Salam semua. Aku membesar dua orang sahaja iaitu aku dan ibu. Kami berdua ni boleh di katakan hidup senang sebab ibu aku ni dia ada buka restoran kedai makan.
Siang jual nasi campur sampai pukul 4 petang. Malam meniaga macam nasi lemak, dan segala menu kedai makan biasa yang kita jumpa.
Tempat aku tinggal ni memang kiri kanan tengah depan belakang kawasan pendidikan. Dari universiti awam, swasta, sekolah asrama, sekolah menengah, sekolah rendah dan lain lain.
Aku ni sebenarnya dari kecik selalu macam tanya ibu. Kenapa ibu jual makanan murah sangat. Terus terang murah. Kalau kedai makan kawasan situ harga 6-7 ringgit ibu aku baru jual 4-5 ringgit.
Mula-mula aku ingat macam tactic bisnes ke apa.
Contoh yang paling popular orang kat situ makan : contoh nasi + lauk (tak kira ayam ke daging sotong udang) + sayur + telur (rebus, dadar, mata lembu) + air teh o ais = 5 ringgit.
Mula-mula aku ingat ini macam harga biasa. Tapi tidak bila aku try macam makan kedai lain. Banyak kedai tak ada fix harga macam tu.
Aku try ambik nasi ayam sayur telur dadar dan teh o ais. Kedai lain paling murah RM6:50 itu pun harga dia sekejap RM6:50 esoknya jadi RM7.
Tapi ibu aku dia harga tetap 5 ringgit. Kalau contoh kau ambik dua lauk macam daging+ayam baru tambah lagi 1 ringgit jadilah 6 ringgit termasuk air.
Aku selalu rasa macam “rugi” sebab iyalah yang datang tu sehari ramai beratus. Kalau 100 orang datang kedai makan aku baru 500 ringgit kalau semua ambik menu sama.
Jadi aku tanya ibu, “ibu tak rugi ke jual murah kalau tak termasuk air iyalah, ini termasuk air sekali”
Ibu aku selalu jawab tak apa. Dia cakap kesian budak belajar ni yang pergi sambung belajar ke pergi sekolah bukan semua berduit ibu aku cakap kesian nanti makanan mahal nak makan payah.
Setiap jumaat pula ibu aku akan hantar 50 pax makanan dekat kawasan sekeliling kedai kami. Dari masjid, surau, sekolah, ipta ipts semua.
Aku dari kecik selalu dalam otak cakap benda ni macam rugi. Tapi dekat ibu aku tidak pada dia ni “berkongsi rezeki”.
Kalau meniaga waktu malam pun sama contoh nasi lemak ayam+telur rebus sebiji bukan separuh siap air teh o ais 5 ringgit.
Kalau nak tukar air lain baru harga lain. Itu pun harga air lain setakat RM1:50 milo ais horlick ais nescafe tu semua RM1:50.
Hal pekerja pun sama. Ibu aku ni bagi gaji hari. Kalau macam yang tukang masak baru mahal sikit dalam RM100/hari kalau yang kerja lain RM50/hari. Lepastu shift lain yang pukul 7 pagi – 4 petang. Lepastu malam 5 petang – 12 malam.
Jujur bila ibu aku bayar gaji macam ni. Aku selalu ingat macam ini gaji normal orang kasi. Tapi bila aku dah membesar kedai makan macam tempat aku. Gaji diorang 30 ringgit sehari, tukang masak tak sampai 100 paling kurang 50 ringgit.
Itu tak termasuk setiap bulan ibu aku akan kasi bonus 3-4 ratus setiap sorang. Setahun sekali pula mak aku akan bawa pekerja dia dan anak anak diorang semua suami isteri bawa pergi bercuti.
Selalunya hujung tahun cuma makan je tanggung sendiri. Transport, ticket apa semua, Ibu aku bayarkan. Ibu aku selalu dan banyak kali dia pesan dekat aku dalam bisnes paling penting pekerja. Tak ada pekerja bisnes tak berjalan.
Sebab itu dia selalu layan hal kebajikkan pekerja ni no.1. Kalau macam tak sihat Ibu aku selalu cakap diorang jangan paksa diri siap kasi duit suruh pergi klinik. Sebab itu pekerja ibu aku semua setiap hari lain macam semangat sebab dah macam keluarga.
Aku dari kecik selalu macam “rugi ni, murah sangat ni, eh untung ke” tapi hakikatnya Alhamdulilah rezeki aku dengan ibu melimpah.
Setiap bulan pun lepas tolak itu ini untuk tetap cecah 5 digit. Aku kadang-kadang tu macam terkejut eh macam mana boleh untung macam ni.
Aku pun waktu sekolah menengah jaga cashier waktu cuti sekolah sebulan aku pun kira duit keluar dan masuk dan memang macam terkejut eh untung banyak.
Setiap tahun pula Ibu aku akan sponsor contohnya kawasan sekolah menengah atau sekolah rendah situ yang pelajar spm yang dapat result cemerlang mak aku akan sponsor laptop dengan duit belanja untuk sambung belajar.
Ibu banyak kali juga nasihat kalau nak beramal jangan kedekut bagi yang terbaik. Sebab aku ni terus terang cakap sangat berkira-kira orangnya.
Tapi ibu aku tak. Setiap bulan kalau aku tengok ibu aku buat charity itu ini makan belanja beribu ringgit aku dalam hati akan cakap “banyaknya!”
Aku sendiri pernah macam complaint dekat ibu “banyaknya ibu tak apa ke” ibu aku selalu suruh aku belajar ikhlas. Waktu kecik dulu aku tak faham sangat.
Tapi bila dah membesar, belajar, kerja, kahwin baru aku makin hari sedar. Ibu aku masih kuat dan kedai makan kami masih kukuh dan sekarang dah makin besar.
Waktu covid dulu ada lah hiccup sikit. Tapi Alhamdulilah sekarang dah kembali. Harga masih tetap sama.
– Faliq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit