Belajar Berdikari Sejak Berumur 6 Tahun

Assalamualaikum, aku teruskan saja kisah ni. .Usia ku masih muda lagi baru berusia 18 tahun dan aku takda Sijil kelulusan yang tinggi..Ada pun Sijil UPSR je..Keputusan pun ok2 juga lah 3A 2C tu UPSR je..hoho

Ayah aku meninggal waktu usia ku baru nak mencecah setahun..Dan selepas itu ibu menjaga ku sehinggalah usia ku 5 tahun , ibuku menghantar ku ke tempat atok dan nenek untuk menjaga ku sementara ibuku pergi mencari kerja untuk keperluan hidup kami..

Dan disinilah mulanya kisah pahit perit yang aku alami selama tinggal bersama atok dan nenek…Aku masuk kelas tadika pada tahun 2004 umur aku 6 tahun..Pada mulanya nenek memberi kasih sayang yang penuh pada aku..Tapi, itu hanya sementara je..Hanya 1/2 bulan je nenek bagi kasih sayang tu..Akhirnya aku disana hidup bagaikan didalam kandang ayam (Sebab aku ni penakut ayam..hehe) tersiksa aku dibuatnya..lepas balik dari kelas tadika je..baju kena basuh sendiri..Ringkasnya, tak boleh tidur selagi kerja dalam rumah tu tak siap..apalagi nak keluar pergi bermain dengan kawan2..harap maaflah kalau dapat keluar rumah tak kena tumbuk..hoho..Banyak kerja yang aku kena siapkan..Kemas rumah, cuci pinggan dan sebagainya lah..bayangkan usia aku masa tu baru 6 tahun.Usia anak2 dia semua dah besar2 baru sekolah menengah tapi dimanja manja dari aku..biasalah anak kan..

Bertahun juga aku lalui kehidupan perit macam ni..Ibaratkan aku ni didera oleh nenek sendiri..kalau waktu cuti sekolah paling best kalau bangun lewat sikitkan, dalam pukul 8 -9 gitu baru nak bangun..Tapi,, itu kawan2 saya lah..yang saya ni pulak..lewat je bangun dari pukul 7 pagi..Bersiap sedia terima tamparan atau pun pijak kan maut kat muka..Teruk tak kehidupan aku masa tu?? terukkan??..Tapi,, syukurlah makan minum aku nenek jaga juga..

Masuk darjah 6, masa tu aku aktif sukan sekolah..Bola sepak, Hoki dan Olahraga tu biasa dah bagi aku..Nak ceritalah sikit..nenek aku ni dia tak suka kalau aku ikut bersukan..(bukan apa,, dia takut kalau aku keluar dari rumah..rumah tu tak berkemas)…Pernah sekali ni, waktu tu sekolah kami wakil Festival Nasyid Peringkat Negeri dan aku pun aktif juga dalam nasyid2 ni..Jadi, sebelum aku keluar dari rumah tu..aku pandang kat sinki pinggan masa tu ala kadar banyaklah..nenek suruh aku basuh dulu sebelum jalan..tapi, masa tak mengizinkan aku tak basuh juga..Festival tu berlangsung selama 4 hari 3 malam..(termasuk pegi jalan2) hoho..Dan selesailah acara tu..aku balik ke rumah..Terkejut beruk aku tengok kat sinki tu..tak sangka rupanya nenek aku buat kejutan buat aku terharu..selama 4 hari aku takda kat rumah..Selama itulah pinggan, mangkuk, kuali dan periuk segala..menanti kedatanganku untuk dibasuh..bertimbun pinggan, mangkuk kat sinki..apa lagi , balik2 je kerja aku basuh pinggan sampai jam 2 pagi ..hoho..kesian aku ..anak yatim kena buat macam ni..

Masuk tingkatan 1( Sekolah Menengah) aku dah rasa matang dah..Tak boleh nak tahan dengan perangai dorang nenek aku..Dan akhirnya aku ambil keputusan untuk lari dari rumah untuk mencari ibuku yang sudah bertahun juga tinggalkan aku..Dam meninggalkan sepucuk surat..

Tapi, aku lari rumah tak sampai sehari pon dah kena tangkap dengan anggota polis..nenek buat laporan..huhu..Dan balik je kat rumah..aku kena regging dengan anak nenek aku ( kiranya pakcik aku lah) Dan nenek suruh aku berhenti sekolah..(Sapa suruh lari rumah) hehe..

Dan masuk umur aku 14 tahun. Aku ikut kerja binaan buat rumah gitu..Dan masa tu aku mula dekatkan diri kepada Allah swt..nenek aku jarang didik aku bab agama ni..waktu ni..nenek aku dah kurang marah2 dah dengan aku..dia biarkan aku cari kerja..tak sampai setahun aku kerja kontrak ni..Aku dapat kerja baru tahun 2013 sehingga 2014 iaitu jadi penjaga kolam gaji lumayan juga RM800 sebulan..Alhamdulillah..Dari sana saya dapat rasakan apa yang nenek saya buat kepada saya bukanlah satu penyeksaan tapi satu didikkan yang sangat maut tapi sangat2 berguna..ditempat aku berkerja aku hidup sendiri, basuh baju, basuh pinggan dan pandai urus masa dan diri sendiri..Dan tika saya jauh duk di tempat orang baru saya dapat rasa kenapa nenek tak suruh saya keluar rumah pergi bermain masa kecik2 dulu..rupa2nya iainya satu didik juga..jangan keluar tanpa urusan yang munasabah maksudnya yang membuang masa..aku keluar pun pegi masjid dan beli barang keperluan..

Aku ringkaskan..Dan sekarang usia aku dah 18 tahun..Dan aku sudah ada kerja tetap iaitu jadi tukang masak kat restoran..gaji Alhamdulillah ..rm1200 cukuplah lahkan??..Dan aku tak tinggal dengan nenek sudah..kadang2 balik jugalah kat rumah nenek..Dan baru aku dapat rasa bagaimana Allah menyusun kehidupan aku..Kita tidak akan merasai kemanisan sebelum merasai kepahitan..Dan anggapan aku selama ni salah terhadap nenek aku..Rupa2nya itulah cara mendidik..Dan aku sangat terkesan..Dan aku dah pandai jaga diri walaupun jauh dari keluarga..Aku selalu berdoa pada Allah agar sentiasa murahkan rezeki pada keluarga aku dan juga yang menjaga aku..Tapi, sampai kesaat ini..aku belum berjumpa dengan ibuku sendiri dah 12 tahun kami berpisah..Semoga Allah pertemukan aku dengan Ibu..

Dan terima kasih juga kepada atok dan nenek yang selama ini menjaga aku, mendidik aku .. Aku takkan lupa segala pengorbanan kalian semua…
Wassalamualaikum..

– Norman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit