Belajar Daripada Kisah Orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin tiada manfaat tapi aku sekadar nak bercerita. PKP dah sebulan, aku pun dah pening lama sangat terperap. So here I am.

Aku ni bukan lah pembaca setia IIUM Confession (kekangan masa). Mungkin boleh aku katakan pembaca bermusim. As and when aku terbaca je.

Aku bukan nak bercerita sepenuhnya tentang diri aku. Tapi aku nak confess yang hasil dari pembacaan bermusim di IIUM Confession ni, sedikit sebanyak mendatangkan faedah jugak pada aku.

Sedikit mengenai aku. Tahun ni dah masuk tahun keempat aku memegang status janda (entah kenapa aku sangat tak suka perkataan janda, aku lebih selesa dengan divorcee – sounds better).

Menaip perkataan janda ni pun membuatkan hati ni macam nak pecah. Bukan tak terima kenyataan tapi entah la, bunyi perkataan tu sangat tak best untuk didengar atau disebut.

Status tu aku peroleh hasil dari pernikahan yang tak sampai setahun. Seorang perempuan yang tak pernah bercinta, kemudian di approach oleh seorang lelaki yang boleh aku katakan agak matang usianya dan stabil kerjayanya pada usiaku di penghujung 20-an.

Dipendekkan cerita, aku selesa dengan dia. Keselesaan yang tak pernah aku rasa bila dengan lelaki lain. Aku ni boleh dikatakan susah untuk berkawan dengan lelaki. Mudah sangat ada yang tak kena. Dari zaman sekolah. Bab bertekak dengan lelaki, bagi lah dekat aku. Memang aku pandai, tapi berkawan aku failed.

Berbalik pada kisah aku di approach tadi. Proses tu tak ambil masa yang lama pun. Asalnya kami ni kenal sebab sama tempat kerja. So, sedikit sebanyak nampak dah la karaktor dia dan kawan-kawan ofis pun cakap yang baik-baik je pasal dia. Kesimpulannya dia memang baik.

Aku mintak masa untuk pertimbangkan (istikharah and so on) dan akhirnya aku rasa okay aku nak bagi peluang kat diri aku dan dia. Aku terus terang cakap aku tak suka nak kawan lama-lama. Aku tak nak commit untuk sesuatu yang tak pasti. Aku mintak dia jumpa parents dan akhirnya kitorang bernikah.

Untuk aku, hubungan dengan dia ni kira pengalaman pertama aku bercinta. Dia lelaki pertama lah senang cerita. Baru nak belajar bercinta, baru nak belajar sayang bagai, rindu lah apa lah dan akhirnya dengan izin Allah diceraikan.

Aku tak nak cerita details kisah perceraian aku sebab kisah kami tidak seperti kisah kebanyakan. Jadi aku taknak ada yang boleh teka siapa aku. Dan hakikatnya ramai yang tak tahu pun mengapa dan bagaimana. They just know aku dah bercerai. Memang aku pilih untuk diam dan simpan.

Okay, kenapa aku cerita sikit pasal aku kat atas tu sebabnya aku nak pembaca nampak apa yang aku cuba nak sampaikan seterusnya.

Aku seorang perempuan yang baru belajar bercinta, bersayang, rindu bagai di usia aku penghujung 20-an. Rasa-rasa mudah ke aku nak bukak hati ni?

Dan bila aku dah bukak hati, untuk orang yang kata aku ni satu kurnia untuk dia – aku ni amanah untuk dia – tak akan lepas kan aku walau apa pun. Tak sampai setahun ijab qabul, lafaz talak pulak yang aku terima. Rasa-rasa apa yang aku rasa?

Alhamdulillah aku melalui tempoh empat tahun ni dengan penuh hikmah. Untuk persoalan aku tadi, aku nak kata bukan aku tak terima. Bukan aku tak redha.

Alhamdulillah aku terima walau hakikatnya hanya DIA yang tahu bagaimana aku survive. DIA ajar aku untuk bangun tiap malam untuk mengadu. DIA ajar aku bahawa aku tak perlukan kasih sayang makhluk andai aku merasa cukup dengan kasih sayang DIA.

Dalam pada aku terima dan aku redha, jauh di sudut hati aku paling dalam aku seolah-olah sukar untuk mempercayai lelaki lagi. Hanya ditahun ketiga baru aku boleh sambut gurauan kawan-kawan dan keluarga mengenai jodoh. Aku anggap benda tu gurauan walaupun mungkin mereka series. Hahahha.

Dan sesekali bila aku cuba berfikir dengan series apa yang aku anggap gurauan tu baru aku sedar yang sebenarnya aku takut. Takut untuk membuka hati. Takut untuk memberi peluang. Takut untuk mempercayai. Takut untuk kecewa.

Kerana dengan satu peluang yang beri dan aku sambut, memberi luka yang amat dalam. Sakit yang teramat. Tapi aku tahu dan yakin, sakit itu lah yang mendidik aku menjadi aku versi hari ini. Alhamdulillah.

Jadi bila sesekali aku tersinggah membaca di IIUM Confession ni, aku hanya akan baca yang ada likes 1k keatas dan mostly ia adalah kisah mengenai hati dan perasaan, kehidupan berumah tangga. Aku tahu ada jugak yang kata boring asyik je kisah rumah tangga. Dah macam KRT. Hahhaha. Apa lah korang ni.

Ketahuilah para confessor, sesungguhnya ada antara kisah-kisah anda sedikit sebanyak mengubati kesakitan dan ketakutan dijiwa ini.

Aku bagi contoh recent confession “Hidup Lebih Baik Selepas Berkahwin” by Bunga (https://iiumc.com/hidup-lebih-baik-selepas-berkahwin/). Asbab Puan Bunga ni rajin menulis confession dia, membuatkan aku rasa dan percaya lelaki yang benar-benar faham apa itu pernikahan masih wujud.

Next, “Perkahwinan Idaman Menjadi Dilema” by Ahmad (https://iiumc.com/perkahwinan-idaman-menjadi-dilema/), membuatkan aku terbukak mata bahawa dalam perhubungan bukan hanya perempuan yang kecewa dan disakiti. Tetapi seorang lelaki jugak.

Maka nya aku percaya ada je lelaki yang benar-benar ikhlas. Cuma bila Allah ingin menguji, maka sambutlah dengan hati yang berbunga-bunga sebagaimana engkau sambut lamaran dari kekasih hati.

Banyak lagi sebenarnya confession yang aku suka (malas nak scroll down cari details) sebab menguatkan lagi keyakinan aku bahawa masih ada suami dan calon suami yang benar-benar menyayangi, melindungi dan menghargai isteri dan keluarga.

Bukan nak kata aku tak tau, aku tau je kenyataan tu tapi tu lah. Payah nak cakap. Hanya yang pernah melalui je akan faham bagaimana hati ni berfungsi setelah melalui satu fasa yang tak pernah kau mintak. Tiada perempuan normal yang bernikah untuk diceraikan.

Kenapa aku kene letak normal tu? Sebab kes En. Ahmad tu la. Aku pun baru tau wujud rupanya perempuan spesis bekas isteri dia. Hahaha…Allah! Maaf En Ahmad, bukan niat nak ketawakan kesakitan encik. Tapi aku malu sendiri bila baca ada jugak kaum aku yang berperangai sebegitu.

Akhir kata, kehidupan adalah pembelajaran tanpa henti. Kadang-kadang untuk belajar lebih kita perlu belajar dari kehidupan orang lain kerana Allah menguji mengikut kemampuan hamba-NYA.

Sekian,

– Aku Tanpa Nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *