Belajar Dah Tinggi, Tapi…

Assalamualaikum.. Firstly terima kasih admin kalau siarkan confession ni. Confession aku ni cerita mengenai alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran yang menguji keimanan dan kesabaran, tapi bukan cabaran kerja yang dilakukan tapi orang-orang dan rakan-rakan sekerja disekeliling.Mungkin agak panjang tapi aku akan pendekkan straight dan padat. Aku dulu grad dari sebuah IPT tempatan dan Alhamdulillah lepas sahaja habis degree sebelum majlis convo aku dah dapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan aku. Aku dah masuk alam pekerjaan selama 3 tahun.

Selama 3 tahun aku masuk alam pekerjaan ni macam-macam perangai manusia aku jumpa, senior kerek dengan junior, yang perempuan kaki gossip, yang lelaki suka cakap perkara-perkara kotor (sesetengah je), tak solat dan banyak lagi.

Firstly, pasal senior kerek dengan junior, apa la yang diorang fikir sampai kene ada gap dengan junior. Dah la junior tu budak baru, mesti la nak beramah mesra dengan orang sekeliling, nak menyesuaikan diri, aku tengok diorang teragak-agak nak beramah mesra dengan senior sebab ada sesetengah senior yang poyo buat tak layan je. Kalau bercakap pun krik-krik je, dingin je.. Senang cakap senior-senior yang poyo ni letak gap la antara diorang. Korang tau tak setiap manusia ni sama je tarafnya tak kira la senior ke junior ke, pandai ke bodoh ke, yang membezakan hanya ketakwaan. Korang pun boleh nampak kalau korang dah berperangai macam tu mana takwanya? Jadi senior yang tak bertakwa ni tak payah nak poyo sangat, tau dah kedudukan korang kat mana. Sampai kadang-kadang aku tengok senior pun bukannya bagus sangat pun buat kerja, kadang-kadang buat salah jugak.

Lepas tu perempuan kaki gossip, kalau duduk berkumpul dua tiga orang kalau tak gossip tak halal bagi diorang. Kutuk manager, kutuk superior, kutuk kawan sekerja, ada sesetengah pulak pergi kutuk depan-depan junior, junior yang tak tau apa-apa pasal keburukan manager dan superior habis termakan dengan kata-kata kaki gossip ni.

Ada yang jenis perangai suka mengutuk dan memerli orang tu, kutuk dan perli tepi-tepi je, lepas tu cakap kuat-kuat sesama geng diorang, korang ingat orang tu apa budak-budak lagi ke yang korang nak kutuk perli-perli tepi-tepi tu? Jangan nak layan orang lain macam orang bodoh dan tak ada perasaan. Budak sekolah menengah pun takde berperangai macam korang. Nak kata tak matang umur dah 23-30 masing-masing ada kelulusan pulak tu, degree tempatan dan luar negara, tapi tak boleh fikir waras pemikiran macam budak tadika.

Lepas tu pulak ada yang jenis berpuak-puak, golongan minoriti dan majority. Selalunya golongan minoriti la yang kene pijak.Golongan majority kaki bodek dan buruk-burukkan golongan minoriti ni, benda tak salah dimata salah. Paling buruk dah bodek-bodek manager belakang-belakang gossip jugak, habis dicanang keburukan manager. Lahanat punya perangai. Fikir la macam mana bila dah tua nanti korang pergi mekah, tapi tak dapat tunaikan ibadah dengan sempurna sebab pernah menzalimi orang dan ambil hak orang lain. Tak risau ke? Korang tak nak pergi Mekah ke?

Yang lelaki pulak jenis tak solat, ada jugak kejap solat kejap tak, cuma solat jumaat je confirm pergi.macam mana la nak membimbing keluarga kalau diri sendiri tak terbimbing. Tau tak wahai kaum Adam, kita perlukan lelaki yang baik zaman sekarang ni, tolong la sedar.

Lepas tu pulak jenis cakap perkara-perkara kotor, konon bergurau, hello banyak lagi yang boleh dibuat bahan gurauan, bukan cakap perkara-perkara kotor je. Makin lama makin rosak akhlak bila menyembang dengan golongan macam ni. Yang paling sedih bukan yang bujang je, yang dah kahwin pun lagi teruk, kesian isteri kat rumah, yang perempuan kat tempat kerja pun tak sedar diri ada yang dah jadi isteri orang melayan lelaki-lelaki macam tu, tak jaga pergaulan, berhuha huha bertepuk tampar. Apa nak jadi dengan akhlak orang zaman sekarang.

Kepada adik-adik kat luar sana yang tengah belajar atau bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, bersiap sedia la bukan dengan ilmu pengetahuan pasal pekerjaan tu je, tapi ilmu pengetahuan agama dan moral.

– HR yang izlumik

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit