Bismillahirrahmanirrahim..
Terima kasih pada admin IIUMC dan readers sebab sudi baca (kalau admin siarkan laa, tapi aku harap admin sudi siarkan..hahah) .
Selama ni aku suka jadi silent reader je.. Tapi kali ni aku rasa terdetik nak reply post confessor bernama Hajar, dengan tajuk confession nya ‘Hidup Perantauan’ ..
Sebab AKU PUN STUDENT, 21 tahun, student IPTA gak, jadi aku boleh faham serba sedikit situasinya melalui confession tersebut..
Ada beberapa perkara aku nak ulas balik dengan memberi tips, nasihat & sharing pengalaman aku.
Ada sesetengah benda aku setuju dengan kau. Adakalanya perkara masalah itu sama, cuma cara kita memandangnya berbeda..
NO.1 :
-Aku tau macam mana rasa hidup di perantauan yang jauh dari parents & family dengan keadaan ekonomi hari ini.. Ya, aku tahu, sebab aku dan kau hidup dalam abad yang sama, tahun 2017 yang sama, dalam negara yang sama, dan nilai matawang yang sama, kos sara hidup yang sama.
Kalau cakap kakak kau bandingkan kau dengan zaman belajar dia & cakap kau ni membazir berbanding dia dulu, it’s not fair laa kan bagi kau..
Sebab zaman kakak kau belajar tahun lain, nilai matawang pun lain, tak sama dengan nilai matawang hari ini, dan kos sara hidup zaman kakak kau pun beza dengan kos sara hidup sekarang.
.
.
NO.2 :
-Satu perkara aku setuju dengan kau, aku suka belajar jauh dari tempat asal aku, sebab tu aku apply semua IPTA semenanjung.. 1 pun aku tak apply IPTA area Borneo.. Aku pilih jauh2 ni sebab aku nak merasa macam mana hidup jadi anak perantau, nak merasa macam mana nak survive tanpa family di sisi, nak rasa hidup berdikari, nak timba pengalaman, nak tengok tempat orang.
Ya, macam kau cakap laa.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.. Ya, itu la aku pegang.. Dan betul cakap kau, boleh je nak tau rupa & keadaan sesuatu tempat tu melalui internet, tapi tetap tak sama.
.
.
NO.3 :
-Tipu kalau aku cakap aku tak rindu parents aku, adik2 aku, family aku.. FYI, aku anak sulung.. Bawah aku ada 3 lagi adik2.. Orang anak sulung ni tau laa macam mana rasa tanggungjawab terhadap family nya dan sebagai kak Long kepada adik2nya.. Segala macam sudut akan difikirnya. Ok, taknak ulas panjang2 pasal anak sulung ni..
Tipu kalau aku cakap aku tak rindu.. Tipu kalau aku cakap aku tak pernah nangis, walaupun depan kawan2 aku cakap
“eleh kau ni..baru je sebulan tak balik kampung dah cakap rindu la, nangis laa.. Yang aku ni setengah tahun tak balik kampung, relax je pun..tak nangis ponn” ..hahahha..
Jahat kan aku cakap camtu kat kawan2..heheh.. Sorry geng, saja nak provok korang nak nyakat..hihi..
Tapi hakikatnya hati aku, cuma Allah yang tau.. Aku nangis tanpa siapa tau.. Kalau weekend, seronok je aku tengok kat cafe & meja2 rehat sekitar kolej penuh dengan parents datang lawat jenguk anak2, siap bawa makanan kegemaran.. Aku hanya mampu tengok je.. Yela, takkan la tiap weekend aku nak kol parents aku soh diorang naik flight datang U jenguk aku..hahahha
Kawan2 aku, kadang tiap minggu balik kampung.. Paling cikai pun sebulan sekali.. Serius aku nak sangat rasa macam tu.. Kalau la aku ada pintu ajaib doremon, hari2 aku kat semenanjung ni balik Borneo pakai pintu doremon tuh..heheh
.
.
NO.4 :
-Aku cadangkan kau kau beli printer laa lagi elok berbanding kau nak selalu g print notes hari2 kat kedai.. Sebab kalau kira, lagi berbaloi & jimat bila kau beli printer berbanding hari2 g print kat kedai. Aku bagi contoh eahh..
Katakan la 1 sem tu kau amek 6 subjek. Dan setiap nota tu purata rm3 sekali print. Dan seminggu kau print 3 kali nota untuk setiap subjek. Dan 1 semester kau ada 14 weeks. Kalau buat kira2,
(6 subjek) x (rm3) x (3 kali seminggu) = rm54/minggu.. Rm54 tu baru harga print notes utk 1 minggu.. 1 semester u have 14 weeks to go through..
So kalau kira 1 sem pulak,
(Rm54) x (14 weeks) = rm756+- untuk harga notes 1 sem..
Dapat duit kad siswa kan? Rm250 lagi tuhh.. Aku pun student gak, jadi aku tau tak semua student akan pakai duit baucar buku tu (sekarang dah tukar jadi kad debit siswa) rm250 untuk beli buku..
So, apa kata kau pakai duit tu untuk beli printer..lagi jimat, dah sah2 kau tau memang hari2 nak kena print note sepanjang sem, bahkan sepanjang beberapa tahun pengajian, so printer tu memang 1 keperluan.
Beli printer pakai duit rm250 kad debit siswa tu..kau cuma perlu topup dalam +-rm50 je utk beli printer tuh..hasilnya boleh pakai sepanjang tahun pengajian dan dah save duit print. Tak caya, cuba kau tengok balik kira2 aku buat kat atas tuhh..1 sem duit print tu kau dah boleh lepas beli 1 printer mahal berjenama tau. So better kau beli printer..
Nak cakap beli printer tu mahal, nak kena beli ink lagi?
Kau beli printer tu harga dalam rm300+- je pon (alaa..rm250 tu duit kerajaan bagi kan, duit kau sendiri cuma topup rm50 je ponn) .. Pastu ink hitam + colour, harga +-rm120 (ink ni pon kau cuma perlu beli lepas ink asal printer tu habis) .. Modal beli printer tu sekali je seumur hidup (kalau kau jaga baik2 printer tu)..ink tu bukannya perlu beli tiap bulan pun.. Aku beli ink tu, 1½ semester baru tukar ink baru.. Senang faham, 3 semester cuma perlu 2 kali je beli ink printer.. Tapi katakanla kau setiap sem tukar ink, rm120/semester..
Kertas putih? Paling2 pun pakai 2 rim 1 sem..amek la hrg rm30 utk 2 rim tu kan, yela, pakai kertas mahal, double A 80gsm..
So kos untuk notes kau kalau kau beli printer & print sendiri, just rm150/semester berbanding ratusan2 ringgit habis print kat kedai. Haa, sekarang ni kau beli printer lagi mahal ke, atau print notes kat kedai lagi mahal kalau ikutkan?
Kau siap boleh buat printing service lagi kat kawan2 kau.. Aku macam tu laa, buat printing service kat kawan2 aku, so duit tu lepas gak la cover untuk beli ink printer.. Paling jebon pun duit tu kau lepas nak beli kertas putih.. Dah boleh cover duit kau untuk beli ink or kertas.. Sebab aku niat nak tolong kawan je, sebab tu aku tak cas ikut harga standard.. So duit tu memang boleh lepas cover harga duit ink kr kerta je la.. Untung aku tak amek.. Lain la kalau kau memang betul2 nak buat bisnes printing tu, insyaAllah duit ink duit kertas tu boleh cover, siap leh cover perut kau skali.
.
.
NO.5 :
– Aku caya sekarang ni rata2 kolej/U memang kasi student bawa barang elektrik untuk masak, paling cikai pun water heater + periuk nasi..
Kau tau tak periuk nasi ngan water heater tu banyak kejadian kau boleh buat.
Aku penah rebus telur dalam water heater, tapi kawan aku lagi rare, masak maggi + telur dalam water heater..hahaha..tak gamak aku buat gitu kat water heater aku, jenuh nak cuci nanti..
Periuk nasi tu macam2 dah aku buat selain masak nasi, aku masak sup, masak maggi, buat ayam masak kicap, buat nasi goreng, mi goreng, mihun goreng, nasi ayam, laksa srwak, nasi hujan panas..segala macam jebon dah jadi dalam periuk nasi aku tuh..
Sebab aku pun macam kau, jemu makan makanan cafe, hari2 benda sama..
Tapi aku bukan sebab kes jemu, tapi aku sebab tekak takleh terima sangat, sebab cafe tu diorang masak masin sangat..aku jenis tak makan masin..
Jadi solusinya aku beli barang dapur sendiri, beras, bawang, kicap sos semua tu, telur, sardin tin kecik, sayur beli sikit2 boleh buat masak 2’3 kali (beli sayur yang tahan simpan suhu luar, supaya tak cepat rosak, sebab takda peti sejuk kan)..jadi boleh la masak ikut tekak sendiri nak makan apa kan..
Cuma kadang tu kelas habis lambat, penat sangat tak smpat masak, beli gak la kat cafe.. Sepanjang 6 sem aku study ni, tak sampai 10 kali aku makann makanan cafe, sebab aku suka masak sndiri, JIMAT.
.
.
NO.6 :
– Bagi aku as a student macam kau gak, makan KFC, McD, Dominos n sebagainya seminggu sekali, 2 minggu sekali tu, = MEWAH.
Sebab tipu la kalau g KFC tu kau setakat beli ayam seketul je.. Koman2 pun akan beli set yang harga belasan ringgit tu lepas tu add on sana sini sikit, total up hrg paling cikai pun rm20 something.. Kalau 2 minggu sekali, dah spend almost rm50 kat KFC tu.. Itu pun kalau makan makanan range harga rm20 kat KFC tu.
Tipu kalau cakap aku tak pernah makan KFC or dominos ke sepanjang aku study sekarang ni.. Aku akan makan 1 sem 1 kali/2 kali je..time duit ptptn masuk je aku makan, kadang tak makan pun..
Sebelum aku lupa, ada kad diskaun siswa 1 M’sia kan? Biasanya aku pakai kad tu, dapat la diskaun 5% tu kat KFC walaupun tak lepas GST 6% tu.. At least +-Rm1 aku dah boleh jimat.
Pastu kadang pusat pelajar akan bagi student 1 kupon dominos khas untuk pelajar..harga jimat gila2 puluh ringgit jimat.. Tapi kalau kau beli pizza dominos tu 2 bijik rm30, rasa tak berbaloi la kan..yela, memang jimat banyak sebab regular size 2 biji rm30 je, tapi mampu ke habis makan sorang2? So better ajak laa 5’6 org kawan share duit, Rm30÷6 orang, boleh dapat 2 bijik pizza.. Merasa gak la kan daripada takda langsung.
.
.
NO.7 :
-Aku pun jenis yang suka travel gak..suka jalan2.. Tapi aku sedar setakat mana kemampuan aku dan macam mana kehidupan family aku.. Aku bukan orang ada2, tambahan pula parents aku bukan jenis yang bila anaknya mintak itu ini terus diberi.. Parents aku tak macam tu.. Benda yang bukan keperluan, tapi kalau itu kemahuan aku, aku nak, kena usaha sendiri untuk dapatkan.. Bukan hulur tangan mintak..
Ya, aku faham cam mana rasa tension study, beban assignment, rasa assignment kena reject n betulkan semula banyak kali, repeat experiment berkali2 sampai dapat results memuaskan, tidur tiap hari pun jam 3am-4am, kelas hari2 start 8am (jeles tengok kawan ada kelas start 10am..hahaha).. Gila kalau cakap aku tak sakit otak.. Sebab aku hari2 kuliah, pagi petang isnin sampai jumaat (paling awal habis kelas pun 3pm).. Kadang ada gaps or kelas cancel (mesti ni benda heaven kalau kelas cancel..hahah)..kelas cancel ke tak, aku kena masuk lab, kena stay dalam lab sebab nak kena buat experiment bagai. Yang amek kos sains tau la cam mana kehidupan student sains.
Jadi apa yang aku buat untuk release tension aku bila study?
Kolej & U slalu buat aktiviti.. So join aktiviti tuhh..enjoy wehh.. Macam2 aktiviti disediakan, siap bagi makanan free lagi kak oii. Kau dah dapat 2 in 1 daa..hilang stress + save duit makan, sebab kau join program dapat makanan free.. Kadang makanan program tu banyak lebih, siap boleh bawa balik lagi haaa..1 hari kau takyah kua duit poket untuk makan..
Nak lagi rare, kau join program jadi urusetia.. Amek jawatan dalam program tu.. Rasai pengalaman cam mana nak handle n lead program.. In the same time, kau merasa la dapat makanan VVIP..hahahahahahahhah.. Mesti rasa tak syok kan dapat makan tapau je? So jadila urusetia, kompom2 perut kenyang.. Ala, penat sikit je urus program tuh, tapi masa makan nanti, akan ada meja khas n makanan khas untuk urusetia.. Peserta dapat makanan dalam polistrin je la..
End of the program, catering yang di order tu banyak lebih makanan VVIP woooooo.. Bawa tupperware siap2..hahahaha..
Pastu lagi 1, nak sangat jalan2 lua dari kampus kan.. For sure aku yakin persatuan anak2 negeri/persatuan kolej/ mana2 persatuan yang ada dalam U tu, pasti akan buat program luar kampus.
Macam aku, aku join aktiviti2 perstuan anak2 negeri n fakulti aku buat..
Aku join aktiviti persatuan anak negeri aku buat, aktiviti khidmat masyarakat kat Port Dickson..puas wehh jalan2 kat PD tu, nama je aktiviti khidmat masyarakat, tapi sampah apa je kau kutip kat tepi2 pantai PD tu sedangkan tu memang kawasan terpelihara..hahahh..bayaran? Aku bayar rm15 je wehh, bayar utk beli makanan BBQ..hahahah..tambang transport semua kau takyah bingung, pakai bas U..hahha.. So rugi laa mana2 golongan yang allergic dengar perkataan “program khidmat masyarakat” ..hahahahhaha
Pastu aku g P.Pangkor..join aktiviti fakulti buat..aktivi pembersihan pantai P.Pangkor, 3H2M.. Sama gak, apa je kau nak bersihkan kat pangkor tu..nama je aktiviti pembersihan pantai, tapi sampah ciput2 je 1 plastik sampah pun tak penuh.. Siap leh bermalam lagi kat pangkor tu haa.. Bayar? Rm30 sahajoo, tu pun lepas habis program ada bagi balik baki.. Bayar tu pn sebab collect duit untuk makan minum 3H2M tu + makanan BBQ.. Heaven sungguh! Kau takyah risau daa nak bajet duit celah mana untuk makan, untuk tambang, untuk sewa kreta, untuk minyak n sebagainya..semua tu U dah bagi bajet.. Kadang siap ada elaun lagi oii..hahaha..
Happy pun happy sebab dapat jalan2 makan angin ngan kawan2, duit pun jimat teramat, markah merit pun kau dapat haa! Taknak markah merit kecik ciput, jadi urusetia, komfem gedebak markah merit.. Maka dengan jayanya aku dari sem 1 sampai sekarang kekal duduk dalam kolej haa..takyah susah cari sewa rumah kat luar..hehehhe
Tinggal kau aktif n rajin ke tak je la nak involve dalam aktiviti U..
Ada lagi yang g Melaka ngan Cameron.. G Melaka bayar rm25 je, Cameron rm35 termasuk entrance tiket.. Tp aku tak dapat g untuk Melaka n Cameron ni, sebab tengah clash program lain..hahaha..kalau tak, memang aku dah sapu kasi licinn..
Tu baru program untuk 1 sem.. Kalau sepanjang tahun? Haa amek kau! Tak dan kau nak pulun.
Dah nampak point ny di sini cam mana nak jalan2 travel zaman belajar, tapi nak jimat duit?
Cuma 1 aku nak pesan, join program tu kalau nak jadi urusetia nak jawatan tu NIAT kena betul.. Jangan serong, sebab semata2 nak markah tinggi, tapi keja tak buat.. Ingat, walaupun program U je pun, tu tetap amanah.. Nanti kat akhirat dipersoalkan.. Rasa tak mampu nak galas tanggungjawab jadi urusetia, jadi memadailah cuma jadi peserta.. Ok?
Dan 1 more thing, ingat asal usul tujuan kita jejak kaki kat U nihh, untuk STUDY, BUKAN ENJOY.. So nak seronok pulun program tu, jangan sampai tercicir study..
.
.
NO.8 :
-Aku siap ada habit lagi weh suka simpan duit syiling + simpan duit note warna hijau.. Alhamdulillah, terisi jugak la bank aku bila habit aku mcm tu..
.
.
NO.9 :
-Kalai rasa malas/tak larat nak banting tulang 4 kerat kerja part time kat luar, kerja je part time kat cafe tu.. Kalau taknak gak, atas sebab jadual pack ke apa, bisnes on9 sekarang ni banyak awakkkkkk.. Berdasarkan pemerhatian aku, kau suka upload IG, pandai edit n filter pic cantik2 kt IG, mesti kau banyak follower dalam IG kan? Mesti kau ni insta famous.. Y not kau guna advantage tu untuk buat bisnes on9.. Paling cikai pun sebulan kau boleh buat duit rm300-rm500 sebulan..
Dari kau dok layan fb n IG pos sana sini, tapi end up habiskan data fon je, tapi duit habuk pun tak masyukk..
Bisnes nak kena modal?
Taknak modal, join dropship.. Banyak je seller2 jual tudung jual baju semua tu menawarkan join free dropship, gambar cantik2 siap bagi caption lagi, kau tingal pos je kat fb kat insta.. Nak ngan taknak je buat.
Ya, aku sekarang ni pun buat bisnes on9.. Aku dulu mula dengan dropship gak.. Untung tu aku tak buat joli, tapi aku kumpul, aku simpan nak buat modal sign up agent.. Yela, bagi aku rasa cam kurang seronok jadi dropship, sebab takdapat nak pegang stock, tak merasa nak packing parcel n g poslaju bagai.. So aku kumpul untung aku jadi dropship tu, aku korek sikit tabung n cilok sikit duit ptptn aku, untuk cukupkan modal sign up jadi agent.. Aku amek stock.. Tindakan berani mati kan?huhuhu.. Tapi kalau kau betul2 berkeinginan dan ada kemahuan, kau akan sanggup berdepan dengan risiko tuh..
Sekarang alhamdulillah.. Hasil bisnes on9 aku tu boleh laa tampung nyawa aku tiap hujung sem + boleh buat saving paling cikai rm300 sebulan n alhamdulillah, dapat la hulur sikit2 kat parents..
.
.
NO.10 :
– Kau cakap kau perantauan?
Aku pun perantauan.. Aku dari negeri seberang, kena naik flight datang semenanjung ni semata2 untuk ilmu.. Tiket fligt aku harga beratus2.. Pernah sekali tu, aku beli tiket tu 1 way ja, rm800++.. Sebab aku balik kampung emergency petang tu, sebab mak n adik aku kt hospital.. Time tu aku tak fikir da duit makan duit belanja aku untuk sepanjang sem tu.. Yang aku tau aku nak balik hari tu jugak on the spot.. Sebab aku fikir, duit untuk aku makan, belanja n survive esok lusa aku boleh cari (time ni aku belum buat bisnes on9).. Aku fikir nanti2 boleh minta duit tabung kebajikan pelajar (walaupun taktau entah dapat ke tidak), tak pun aku dah fikir tebalkan muka pinjam dari kawan untuk aku makan nanti.. Yang oenting sekarang nyawa mak aku, nyawa adik aku.. Time tu aku fikir 2 nyawa tu je, sebab duit n makan esok2 aku leh cari, mak ngan adik mana aku nak ganti?
Blh kau baygkn cm mana aku nk beli tiket tu? Duit aku tak cukup beli tiket, aku pinjam duit dari kawan. Alhamdulillah, Allah permudahkan..
Setiap sem, duit untuk aku beli tiket, tu la duit makan aku, tu la duit belanja aku.. Tak reti simpan duit dari awal2 sem, maka kau akan hisap jari duduk tepi tingkap je la tiap hujung sem tgok kawan2 kau tarik luggage naik flight balik kpg..
.
.
NO.11 :
-Ye, betul kau cakap.. Duduk jauh dari family ni, kalau tak manja ngan kawan, sapa lagi la kan??
Aku pun camtu gak. Aku sakit masuk hospital banyak kali, at the end kena operate, dok hospital seminggu.. Takda family langsung di sisi aku.. Ada kawan aku je teman aku, jaga aku.. Sebab aku tak bagitau family aku.. Aku larang kawan aku bagitau family aku, sebab aku taknak diorang sedih sebab diorang takdapat datang teman aku jaga aku.. Aku taknak diorang golok gadai cari duit beli tiket flight semata2 datang nak jenguk n jaga aku kat hospital.. Kalau datang pun nak duk mana? Hotel? Tu kos lagi..
.
.
NO.12 :
– Kau pernah ikat perut?
Aku pun pernah ikat perut.. Bezanya aku bukan ikat perut sabab nak kumpul duit g travel..
Tapi aku ikat perut sebab aku kumpul duit nak beli tiket flight untuk balik jumpa family aku..
N aku ikat perut sebab kad bank aku kena curi, duit aku dalam bank yang kad kena curi tu almost rm1K hilang sebab orang curi.. Rm1000, bukan rm10.. Nangis aku wehh.. Sedangkan itu la duit hasil aku ikat perut n aku simpan untuk aku nak pakai untuk emergency ke apa (sebab trauma bila aku kena balik emergency masa mak ngan adik aku masuk hospital tu, nak beli tiket flight duit tak cukup..jadi 1 pengajaran buat aku, saving untuk emergency paling ciput pun kena ada dalam rm1K..)
Masa tu duit kat tangan aku ada rm20 something je..aku beli roti putih, aku makan roti putih 2 minggu berturut2..kadang walaupun dah expired, tapi selagi tak berkulat or busuk ke apa (means that rasa n teksture nya masih sama macam sebelum expired) , aku akan makan..
.
.
NO.13 :
-Memang tak salah nak jalan2 release tension dengan kawan2 masa zaman belajar ni, cuma cara tu perlu diperbetulkan..
Tu je la serba sedikit pengalaman aku sebagai sorang student sekarang ni yang aku nak share..
.
.
NO.14 :
– Kau cakap kau bukan dari keluarga berada kan?
So zaman kecik dulu or sekarang ni, walaupun tak banyak tapi at least sekali, mesti kau pernah rasa n terasa nak sangat2 makan something tu bila kau nampak iklan ke, orang beli ke, kawan beli ke, tapi kau tak mampu nak beli sebab benda tu takda jual kat area kau or sememangnya kau takda kemampuan duit untuk beli makanan tu..
Pernah rasa kan macam mana sakit n sedihnya tahan keinginan nak makan benda tu, tapi memang langsung tak berkemampuan? Kalau kau pernah rasa, u’ll know the feelings..
Jadi nasihat aku, aku mohon kau STOP pos gambar2 makanan tak kira makanan murah ke mewah.. Ye, aku tau kau berbakat anek gambar cantik dari pelbagai angle n buat filter sampai makanan tu boleh nampka exclusive nampak cam makanan mahal walaupun hakikatnya itu makanan murah..
Ya, aku tau itu insta kau dan hak kau untuk nak pos apa sekalipun.. Cuma sebagai umat Islam, aku juga berhak tegur.
Aku tegur bukan apa, sebab ramai lagi dalam kalangan kita tak tau semua ni..
Kalau kita pos gambar2 makanan sedap2, nanti akan ada ibu2 mengandung scroll fb n insta tengok pic makanan yang kita pos tu.. Akan ada anak2 golongan tak berkemampuan melihat gambar tu sambil telan liur..
Nanti dibuatnya si mak buyung yang tengah sarat tu merengek cakap mengidam nak makan makanan macam dalam gambar tu (gambar yang kita pos), tapi suami nya cari2 tak jumpa or suaminya tak berkemampuan nak beli, kan dah jadi kempunan pulak.. Kesian kat mak buyung ngan baby dalam perut tu..
Dibuatnya budak2 yang terliur nak makan tapi mak bapak tak berkemampuan beli, tak kesian ke?
Ustaz aku cakap, kalau kita pos gambar makanan tu, di buatnya orang lain teringin tapi dia tak mampu nak dapatkan makanan macam gambar kita pos tu, wajib ke atas kita memberinya makanan tu.. Boleh kau bayangkan sekali pos gambar makanan dalm fb dalam insta, berapa ribu orang yang tak mampu nak makan makanan macam kita pos kat insta tu? Dosa tau.
Ni ustaz aku cerita la n ceramah yang aku dengar.. Wallahualam..
Mungkin boleh rujuk atau tanya balik pada yang arif APA HUKUM POS GAMBAR MAKANAN DALAM MEDIA SOCIAL?
.
.
Hmm..panjang pulak aku bebel.. Entah admin pos ke tidak tulisan aku nihh.. Harap2 admin pos laa, penat nulis berjam2 nii..huhu
.
.
Semoga beroleh manfaat dari tulisan ini..
Yang baik datangnya dari Allah, segala salah silap dan kekurangan tu khilaf diri aku.
Assalamualaikum..
– Aisyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit