Belajar Bersusah Dari Muda

assalamualaikum

Pertama sekali minta maaf la kalau gaya bahasa tak menarik.

Nama biarlah dirahsiakan. Seorang pelajar universiti di Selatan. Mungkin pengalaman yang aku nak ceritakan ini biasa biasa sahaja tapi bagi aku pengalaman ini banyak mengubah diri aku. Sewaktu usia aku 20 tahun dan ketika itu aku dah belajar kat U. Dipendekkan cerita aku pernah dicabar oleh saudara aku sendiri untuk kerja sebagai cleaner selama 2 minggu di sebuah sekolah asrama penuh menggantikan seorang pekerja yang tengah bercuti. Ya! Aku sahut cabaran tu. Dan apa yang boleh aku simpulkan is quite tired became a cleaner! Trust me. Aku tak tipu. Aku kena sapu halaman asrama tu dari tingkat satu sampai tingkat 4 if i not mistaken. Kena basuh toilet kat semua dorm. Dan pernah satu hari tu time basuh toilet tetiba cicak masuk dalam baju aku. Melalak aku menangis time tu . hehe. Aku sangat salute dengan makcik makcik cleaner . Aku yang hanya kerja 2 Minggu pun dah semput apatah lagi mereka yang memang dah berusia . Bukan pengalaman kerja cleaner kat sekolah yang ingin diceritakan tapi pengalaman menjadi cleaner part time dekat kawasan perumahan area johor yang terlalu banyak mengajar aku tentang hidup.

Dari seorang yang tidak tahu apa apa pasal pekerjaan rumah. Boleh dikatakan zero bab-bab pengurusan rumah. Kalau dulu mak aku suruh aku mop lantai, aku bukan mop lantai rasanya tapi aku basuh rumah tu, Tapi sekarang aku dah mahir macam mana cara nak mop lantai dengan bersih dan licin, Berkilat lantai aku buat. Dari takut dengan lipas, aku menjadi berani, Kerana apa? aku pernah bersihkan beberapa buah rumah yang aku sendiri tidak dapat describe macam mana teruk rumah tu,lipas, tikus, cicak berkeliaran. Nak lari dah tak boleh. kerja kena selesaikan. so lama kelamaan aku dah tak heran dengan segala macam binatang macam tu.Aku dah tak geli dengan sampah. Aku dah tak geli dengan tahi. Bilik air dan bilik mandi kena sental bersih. , Aku kena panjat untuk bersihkan kipas. Aku takut dengan ketinggian. Tapi bila dah kerja kena lupakan semua itu. Dari tak pernah berkebun aku belajar untuk berkebun. Owner rumah suruh aku cabut rumput jahat tapi rumput baik yang aku cabut. Dari tak pandai lipat cadar gaya hotel aku belajar cara lipat cadar gaya hotel kerana aku pernah bersihkan homestay. Aku banyak belajar gunakan peralatan canggih semasa bersihkan rumah. Rumah semua mewah-mewah peralatan bersih rumah pun semua canggih. Ada satu ketika aku google cara untuk gunakan peralatan tu. Sampai ada peralatan yang aku rosakkan. Semua tu tak sengaja.

Pelbagai watak customers yang aku jumpa. Ada yang baik. Ada yang cerewet. Ada yang layan aku macam betul-betul orang gaji. Dari sekecil rumah hingga sebesar rumah banglo aku pernah bersihkan. Aku tidak mengharapkan upah yang banyak cukup mereka semua berpuas hati dengan service pembersihan rumah dari aku. Dari rumah, pejabat bahkan homestay aku pernah bersihkan. Ramai yang tanya aku tidak penat ke? Dengan kelas, dengan assignment, dengan exam. Tipulah kalau aku katakan tangan ni tak pernah luka. Dan tipulah kalau aku katakan air mata ini tak pernah keluar kerana kepenatan. Aku pernah pengsan kerana penat. Aku pernah sesak nafas kerana kepanasan. Aku penat tapi aku puas, Puas kerana aku dapat rasa how hard to earn money. Dan semua kepenatan itu aku tidak pernah ceritakan kepada mak dan ayah. selagi ada pekerjaan yang boleh kita lakukan selagi halal grab that opportunities. Belajar untuk berdikari. Belajar untuk tidak meminta dari parents kita. Belajar untuk kerja. Belajar untuk susah. kerana kehidupan kita ini adalah sebuah pelajaran.

Aku cuba pekerjaan as cleaner part time bukanlah sebab aku dari keluarga yang susah dan juga bukan dari keluarga yang berada tapi aku ingin belajar untuk merasa susah kerana hidup ini ibarat roda. kadang di bawah kadang diatas. Dan aku berharap kalau aku dibawah aku akan jadi lebih tabah untuk menghadapi setiap kesusahan dan bila aku diatas aku berharap agar aku sentiasa mengingati saat aku belajar untuk merasa susah agar rasa syukur itu sentiasa ada dalam diri aku.

Untuk remaja-remaja diluar sana belajarlah untuk merasa susah kerana bila kita diuji dengan kesusahan kita tidak akan terasa sangat kesusahan itu, Ya, aku tahu ramai kawan kawan aku kat U semua dalam kategori kaya dan ada yang self sponsored sampai kekadang breakfast lunch dinner semua kat Starbucks. Shopping. Tengok wayang. Makan luar, makan Fast food every day. Ingat sekali lagi! hidup macam roda. So belajarlah untuk merasa susah agar kita berbelanja seadanya.

– gadis u

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit