka aku. Tanpa sedar aku pun tersuka dekat dia. Kami mula berkawan lebih dari kawan. Kami ambil berat antara satu sama lain.

Habis spm, aku kerja manakala dia tak kerja sebab mak tak bagi. Dia rajin layan kisah aku masa kerja. Aku pula berkerja yang memerlukan aku hadap karenah manusia, lagila banyak kisah. Dia kadang-kadang ada datang teman aku rehat.

Biasalah, aku dan dia pun dalam tak sedar bercinta. Bila bercinta, ada saje benda nak gaduh. Terang-terang salahnya punca dari aku. Dia seperti biasa akan minta maaf.

Ada satu hari, aku gaduh besar dengan dia. Teruk sangat. Sampai dia datang cari aku dekat tempat kerja tapi aku tak ada. Akhirnya dia dapat tawaran sambung belajar dan pergi tinggalkan tanpa sebarang kata putus.

Itu pun aku dengar cerita dari kawan sekolah yang dia dah pergi. Ah bodohnya aku masa tu.

Tak lama lepas tu, aku berhenti kerja dan sambung belajar. Kiranya aku pun dah ada laluan sendiri. Entah satu hari tu, aku minta maaf dekat dia. Sebab baru tersedar kut salah sendiri. Akhirnya kami berbaik.

Kami berkawan seperti biasa dan dia tetap menjadi mentor aku kalau aku ada soalan yang berkaitan kira-kira. Entah, aku dan dia bercinta sambil belajar mungkin. Aku tak tahu.

Satu hari, dia tanya aku, apa tanggapan aku pada dia. Aku jujur, aku menganggap dia lebih kepada kawan baik buat masa sekarang.

Aku selesa dengan dia sebagai seorang sahabat. Akhirnya kejujuran aku memakan persahabatan kami. Kami semakin renggang. Dibantu faktor belajar dan keluarga, memang semakin jauh. Akhirnya dia menjauhkan diri dari aku.

Kata-kata terakhirnya agar aku dapat capai impian aku dan mendoakan kesejahteraan dalam hidup. Boleh dikatakan aku terkesima sebab terlalu tiba-tiba. Dia yang selalu menjadi tempat mengadu selain keluarga kini semakin jauh.

Sekarang aku sedar, cinta dan persahabatan dua perkara yang berbeza. Aku dan dia masih mempunyai cita-cita untuk dicapai.

Betul, cinta bukan matlamat kami sekarang, harapan orang tua kami, keluarga dan orang lain tersemat dalam perjalanan hidup aku. Mungkin dalam 10 tahun akan datang, kami berjaya mencapai cita-cita.

Dalam 10 tahun ini juga, kami perlu belajar tentang hidup. Sedikit sebanyak aku berharap pada dia sebab aku masih tunggu dia.

Untuk dia, mungkin kau takkan baca ni tapi aku sedar, kita kena perbaiki diri untuk kehidupan akan datang.

Maaf sekiranya cerita ini berterabur dan agak panjang serta pointless. Aku cuma meluah. Terima kasih sudi membaca kisah aku.

Doakan kalau dia jodoh aku maka berilah aku masa untuk berubah menjadi lebih baik. Kalau dia bukan jodoh aku, doakan agar persahabatan aku dan dia kekal.

– Yon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *